Erti Rindu Ini.. Ayah.

Malam ni aku tak dapat tidur lagi. Aku bukak mesej dan baca conversation aku dengan ayah. Ya Allah, rasa nak jerit biar lepas segala perasaan ni. Aku rindu ayah. Rindu sangat… Menangis baca balik setiap patah perkataan dan ayat yg ayah tulis. "Kakak,Ayah takde duit!"
"Kakak,ayah pinjam duit merata tempat dah!"
"Kakak, tak kan belajar guna banyak sangat duit?"
Luluh hati aku bacaaaaa….. Menangis? Yaaa ,… Menjerit dalam hati sekarang. Sebab rindu. Allah……..Air mata? Tak payah cakap, dah sebati mengalir dekat pipi….Aku tak kisah ayah x ambil peduli tentang pelajaran aku. Aku tak terasa bila ayah halang aku sambung master. Sebab aku tahu ayah tak faham pun macam mana keadaan belajar dekat universiti. Aku tak marah ayah, sebab aku faham ayah. Memang kadang2 hati aku merintih, tapi aku x ambik kisah… aku kenal sape ayah aku.
———-********———-
Aku rindu ayah….
Dah 3 bulan ayah keluar dari rumah sebab bergaduh dgn ibu..
Entah ape ayah makan?
Lena ke ayah tidur malam ni?
Ayah tidur dekat mana?
Allah, aku rindu ayah, sampai kan salam aku dekat ayah. Mintak dia doakan aku dapat kerja, mampu tanggung dia. Lepas ni ayah duduk rumah… Goyang kaki.
Kakak nak beli mesin urut mahal dekat ayah,
kakak nak beli motosikal mahal dekat ayah, kakak nak bawak ayah makan tempat mahal,
kakak nak bawak ayah pergi umrah,
kakak nak beli baju mahal2 dekat ayah… Doakan kakak ………..

– pekan

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *