Adik Ipar Dan Mertua Yang Selalu Menyusahkan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Namaku Chempaka, seorang penjawat awam di negeri P.

Aku ke negeri P kerana mengikut suamiku yang berpindah.

Sebelum ini keluargaku sangat bahagia dengan kehadiran 3 orang cahaya mata. Langit yang cerah kusangkakan berpanjangan rupanya gerimis di tengah hari.

Masalah bermula apabila adik iparku datang menganggu hidupku sekeluarga.

Disebabkan dia dan suaminya tidak bekerja, suamiku terpaksa menanggung mereka sekeluarga.

Adik iparku sudahpun berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Suaminya tiada pekerjaan tetap dan kadang² berniaga kecil-kecilan.

Sebelum ini mereka sekeluarga tinggal bersama ibu mertuaku di kampung.

Tetapi kerana ibunya tidak mahu menanggung mereka lagi, disuruhnya ke negeri P untuk berada dekat dengan kami sekeluarga. Alasannya biarlah abangnya pula yang menanggung mereka sekeluarga.

Pada mulanya aku tidak bersetuju kerana kami pada waktu itu ada masalah yang tersendiri. Namun kerana kasihan aku bersetuju.

Sesampainya di negeri P, selaku abang, suami aku menyediakan rumah untuk mereka sekeluarga.

Segala kelengkapan rumah turut diberikan seperti aircond, tilam, peti sejuk, makanan. Pekerjaan suaminya juga turut suami aku sediakan. Betapa beruntungnya hidup dia.

Perkara yang membuatkan aku geram dan sakit hati, kita telah menolong mereka sekeluarga tetapi mereka bagaikan kacang lupakan kulit. Tidak pernah hendak menghormati kami sebagai yang lebih tua.

Kalau berselisih di mana- mana tidak pernah ingin bertegur sapa.

Ketika ibu mertua datang ke rumah kami dia akan menghantarnya anaknya ke rumah aku. Mereka suami isteri akan keluar berjalan-jalan dan bersiar-siar. Ibarat aku adalah bibik anak mereka.

Aku pula yang berhempas pulas menyediakan makanan untuk anak-anak mereka. Yang aku paling geram bil letrik rumah mereka suami aku pula yang bayarkan.

Apakah suami kepada adik ipar aku itu adalah dayus?? Tahu menyusahkan hidup abang ipar yang sudah berkeluarga.

Ibu mertua aku pula sering menyalahkan aku. Katanya sejak anaknya berkahwin dengan aku suamiku menjadi orang yang tidak mahu menolong adik -beradik.

Suamiku satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, jadi dia terpaksa mengikut kemahuan ibu dan bapanya.

Tolonglah sedar, suamiku bukanlah orang yang banyak duit, jadilah orang yang tidak menyusahkan hidup orang lain.

Suamiku juga turut menjadi penjamin untuk sanak-saudara sebelah ibu mertuaku.

Bukan itu sahaja, segala hutang ibunya juga turut suamiku yang perlu langsaikan.

Aku sangat bersimpati kepada suamiku.

Sebagai isteri aku juga berhak untuk bersuara tetapi suaraku disalahertikan. Kami juga punya keluarga untuk ditanggung, sudah-sudahlah menyusahkan kami sekeluarga.

– Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *