assalamualaikum,
Pertama sekali saya nak maklumkan apa yang saya nak ceritakan ni bukan untuk raih simpati, jauh sekali nak mengaibkan sesiapa..tapi saya harap semoga cerita ni dijadikan teladan sekaligus menjadikan diri kita seorang yang bersyukur dengan apa yang kita ada..
Ayah dan emak saya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dari saya kecil, sehinggalah saya dewasa, emak sering bergaduh dengan ayah kerana masalah kewangan. Dulu pernah tinggal di bandar, namun keadaan sangat susah ketika itu sehingga emak terpaksa pergi bekerja walaupun masih belum habis berpantang. Sehinggalah suatu hari, ayah patah kaki kerana benda berat terjatuh di atas kakinya ketika berkerja sebagai buruh kasar. Sejak dari haritu, keadaan bertambah tidak terurus. Ayah dan emak tak mampu nak bayar sewa rumah lagi. Kami pindah dan tinggal di kampung sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, kini rumah yang kami duduki selesa dan yang penting tak perlu bayar sewa lagi. Manakala kami adik beradik pun dah berjaya lanjutkan pelajaran di universiti2 tempatan. Cuma masih ada tiga orang yang masih bersekolah. Seorang akan ambil spm, seorang pt3 dan seorang lagi upsr.
Saya pula sambung belajar lagi sebab hajat di hati nak jadi lecturer, sebab saya suka belajar. Bila jadi lecturer, automatik kita akan sentiasa belajar. Dari kecil sampai la besar, ada satu benda yang saya idamkan. Saya teringin sangat nak solat berjemaah dengan keluarga saya yang berimamkan ayah. Tapi saya tak pernah merasa. Saya selalu doa supaya satu hari nanti saya dapat jadi makmum ayah. Ayah solat on off,on off..Kadang-kadang saya sendiri kesian dekat ayah.Mungkin Allah xnk tolong dia sebab dia jarang nak solat. Ayah, kalau dia buat sesuatu kerja xpernah buat sampai abis.Mesti sekerat jalan je. Tu yang emak selalu marah dan kebiasannya perang besar akan jadi sebab ayah akan minta duit dari emak untuk beli rokok, atau pergi mengeteh. Saya bukan nak berpihak pada sesiapa. Tapi bagi saya sebagai seorang ayah dan suami, sepatutnya ayah pergi cari kerja. Kadang-kadang saya sendiri tak faham dengan sikap ayah. Sebab dia dengan senang hati duduk rumah goyang kaki tengok bola, tapi bila takde lauk, beras dia akan senyap je. Then bila emak suruh beli barang dapur, dia bagi alasan takde duit. Oh, lupa saya nak bagitau. Emak saya sangat berbakat dalam bidang jahitan. Semua jenis pakaian dia boleh jahit. Dari kami kecil, emak pernah buat kuih untuk hantar ke kedai, dan sekarang emak ambil tempahan baju je dari rumah. Mungkin ayah tengok emak sentiasa ada duit hasil dari menjahit, jadi dia rasa selamat sebab akan ada orang yang bagi dia duit. Emak saya tak reti drive. Jadi untuk ke mana-mana dia akan harapkan ayah, atau anak-anak. Anak-anak pula dah bekerja dan ada yang tinggal jauh. Jadi nak tak nak emak kena juga minta tolong ayah untuk ke mana mana. Pendek kata, pergerakan emak agak terbatas. Ayah pula setiap kali keluar ke mana-mana, akan minta duit untuk isi minyak motor/kereta, rokok dan mengeteh. Dah lama macam tu.
Klimaks cerita ni bila mana saya dapat tahu ayah dan emak bergaduh lagi hanya kerana ayah minta duit mengeteh. Dan paling teruk bila ayah lafazkan talak dekat emak tanpa sengaja. Emak pernah suarakan memang nak tinggalkan ayah sebab dari dulu tak pernah nak berubah. Hari-hari minta duit. Ke sana sini macam bos.Saya sayang ayah dan saya sayang emak juga. Bagi saya, hidup perlukan pengorbanan untuk bahagia. Saya setuju kalau meraka bercerai terus kalau perangai ayah masih tidak berubah. Saya akui, ayah juga ada menyumbang kepada kejayaan kami adik beradik. Namun, bila teringatkan apa yang dilalukan kepada emak, saya sendiri jadi panas hati. Anak mana tak sayangkan ibubapa mereka? Anak mana taknak bahagiakan ibubapa mereka? Semasa saya belajar di peringkat ijazah, saya buat bisnes kecil-kecilan untuk support duit belanja. Alhamdulillah..Allah tu adil. Walaupun tak dapat duit belanja dari ayah dan emak, saya ada duit poket hasil bisnes tersebut.
Sekarang, saya masih belum habiskan pengajian. Ada setahun setengah lagi. Saya dah aim untuk terus bekerja lepas abis pengajian ni. Saya nak sewa rumah dan beli kereta untuk persediaan jika apa apa terjadi pada rumahtangga ayah dan emak. Tapi, benda ni jadi lagi awal dari apa yang saya jangka. Saya rasa tersepit sebab saya tak mampu nak tolong emak kalau emak kena keluar dari rumah. Rumah kami sekarang yang kat kampung tu emak yang banyak berhabis duit untuk siapkan tapi kami duduk atas tanah atuk(ayah). Jadi, mungkin emak kena keluar dari situ kalau mereka bercerai. Adik-adik pula masih ramai yang bersekolah. Nak exam besar pula tu. Saya risau dan jadi buntu sangat. Saya tak pasti kalau ayah boleh berubah. Saya cuma nak semua orang gembira.
Saya ada plan untuk cari kerja sekarang dan tukar pengajian saya dari full time kepada part time. Then, saya akan sewa rumah dan bawa emak tinggal dengan saya. Saya akan carikan kedai untuk mak saya mulakan hidup baru.Mungkin boleh buka butik. Ayah? Biarlah dia dengan hidupnya (saya yakin ayah tak boleh hidup tanpa emak). Saya tak mampu nak berfikir lagi sekarang. Hanya satu, jika ayah faham tanggungjawab dia, dia akan buat benda yang menggembirakan kami. Kami tak minta duit berkepuk, kereta mercedes menjalar, rumah kristal bertingkat. Kami cuma nak ayah bertanggungjawab.
Saya masih ingat, masa kecil dulu saya selalu ikut ayah hantar kuih pagi-pagi gelap subuh. Naik motor. Sejuk menggigil sangat. Tapi saya gembira. Biarpun waktu tu susah, tapi ayah gigih tolong emak cari duit untuk besarkan kami tanpa merungut. Betul, saya rindu ayah yang dulu. Yang bertungkus lumus masa kami masih kecil. Saya faham ayah sekarang dah berumur, tapi bagi saya banyak yang boleh dilakukan untuk tambah pendapatan. Tambah tambah lagi kami tinggal di kampung, banyak tanah terbiar. Boleh sangat nak diusahakan.
Kesimpulannya sekarang ni saya tak tahu samada emak dan ayah saya bersama atau bercerai lebih bagus untuk kami semua. Apa perlu saya lakukan? Macam mana saya nak menghadapi semua ni sedangkan saya tak bersedia lagi. Emak nak kami adik beradik buat keputusan untuk dia samada rujuk semula dengan ayah atau tak. Saya pun tak tahu. And paling penting apa perlu kami sekeluarga buat supaya ayah sedar dan berubah????
Satu je saya nak nasihat. Bagi saya sejak kecil lagi kita kena didik anak-anak untuk rasa bertanggungjawab. Samada perempuan atau lelaki sama je. Kena adil. Kalau dah makan basuh pinggan sendiri baju sekolah gosok sendiri, kalau tengok emak dah tak larat nak mengemas, tolong capai penyapu sapu rumah tanpa disuruh. Memang susah tapi saya yakin kalau dari kecil diajar macam tu, insyallah dah besar nanti mereka akan faham dengan erti tanggungjawab. Orang cakap, jadi lelaki bukan senang. Sebab kena pikul banyak tanggungjawab. Tapi apa yang saya nampak hari ini, lebih ramai wanita yang pikul tanggungjawab lelaki. Jaga emak ayah yang uzur walaupun ada adik beradik lelaki yang lain. Sedangkan dia juga ada suami yang perlu dijaga dan macam mana jika dia(perempuan) juga bekerja.? Kalau dapat suami yang memahami dan bertanggungjawab takpela juga. So kaum adam, sebelum nak berumahtangga, fikir betul betul. Dah bersedia ke belum nak pikul tanggungjawab besar tu. Janganla layan perempuan perempuan di luar sana macam yang ayah saya buat pada emak. Kami semua saksi macam mana emak memendam rasa denga perangai ayah tapi kami pejamkan mata je. Takkan nak cucuk mak untuk tinggalkan ayah pulak? Last-last emak yang sakit hati memendam rasa sampai dapat macam macam penyakit. Dan akhir sekali, ingatlah kalau kita rasa hidup kita dah cukup teruk, masih ada lagi yang lebih teruk. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Hargai semua yang kita ada terutama sekali orang yang berkorban untuk kita.
-SiBuntu-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit