Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kerana menyiarkan luahan isi hati aku ni. Minta maaf awal-awal sebab aku tak pandai mengarang tapi nak juga tulis apa yang berlaku dalam hidup aku dan persoalan yang ada dalam otak aku sekarang ni.
Waktu aku menulis ni jam pukul 4 pagi lebih. Aku terjaga dari tidur 3 pagi lebih tadi selepas mimpi arwah mak.
Mungkin sebelum tidur semalam aku sembang pasal arwah mak dan kem4tian orang disekeliling sampai mimpi baring disebelah arwah mak.
Dalam mimpi tu aku sempat zikir La ila ha illallah dan mula rasa dada berat dan sesak nafas.. kemudian terus terjaga dari tidur dengan tercungap-cungap. Aku buat apa yang patut lepas tu tak boleh nak sambung tidur lagi. Jadi aku pun tulis confession ni.
Aku pernah hantar confession awal tahun ni sebanyak 2x (tajuk: mak). Nak kata kesinambungan dari penceritaan dulu pun mungkin juga lah.
Boleh baca di sini,
Aku intro sikit perihal diri aku. Aku perempuan, awal 30-an, single, sulung, berpewatakan simple dan tak lawa macam gegadis sekarang, kerja dalam bidang profesional tapi kontrak sahaja, harta cuma ada motor cabuk.
Alkisah bermula lepas mak meninggal awal tahun ni. Tinggal lah aku dan adik-adik. Adik last masih belajar dan yang lain alhamdulillah dah kerja stabil.
Dalam confession sebelum ni aku ada tanya netizen sama ada aku patut bawa diri jauh ke negeri orang untuk memulakan hidup baru demi melupakan sementara perkara-perkara yang berlaku masa tu.
Atas nasihat netizen, aku kekal dalam kehidupan aku seperti sebelumnya kerana adik-adik masih memerlukan aku.
Aku jalani hari-hari seterusnya selepas pemergian mak dengan hati yang kosong. Aku macam tak percaya dengan apa yang jadi. Aku mengharapkan mak akan kembali pulang dari cuti yang panjang keesokan hari nya. Begitulah tiap-tiap hari walaupun aku tahu benda tu pasti tak akan jadi.
Satu malam selepas sebulan dari mak meninggal, aku sakit secara tiba-tiba. Sesak nafas, hidung sumbat, jantung berdegup laju, sakit dada, berpeluh-peluh, menggigil seram sejuk dan sampai rasa tercekik & tak boleh telan air liur.
Aku mengucap sepanjang dalam ambulans ke hospital. Aku pikir sampai disini hayat hidup aku masa tu.
Sampai wad kecemasan di hospital, alhamdulillah aku mula stabil dan hasil pemeriksaan doktor kata hanyalah bengkak di tonsil sahaja, aku balik dengan ubat antibiotik dan panadol.
Hari-hari lepas tu kesihatan aku selepas tu mula merudum. Kejap- kejap je mesti jadi simptom macam aku sebut tadi. Sampai nak tidur pun tak boleh. Takut nak tidur.
Perasaan macam kejap lagi nak m4ti sentiasa bermain dalam fikiran aku. Nafas tak sampai dan rasa tak cukup. Padahal bila check di hospital paras oksigen 98-100%.
Ya, lepas serangan pertama tu aku dah jadi macam paranaoid dan rasa perlu duduk dekat dengan kawasan hospital just in case kalau aku sesak nafas senang pergi hospital. Aku cuti dari kerja demi nak fokus kesihatan aku masa tu.
Walaupun covid mula mengganas dalam negara, aku yakin tu bukan covid. Aku cuma fikir aku ada masalah kronik paru-paru atau jantung. Tapi hasil pemeriksaan kesihatan menunjukkan tak sakit apa-apa yang perlukan perhatian segera.
Dari hospital kerajaan sampai hospital swasta semua aku pergi lebih kurang 4x. ECG, xray, scan, urine dan ujian darah semua ok.
Cuma ada beberapa parameter je sedikit tinggi tapi doktor komen semua tak ada yang serious hanya gastrik mungkin dan ada satu doktor kata yang aku mungkin ada GERD dan “anxiety” berdasarkan simptom-simptom yang aku bagitahu.
Tapi untuk mengesahkan penyakit GERD, aku perlu buat endoscope (masuk kamera ikut mulut untuk tengok esophagus – perut). Doktor cadangkan jaga pemakanan supaya simptom tu berkurangan dulu.
Aku pun masuk dalam satu group support di fb atas cadangan kawan. Masuk dalam group tu banyak pantang larang makan. Aku cuba ikut tapi simptom naik turun.
Sepanjang cuti PKP aku memang duduk di rumah fokus nak pulihkan kesihatan. Kejap aku rasa ok kejap rasa makin teruk sebab simptom lain macam sakit abdomen/rasa mencucuk di perut & ulu hati, sakit sendi dan masalah sistem penghadaman mula datang.
Banyak kali aku fikir perlu ke buat endoscopy tu sebab aku memang takut nak buat. Kalau nak buat aku secara sedar aku takut tengah buat procedure tu tiba-tiba sesak nafas macam mana?
Kalau tidur pulak aku bayangkan aku tak bangun-bangun dah lepas tu (sebab arwah mak aku, doktor tidurkan di ICU dan mak pun tak bangun dah lepas tu – meninggal).
Dari bulan Februari sehingga akhir bulan April aku bertahan dengan sakit yang belum di diagnose dengan betul lagi. Dilema sungguh nak buat ke tidak scope procedure tu.
Last ada satu malam, aku mimpi arwah mak. Esoknya aku terus kata yang perlu buat scope untuk tahu penyakit sebenar. Aku tak nak jadi macam mak, lambat dapat rawatan sebab anggap sakit biasa-biasa je.
Buat lah aku appointment di hospital swasta. Kalau hospital kerajaan, lambat lagi nak tunggu turn dan pesakit yang memang dah ada tarikh nak buat pun terpaksa ditunda atas sebab covid ni. Aku tak boleh tunggu lagi sebab rasa makin teruk.
Warded 3 hari untuk buat procedure scope awal bulan Mei. Masa warded tu nak ditakdirkan aku terspot pendarahan dalam najis. Bagitahu doktor dan doktor kata ok nanti kita check.
Rupa-rupanya lepas aku jaga dari pengsan baru tahu kena scope atas bawah daaaaa… hahaha. Malu nya rasa, lagi malu dari buat ECG. Patut lah kena pakai gown s3xy mexy senang nak selak.
Hasil scope menunjukkan aku ada gastrik, GERD (perut dah naik ke atas diaphragm@hiatal hernia, LES longgar sikit) dan colitis. Kolon besar aku luka (ada infection) sebab tu najis berdarah dan sakit abdomen.
Balik dengan ubat dan MC. Setiap minggu akan buat follow up dengan doktor. 3 minggu lepas scope aku terpaksa admit ward balik sebab demam malam. Tapi katanya demam viral sahaja @ demam biasa, alhamdulillah.
Bila dah buat scope aku rasa simptom banyak kurang walaupun bacaan keputusan beberapa perimeter ujian darah tak mencapai tahap normal (mungkin ada kaitan dengan autoimmune).
Aku malas nak fokus bab tu sangat sebab runsing jadinya. Cuma yang aku fokuskan sekarang ni adakah aku betul-betul menghidap anxiety?
Sebab banyak aku baca kaitan satu sama lain antara penyakit gastrik, GERD dan anxiety ni. Masalah perut datang dari emosi atau emosi yang efek perut.
Aku takut nak pergi jumpa psychiatrist sebab nanti di label sebagai pesakit mental. Aku muda lagi dan kalau sah ada sakit macam ni rasanya tak merasa dah nak masuk kerja gomen.
Nak kata aku sedih sampai mental pun tak juga sebab masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Masih dapat bergelak ketawa, bergosip dan sebagainya. Tapi nak kata happy sangat pun tak juga sebab aku tahu aku masih lagi bersedih dengan pemergian mak. Entah la confuse kejap.
Persoalan nya, perlu jumpa psychiatrist ke?
– C.Z25 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit