Assalamualaikum.. Mohon admin rahsiakan nama sy, terima kasih.. Tadi terbaca post pasal "penjenayah kah aku" Jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang ni. Sy harap ramai yg terpanggil utk baca post ni dan sama-sama lah kita berubah serta istiqamah dalam perubahan. Masih belum terlambat. Yang dah kawin mahupun belum.
Ehmm. Saya ni bukan lah asal dari keluarga yg alim. Jenis sama juga la macam keluarga encik yg rasa dia penjenayah tu. Saya ada berbelas adik beradik yg majoritinya perempuan, saya yg bongsu. Sekarang ni majoriti nya pun dah berumah tangga. Ayah dah lama meninggal, masa sy baru nak kenal dunia, baru nak dapat kaki. Mak saya pun dah meninggal dalam tahun ni. Saya sekarang di awal 20-an.
Bila banyak kakak ni, maka banyak lah abg ipar saya kan.. Masa umur setahun dua dah dapat sorang abang ipar inikan pulak dah masuk 20-an.. Haha.. Pendek cerita dr dulu lagi dah biasa freehair, baju lengan pndek dalam rumah tanpa berfikir dulu tu aku kecik lagi tak pernah sedar bila dah baligh tu sepatutnya kena jaga batas aurat.. Kadang fikir salah saya ke salah keluarga yg tak tekankan mengenai aurat ni betul2? Yela akak2 saya pun semua camtu. Tak kira la abg ipar mari rumah ke atau tinggal kat rumah ke.. Sepupu sepapat datang rumah ke.. Tak reti pun nak ambik tudung pakai, cover baju lengan panjang semua tu. Relax je normal rasa macam takda apa. Kalau yg tutup kepala pun mak sorang tu pun capai apa yg ada kain lampin atau tuala cucu selalunya jadi sasaran. Hihi.
Serius dari sy lahir sampai saat dan detik ni ahli keluarga sy tak pernah sorang pun yg tegur "adik, jagalah aurat bila abang ipar atau lelaki bukan mahram mari rumah" serius takda.. Walhal abang sy sendiri pun takda tegur sedangkan dia tu kategori orang alim la juga.. But wife dia bertudung bila berkumpul seluruh family tp wife dia biasa jela bukan jenis gtl (geng tudung labuh) tapi apa pun saya respect laa.
Bila makin meningkat usia ni kan, makin banyak belajar, makin banyak ilmu, terasa jahilnya hidup saya selama ni. Kaki tu aurat. Handsock tu wajib pakai untuk elakkan aurat kita terlihat bila lengan baju terselak. Selama ni fikir bila baju lengan pendek, pakai inner atau handsock tu dah selamat. Rupanya tak. Sebab inner pun ketat bhg lengan, handsock pun sama je. Tu bukan tutup aurat, tu balut aurat namanya. Abg ipar tu pun ajnabi (bukan mahram) selama ni duk fikir abang ipar tu sama macam abang kandung kita. Fikir halal je semua. Ya Allah jahilnya saya.. (2-3 tahun yg lalu)
Lalu saya pun mula jinak jinak kan diri dengan perubahan slow slow. Saya mula pakai stokin. Mula mula tu just pakai bila nak keluar jauh2 je. Kalau nak ke kedai runcit, buang sampah tak pakai pun stokin. Ada la suara2 dari adik beradik, kenapa pakai stokin nya kaki melecet ke pakai kasut tu. Eh pakai sandle pun pakai stokin juga ke.. Sy cuma jawab biar lah, biar lah.. Lepas tu slowly beli handsock pulak.. Ada lagi suara laa pakai baju lengan panjang pun pakai sarung lengan juga ke, amboi ustazah nya dia alim nya dia.. Lepas tu sy beli pula pelapik dagu. Ada pendapat mengatakan aurat wanita muslim tu dalam dan luar solat adalah sama. So fikir kita pakai telekung tutup dagu. Tak boleh kalau tak tutup. Fikir juga apa function pelapik dagu kat telejung tu kalau bukan untuk tutup dagu? Takkan la dia saja-2 buat kan bentuk macam tu. So saya pun pakai lah. Memang nampak pelik pun nampak lain. Mula mula memang janggal. Serius janggal sangat. Dengan perasaan ego takut orang kecam.. Memang ada pun tak lain tak bukan family sendiri. Kenapa pakai tu nampak kelakar je. Ada sekali tu pakcik(adik mak) datang rumah. Masa tu tengah bersiap ada majlis kenduri sepupu kot rasanya. Sy keluar bilik dalam keadaan pakai scarf dengan pelapik dagu tu je. Memang nampak pelik sikit dgn getahnya atas kepala macam ikat mayat pulak tu. Dia usha, dia tegur tu apasal tu sakit kepala ke.. Makkkkkk aihhh saya terus berlalu masuk bilik. Tapi saya tetap cool.. Memang terasa macam diperlekehkan yela tetiba ja berubah kan.. Sabar sabar.. Lepas tu saya pun nak mula pakai stokin bila turun gi kedai runcit/buang sampah kan.. Tapi banyak kali sangkut. Rasa malu ada. Malu sebab nanti kena perlekeh. Ya Allah bodohnya sy bika fikir balik. Ego nya saya dengan tuhan saya. Sy rela langgar peraturam Dia semata mata taknak orang mengata sy. Tapi lama lama sy mula juga pakai stokin bila nak gi kedai dekat-2 ni.. Lagi ada suara termasuk dari mak sendiri alah nak gi kedai bawah dekat ceh tu pun nak pakai stokin.. Takyah pakai pun takpe.. Disebabkan dia mak sy, sy sengih je.. Hihi..
