Selamat sejahtera warga IIUM Confession. Saya nak minta pendapat dari anda semua. Kepada yang baca habis, terima kasih ya. Pendapat anda amat saya hargai.
Saya seorang perempuan, berumur 31 tahun. Saya bekerja sektor kerajaan dah 9 tahun.
Bila saya masuk jabatan ini, saya terus menjadi incharge oleh kerana menggantikan incharge lama yang berpindah.
Jadi selepas saya masuk, ada staff baru masuk bawah jagaan saya. Saya namakan dia X, lelaki umur 40 an.
Saya dapat tahu dari jabatan lama nya, dia dipindahkan. Oleh kerana sering MIA. Tak tahulah kenapa tak diambil tindakan.
Jadi dah 9 tahun saya masuk ke jabatan ini, masih bekerja di sini. X sangat menyusahkan jabatan kami Jabatan kami banyak perempuan.
Dia sahaja yang lelaki. Ok kami fahamlah kerana mungkin atasan kesiankan kami..
Nak angkut barang kah apa, X dapat tolong. Akan tetapi makin lama makin menyusahkan. Sering MIA.
Masuk kerja lambat. Balik awal. Kami takda punch card, semua isi melalui kertas kehadiran.
Jabatan takda peruntukan kewangan nak beli. Lagi2 kami pendalaman. Tak dipandang sangat. Asal kerja siap.
Saya dah beberapa kali buat aduan ke atasan mengenai X. Bos bahagian saya dah beberapa kali bersemuka dengan nya. Agaknya tak lut lah itu, nasihat seperti angin lalu.
Tahun lepas saya dapat bos baharu. Jadi dia faham masalah saya. Dia syorkan buat surat bulanan dengan laporan kehadiran.
Saya dah buat lebih 6 bulan. Tiba2 datang pihak ofis berjumpa kepada saya, katanya itu tidak dapat diambil tindakan.
Mahu X datang dan sign kehadiran dihadapan saya dan nyatakan jam masuk kerja.
Saya minta mereka memberitahu kepada X sendiri. Kerana kalau arahan melalui saya, dia tak heran pun dengan saya.
Jadi dah 2 bulan, kehadiran dia kosong. X tak sign depan saya. Still masuk kerja sukahati. Kerja pun tak buat.
Saya dipanggil lagi oleh pihak ofis. Mahukan laporan mingguan lagi, beserta sign kehadiran setiap jam.
Jika X datang kerja, saya kena arahkan dia untuk sign hadapan saya.
Di samping surat mingguan kepada X dari saya yang minta surat tunjuk sebab ketidak hadiran dia di tempat kerja pada waktu sekian sekian. Saya rasa sangat unfair.
Ya X memang di bawah jagaan saya. Tapi ini sangat menyusahkan saya.
Saya single. Saya sendirian di tempat ini. X orang sini. Macam mana dengan keselamatan saya. Saya takut diancam oleh X.
Saya dah syorkan kepada atasan supaya pindahkan dia. Ke tempat baharu yang banyak aktiviti luar, X suka buat aktiviti jabatan di luar.
Atasan tidak setuju lah pulak. Saya dah mengadu ke big bos bahagian tempat saya. Malah mereka tidak memahami.
Kalau saya nak sispaa atasan, saya pulak yang kena. Bos bahagian saya tak nak tolong buat surat mingguan, bulanan. Kerana fed up dengan sikap X.
Kami memang mahu dia keluar dari jabatan ini. Saya rasa sangat unfair. Kenapa tak dibuang sahaja orang seperti ini.
Banyak lagi orang2 muda yang boleh bekerja. SKT dia sampai 60 70 markah saya beri setiap tahun, tidak ada tindakan oleh atasan.
SKT dia pun bos bahagian yang buat dulu tahun tahun lepas kerana tak mahu dikejar oleh pihak ofis.
Ya saya tahu bukan mudah nak buang pekerja sektor kerajaan, tetapi surat aduan mengenai dia even jabatan sebelum saya pun telah buat. Kenapa dia tak diambil tindakan?
Even bos atasan sebelum ini sanggup pindahkan dia ke tempat lain untuk elaun yang lebih besar kerana masalah hutangnya yang serius. Saya rasa sangat wow… Kenapa nak ditolong orang yang sebegini?
Tolong warga IIUM Confession… berikan saya pendapat..
Jangan berikan saya pendapat untuk saya berpindah, staff lain seperti famili untuk saya. Saya dah selesa disini dekat dengan kampung famili..
– Cik Ngau (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit