Assalamualaikum semua. Aku dah 14 tahun menikah. Alhamdulillah dikurniakan 2 orang anak lelaki.
Isteri aku tak bekerja, suri rumah, ada degree tapi memang aku tak bagi kerja, masih mampu menanggung.
Isteri aku ni ada peel tak berapa cantik la.. dalam sebulan tu 2 minggu masak, 2 minggu kadang 3 minggu lagi aku makan la apa yang ada, nugget, sosej, telur dengan kicap.
Aku ni sampai masak sendiri, memang awalnya tak kisah sangat masa anak kecik2 dulu.. ye la layankan dia penat jaga anak kan.
Anak aku sekarang sorang dah sekolah menengah, sorang tak lama lagi naik sekolah menengah jugak, sampai sekarang peel dia sama, anak aku kene masak sendiri pulak.
Dia ni pulak jenis kalau aku tegur, tambah lagi seminggu tak masak, aku tegur la apa pun, kadang dia jenis lembab, tak tepati masa, suka buat benda last minit.
Kalau aku tegur, kira sebelum tegur tu, aku kene la bersedia masak sendiri, dia pulak duduk dalam bilik, main game, main tiktok, main youtube.
Kalau bab lain memang dia isteri yang baik la, jaga solat dll, banyak la yang baik nye, cuma dah lama2 ni aku penat jugak la, makan minum aku tak terjaga..
Sarapan memang tak la, kalau masak pun sekali sehari, sarapan pukul 5 petang..
Makan malam pula, makan la lebihan lauk tadi, tu kalau masak, kalau tak masak? Makan sosej goreng sendiri la jawabnye..
Korang ada tak tips nak nasihatkan bini aku ni?
Aku jenis tak nak berbini dua, takyah la suruh aku kawin lain, ade ke jalan yang tak mendatangkan masalah pada perkawinan aku?
– Cik Abang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bini abg tgh diet kot , kalau dia masak nnt kelaut dietnye..HAHAHA , entah la bang , sy rasa abg je la masak , mungkin bini abg dah takde idea nak masak. cuba abg belikan dia buku resepi RIZALMAN , harga dlm rm800 , dalam tu ada banyak menu , boleh la bg bini abg semangat nak memasak.. atau abg upgrade dapur ke beli set periuk yg best2 utk akak masak.. pandai2 abg la ambik hati akak tu , bila mood elok mesti akak rajin masak..
Kdg bini ni bukan xnk msk.. duit brg dpur yg xckup.. habis brg bsah suami xnk topupkan.. mcm mne nak smgat msak..
Cuba bagi dia explore benda baru, bg duit suruh dia g spa ke, g mall beli barang yg dia nak ke, join komuniti surau ke, buat aktiviti riadah ke, hntr kursus masakan ke, jahitan ke,suruh g join komuniti bersukan taman/apartment ke..tanya la apa yg dia minat..kadang jadi suri rumah ni penat mengadap benda yg sama hari2..lepas dah happy2, baru bg ayat manis pasal masak. Hehe..good luck
Kau jgn tau order je bang. Pernah tolong tak dia kemas /prep barang nak masak tu? Ni menu nak masak apa pun ntah2 bini kau kena fikir. Ingat housewife JE PUN tak penat ke? Kau yg kerja pun penat kan balik kena masak. Rumah dia jaga tip top tak? Senang beli kan dia thermomix tu haaa. Senang. Dapur tak sepah. Nak makan apa menu bersepah dlm tu. Tinggal sedia barang je.
Skrang kan bnyak perkakas elektrik memudahkan masak beli la oven, steamer, air fryer, pressure cooker senang budak2 pun boleh masak sendiri masak sedap2 bagi bini jeles korg makan sedap ;D
gurau je jangan bagi bini jeles ye haha.. ajak la bini makan sekali ye bagi bini happy2
Sebagai lelaki, aku nak bagitahu yang jaga anak sambil memasak tiga kali sehari penat. Aku pernah so aku tau. Kita tak boleh paksa isteri, sebab dia pun banyak benda lain nak buat. So nasihat aku, belajar lah masak. Sarapan buat roti cicah kaya, lunch makan bekal makan malam semalam, makan malam pulak masak simple dulu macam nasi goreng ke