Tak lama tu ditakdirkan pula sy bekerja mengajar kanak2 lingkungan 4-6 tahun . Di sebuah tempat yg mana tempat tu berkonsepkan islamik. Masa mula masuk tempat tu, sy punya pakaian biasa je. Tudung bidang45 je tapi masih tutup dada la.. Dalam tempoh mengajar tu, memang kerap juga ada perjumpaan, usrah bersama pengajar2 di kawasan lain. Majoriti diorang bertudung labuh taraf-2 title ustazah. Ada juga yg tudung nya biasa2 je tapi sebagai hamba yang sedar diri, saya berasa janggal bila saya dikelilingi oleh orang-2 yang baik, alim, ustazah.. Jadi saya pun cuba cuba lah cari tudung bidang 50 pulak labuh sikit dapat tutup bahu.. Dan alhamdulillah sekarang dah upgrade kepada bidang 60. As well as you know, kena perli lagi tau.. Amboi labuhnya tudung dia.. Ustazah la tu.. Eh pasal labuh tudung mu tu.. Jangan la macam tu serebeh aku tengok.. Nampak gemok la pakai tudung besar tu.. Rasa terhina sangat.. Ya Allah betul ke aku nampak gemok.. Saya sangat malu bila kelihatan gemok dan besar. Malunya… Tapi fikir balik takkan aku nak balik pakai tudung bidang 45? No. Mustahil. Rosak peribadi aku. Nanti lagi orang hina. So saya kuatkan juga. Biarlah nampak besar gemok buruk sebab menjaga agama Allah. Menjaga maruah diri. Bukannya buat dosa.
Dalam pd sy ubah pemakaian tu.. Aurat sy dgn abang ipar dalam rumah masih tak terjaga lagi.. Masih sama seperti sebelum ni.. Part ni memang la ego saya dengan perintah Allah memang tinggi sangat-2. Rasa janggal kalau buat. Rasa pelik kalau buat. Dalam rumah pakai tudung. Kalau saya keluar rumah tutup aurat step by step pun selalu diperli termasuk oleh mak sendiri. Ni kan pula sy nak buat semua tu di dalam rumah. So saya terus hidup dalam dosa yg saya tahu tu memang dosa T_T Jahatnya saya. Kejam nya saya. Kenapa lah hati saya tak sado nak hadap perlian diorang tu.. Kenapa.. Kenapa.. Kenapa diorang tak sedar yang adik dia tengah perbaiki diri.. Disebabkan hal ni lah saya taksuka bercakap hal agama dengan adik beradik sy. Mereka suka perlekehkan saya. Katanya kau tu kecik lagi kau tu adik takyah nak bersyarah berceramah entah ajaran mana yg kau bawa mengarut dan sbg nya pernah dituduh.. Walhal saya cuma nak betulkan faham mereka je.. Mereka cakap saya ikut ajaran mengarut bila saya sampaika sesuatu yang mereka tak pernah dengar. Terutamanya ada sorang kakak saya tu dia memang jenis nak betul je kalau cakap. Mak saya pun tak kurang juga. Saya tak nafikan mak tu memang geng surau masa dia sihat. Banyak juga lah ilmu nya yg dia kumpul dari zaman dia kecik sampai umur 60-an. Sampai dia kata aku belajar dengan ustaz dulu2 takda pun cakap camtu mengarut je. Ustaz sekarang ni ajar pelik pelik semua dia nak korek. Nak ajar orang tua nya kau tu budak lagi.. Walhal saya cuma nak kongsi mengenai apa yg saya belajar dan berharap agar kami dapat ubah apa yang tak betul tu.. Hmm Betul la orang kata orang yg paling susah kita nak dakwah adalah keluarga kita sendiri..
Saya selalu minta pada Allah untuk kuatkan hati saya, iman saya, taqwa saya supaya saya tak patah balik pada zaman jahil saya hanya kerana keadaan sekeliling.. Dan saya selalu berdoa agar kami semua diberi hidayah dan sempat berubah sebelum akhir hayat kami..
Cerita pasal aurat sesama ipar tu tadi.. Satu masa saya terkena tamparan persoalan yang bermain diminda.. "Sampai bila kau nak hidup dalam dosa? Sampai bila kau nak tegakkan ego kau dengan perintah Allah? Sampai bila aku nak dedahkan aurat aku pada yg bukan mahram? Apa je yang tinggal untuk suami kau kalau lelaki lain dah selalu tengok aurat kau? Hak suami kau sorang tapi kenapa nak share dengan orang lain yg bukan mahram?" Lagipun saya fikir taknak lah bebankan ibubapa dan abang sy tanggung dosa saya yang mana mereka sendiri tak pernah tegur mahupun ajar saya mengenainya.. Saya belum terlambat nak ubah.. Saya rasa tamparan ni ialah teguran daripada Allah atas permintaan sy selama ni yg mana saya minta utk kuatkan saya ut berubah. Selang beberapa hari ada sesuatu terjadi dalam keluaga kami. Yang membuatkan sy rasa terpukul dgn keadaan tu. Sy bersendiri. Tak keluar bilik. Tak bercakap. Tak hiraukan family lain. Sy nak bersendiri je. Saya taknak berurusan dengan sesiapa. Saya merajuk dan marahkan keluarga saya. Saya cuma berkurung dalam bilik. Dan keluar cuma utk mandi serta wuduk je. Dalam pada tu saya berfikir mengenai tamparan yg saya dapat tu.. Mungkin ini waktu yg sesuai untuk saya mula mengenakan tudung dan memakai lengan panjang di dalam rumah.. Sebab keadaan masa tu tak bertegur dengan adik beradik lain. Bukan kata adik beradik, dengan semua orang saya taknak bercakap. Ya waktu yang sesuai. Saya yakin diorang takkan cakap apa dengan perubahan sy ni. Tepat sekali dugaan saya. Dioramg diam je tengok sy keluar bilik pakai tudung, lengan panjang.. Takda perli takda apa.. Sampai lah sekarang ni.. Huhuhu.. Yesss saya dah berjaya.. Ya Allah rasa dia tu memang puas sangat.. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasa tu.. Bersyukur sangat Ya Allah.. Takda satu pun suara yg saya dengar mereka perli. Tapi kalau belakang saya tu tak tahu lah. Tapi takpa saya tak kish diorang nak cakap belakang, yang penting jangan cakap direct pada saya sebab nanti saya down..
Hmm kepada adik kakak di luar sana.. Siapa yang ada masalah seperti dalam kisah saya ni.. Ambik lah iktibar.. Yg nak berubah tapi ada masalah orang sekeliling.. Takpa.. Awak cuba je.. Ubah je.. Buat je.. Masih belum terlambat.. Mula mula je diorang macam tu lama lama diorang senyap dan kita bahagia dengan perubahan kita.. Jangan tinggikan ego kita taknak orang perli jadi tak nak berubah. Jangan sekali.. Percaya lah.. Dulu sy selalu baca quotes "jangan pedulikan nilai manusia, nilai Allah tu yang utama" dan yg lebih kurang macam tu.. Saya anggap hmm senang cakap camtu kau bukan ada kat tempat aku pun.. Tapi tu dulu.. Sekarang saya dah yakin dan percaya dengan quotes tu.. Belum buat belum tahu tau.. Minta kekuatan daripada Allah. Perlian tu semua dugaan daripada Allah, Dia nak uji sama ada betul ke tidak kita nak berubah. Kalau betul mesti kita kuat. Kalau mengalah tu bukan nak berubah namanya.. Jangan putus mohon kekuatan dari Allah..
Dan kepada yang suka perli bila tengok orang berubah ni.. Sudah sudah lah tu.. Jaga lah lisan.. Biar pun cuma nak bergurau bukan serius, sama ja macam anda perlekehkan perintah Allah.. Tolong lah support orang yang sedang berubah, jangan hancurkan harapan orang nak berubah.. Ubah lah sikap tu.. Sedar tak golongan pemerli ni lah yang buat penghijrahan dari jahil nak insaf tu terganggu. Dosa tahu sekat penghijrahan seseorang.. Disebabkan anda, orang lain terus berbuat dosa..
Semoga apa yang saya kongsi ni sedikit sebanyak dapat buka mata hati masyarakat islam hari ini.. Jaga lah agama Allah.. Nescaya Allah akan menjaga dirimu.. Terima kasih sudi membaca.. Doakan saya semoga saya terus istiqamah dalam penghijrahan saya.. Dan terus memperbaiki kesilapan diri dari semasa ke semasa.. Semoga Allah merahmati kita semua..
-doube a-
– Double A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Dia jgn fikir org sekeliling. Fikir jelah nak didik diri je. Normally kalau kita tegas dengan prinsip, manusia kata buruk camne pun tp kita fikir oh kesian dia tak tahu. Hati akan kuranglah rasa nak marah sebab xnak dgr ckp. Klu awk rapat dgn adik ipar yg tudung labuh tu. Lepas ni ajakla solat jemaah kat rumah. Haa nanti kan pakai telekung. Minta yg imamkan tu ceramah sikit pasal aurat dlm family. Lama2 org akan faham juga. Bg sy lah benda mcm ni, awk kene tegas. Pakai jela tudung even nak kene berlari pon sebab nak capai. Rilex je awk. Bg sy pakai jela tudung mcm kita kat luar dlm rumah klu ada yg adik ipar ke sepupu ke ayah sedare yg bukan kandung. Klu dia org kata gtu jawab jela nada gurau saje suka2. Nak lawa
https://iiumc.com/perlukah-aku-risau-akan-masa-depan/
Atiah Zaini
Dik Double A, akak pun camtu juga waktu mula2 nak berubah dulu…siap takut2 nak keluar bilik takut apa family dan sedara kata, Last2, akak brutalkan hati dan diri, toyakan muka, pekakkan telinga. Bukan mudah tau nak betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Kena kuat hati, ketegak habis. Sampaikan family mungkin anggap, lantaklah dia ni memang jenis degil.. Ni bukan sebarang degil tau, ni degil kerana pentingkan pandangan Allah. So, buat kawan2. Jom tutup aurat ASAP, berapa banyak lagi kita nak langgar perintah Tuhan. Takut juga kalau esok paginya mata terpejam selama2nya…Nauzubillah… My tips, kalau rasa takut nak mulakan buat2 perkara2 yang baik, anggap je macam Rasulullah ada bersama kita (dalam bayangan), bagi sokongan pada kita…. InsyaAllah, Allah bagi rasa kuat dan setelah berjaya, akan rasa puas dan tenang….
Keluarga saya Alhamdulillah jaga bab aurat..dari kecik dah di ajar pakai tudung dlm rumah bila ada bukan muhrim..tapi belah keluarga suami x macam tu..saya pernah suruh suami tegur kakak ipar yg kita kena jaga aurat dgn biras..sbb saya tengok dia rajin solat,mengaji,mgkin dia x tahu so saya nak sampaikan la..tapi dia x setuju..dia kata die tanya ustaz dia,ustaz dia cakap boleh nampak aurat dengan ipar lelaki sebab haram sementra..adui pening kepala aku..mak mertua pon x percaya cakap suami aku..termasuk adik ipat..still jugak pertahankan yg boleh nampak aurat ngn ipar duai lelaki sbb haram sementra..x boleh kawin..padahal haram sementra pon dikira bukan muhrim..payah nak cakap.last2 aku malas nak tegur dah..lantak kome la.jnji aku dah penah sampaikan
Imaan Syaqiereen
Tahniah sis. Sebab Allah syg sis.
Sis kuat sekuatnya .
Usah ambik hati dgn kata2 manusia.
Kita nk redha dgn syurga Allah,mmg Allah uji mcm2. Juz b strong ya