UPSR Mengubah Haluan Hidup

Sekarang tengah hangat perdebatan berkenaan Peperiksaan UPSR & PMR. 

Di sini aku nak cerita kan kisah UPSR yang telah mengubah haluan hidup aku. 

Aku dilahir & dibesarkan dari keluarga miskin.. punya adik beradik yang ramai.. aku anak ke 7 dari 9.

Abang dan kakak aku sekolah biasa sahaja.. ada yang tak habis belajar sampai SPM.. kalau habis pun.. keputusan SPM nya biasa sahaja.. 

Tahap miskin aku.. beras pun tak ada nak masak nasi.. tiada dapur gas.. tiada kereta.. rumah kayu yang bumbung pun selalu bocor.. baju hanya ade dua tiga helai.. baju dan kasut sekolah.. guna kakak punya..

Seterika kami bukan eletrik.. tapi seterika arang.. dan kami berkutu.. ya.. benar.. berkutu.. tak mampu nak potong rambut.. tak mampu nak beli shampoo.. 

Tapi aku nak keluar dari keluarga bukan sebab miskin… 

Pertama : Ayah & Ibu aku selalu bergaduh.. Ayah selalu pukul & maki hamun ibu aku.. setiap kali jadi pergaduhan.. aku jadi sangat takut… sampaikan aku pernah tanya pada ibu aku.. kenapa kita tak lari je dari sini.. tinggalkan ayah.. 

Kedua : Kami adik beradik juga selalu bergaduh.. aku tak pernah rasa kasih sayang seorang abang mahupun kakak.. sebab kami dibesarkan dalam didikan tanpa kasih sayang.. aku juga selalu jadi mangsa pukul abang aku yang panas baran. 

Ketiga : Solat? Mengaji? Zikir? Jauh sekali.. aku tak pernah tahu & rasa apa itu subuh sepanjang umur aku 12 tahun.. kami tak pernah berjemaah.. tak ada rutin bacaan yasin setiap khamis.. tak ada yang ajarkan aku doa sebelum tidur..

1 yang aku bersyukur.. ayah aku hantar aku ke sek keb.. walau aku terlepas peluang seumur hidup untuk belajar di sek kafa. Aku seorang yang buta huruf jawi.. sampai sekarang.. aku masih bertatih untuk baca quran & belajar jawi. 

Keempat : Titik hitam dalam hidup aku.. aku pernah beberapa kali diraba oleh abang sendiri.. perkara keempat ni la buat aku berdoa sungguh2 pada Allah.. supaya keluarkan aku dari rumah aku sendiri..

Aku tak pandai solat.. tapi dalam pendidikan islam.. aku tahu kita boleh mohon apa saja pada Allah dalam keadaan apa pun kita. 

Masih aku ingat, aku hanya pelajar biasa.. bukan pengawas.. apatah lagi murid kegemaran guru.. aku bukan tercalon dalam “target student” untuk dapat 5A. 

Masa aku darjah 1 sampai 5.. 

Aku tak pernah dapat sebarang anugerah.. dapat no 1 dalam kelas jauh sekali.. 

Awal tahun 6.. cikgu kelas aku bagitahu 1 kelas.. dia akan galas tanggungjawab untuk pastikan kami semua berjaya dalam UPSR.. tak ada pilih kasih.. yang pandai.. yang kurang pandai.. semua ada peluang untuk berjaya dalam UPSR. 

Dengan kata2 itulah aku usaha.. setiap hari aku buat latihan matematik.. kalau karangan tu.. tiap2 hari aku akan baca peribahasa.. sebab masa tu.. tips cikgu bagi.. kalau selitkan peribahasa.. dapat markah tinggi. 

Alhamdullilah.. Allah tolong.. aku 5A UPSR.. aku dapat MRSM.. aku dapat lari dari keluarga aku.. 

Bayangkan kalau masa tahun tu.. untuk masuk MRSM perlu melalui proses macam sekarang.. sudah tentu tiada peluang untuk orang macam aku nak keluar dari hidup yang hitam.. 

Di MRSM, pertama kali dalam hidup.. aku boleh baca yasin setiap hari khamis.. ada solat jemaah walau kadang..

Aku baca sekadar ikut apa yang imam baca…. ada subuh untuk aku.. ada kawan yang baik.. sanggup tulis kan bahasa melayu di yasin aku.. sebab aku tak tahu baca jawi… aku ingat jasa dia sampai sekarang..

Ada kawan yang mencerca juga.. sebabkan kemiskinan aku.. aku tak mampu “outing”.. jadi bila minggu “outing” aku hanya belajar di asrama.. aku tunggu kawan2 balik.. sebab pada aku, mereka je yang aku ada..

Pernah sekali tu.. mereka beli biskut coklat.. makan beramai2.. aku terliur betul.. aku cuba minta.. tapi aku dihina.. dalam keadaan sedih.. aku menangis sampai tertidur.. bangun dari tidur.. aku tengok kawan2 aku semua tidur.. mungkin keletihan sebab “outing”..

Tapi yang buatkan aku sambung nangis lepas tu.. aku nampak biskut coklat yang aku terliur tadi.. tak dijamah.. hanya di biarkan terbuka di bawah kipas.. aku ambil gigit sikit.. dah masuk angin.. aku letak balik.. terima kasih sahabat… 

Alhamdullilah.. itu sahaja kisah aku.. aku harap.. tak ada anak2 sekarang yang punya kisah seperti aku.. 

– Suffiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. sambung cerita.. bole jadi inspirasi.. kehidupan skrg mcm mana? survive tak kehidupan di MRSM sampai habis SPM?

    • Salam , saya puan Siti Aishah ingin berkenalan dengan Sufiyya dari UPSR Mengubah Haluan Hidup.Sila email kepada saya…insyaallah saya akan balas email.

  2. Sy cikgu, ada lagi murid yg dipilih Allah utk jalani dugaan mcm puan/cik. Sy doakan anak² yg diberi ujian sebagaimana anda lalui yakin kejayaan sudah Allah sediakan bila selesai semuanya nanti . Sudah tentu hanya yg melalui faham dan menghayati keperitan yg nyata yg dilalui. Sama² kita yakin dgn kasih sayang Allah. Maafkan semua yg menyakiti kita, in Shaa Allah hidup ini dipenuhi kebahagiaan dan kesejahteraan .

  3. Hidayah milik Allah swt. Sayangnya Allah kepada kamu buat saya rasa nak menangis. Semoga sentiasa di bawah lindungan Nya dan diberkati Allah swt sepanjang usiamu.

  4. Sayu hati..tp awak hebat dik. Saya tahu struggle anak2 asrama jika dtg dr kluarga x mampu. Sambung cerita awak..

  5. K.ros doakan kamu tabah dan cekal jalani hidup ini…semoga dipermudahkan segala urusan…semoga bertemu kebahagiannn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *