Ramai yg post pasal depression, dan orang sekeliling mereka kata oh, depress? Perasaan kau je kot???
Sebenarnya ramai dlm kalangan kita yg sebenarnya tak faham apa tu depression. Memburukkan keadaan bila sakit perkaitan emosi, spiritual dan mental dipandang enteng oleh ramai ahli masyarakat. Hanya org yg pernah, sedang dan telah mengalami depression yg tahu keadaan diri mereka. Sakit emosi sepatutnya berdiri sama tinggi dengan sakit fizikal.
Aku katakan begini sebab aku pon menghadapi depression.(Alhamdulillah semakin kurang dari hari ke hari, tapi masih ada lagi). Dah 5 tahun aku adap benda ni sorang2, sebab malu, and nak tau aku boleh depress sebab apa? It may sound so stupid tp inilah realiti yang dihadapi org yg depression. Aku depress sebab tak reti bawak keta okay.
Tak perlu kot kalau nak cerita panjang knp bnd ni boleh jadi, tp depress ni atas sebab aku accident (well tak de ape pon sgt, kereta je accident, tuan nya ok), tapi apa yg trigger kan perkara ni bila org sekeliling mengejek2 kau. Buat kan kau down and walah.. the depression come.
Org tgh depress ni, mcm2 tau boleh buat, kau rasa dia ngada2. Tp tak, dia sedang tertekan dan perlukan solusi yg mantop. Awal2 depress dlu, mcm aku slalu duduk tepi bucu nangis, pandang jendela luar rasa nak terjun (yep its true), pegang pisau sorang2, huhu (btw aku laki walaupun ayat cam perempuan).
Tapi mungkin kurnian Tuhan buat aku masih waras. Tapi tak senang untuk aku tangani. Lagi payah bila berseorangan. Cara aku, aku lari dr comfort zone aku, aku tinggalkan rumah (bukan lari rumah), hidup dkt tempat lain, sibukkan diri dengan aktiviti, dekat fb, unfollow semua benda bukan2, follow page2 ilmiah, baca random article, berborak n mcm2 lah. Tp sedikit sebanyak dpt kurangkan depression aku. Walaupun sisa baki masih ada.
Nasihat aku, dapatkan rawatan dr pakar/kaunseling/doktor adalah yang terbaik. Para depressi sekalian, tak perlu malu, lagi malu kalau kita tak mahu berubah kan. Walaupun aku dah 5 tahun begini, kita kena kuatkan semangat, sebab sy sendiri setuju. Tak ada org yg faham masalah kita selain kita sendiri. Org luar walaupun mak bapa kita sendiri tak akan faham. Setiap masalah ada puncanya. Setiap punca ada solusinya kan? Lebih baik merangkak perlahan dari kejar yang tak dapat. Walau siapapun anda di luar sana, saya doakan anda berjaya menangani masalah yg mendatang. Doakan saya juga. Saya juga masih mencari jalan yang terbaik.
– Sipysipy
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Ada individu lebih suka jika depression itu kamu kaitkan dengan ‘sihir’ dan ‘saka’. Baru sedap baca confession gitu.
Berbalik kepada cerita kamu, jangan tunjukkan diri kamu lemah pada orang yang kurang memahami.
haha semua komen ang nganjing depa yg obses ngan saka
Aku pun ingat ko perempuan
setuju, tolong buka minda dan cari bahan bacaan berkaitan depresi dan schizophrenia. jangan malas nk membaca dan mudah assume yg orang camni “gila isim” atau “saka”. sikap prejudis camni akan menyusahkan diri dan ahli keluarga yg mghidap penyakit ni.
If at first you don’t succeed, flush flush and flush again.