Assalamualaikum and big thanks to admin coz approve confession ni.
Sy just nak share about my life . Family aku ni ada 5 lelaki 6 perempuan . Lately ni byk plak org duk share statement 'Lelaki kena banyak bersabar kerana mereka akan menjaga sejenis makhluk iaitu wanita yang perangai mcm baby' .. Oh gosh,baby ? Err I don't think so huhuu.. But dlm family aku ni tkde langsung istilah 'manja' tak kira la laki or perempuan .. Dalam family aku semua kerja ats bahu perempuan sama ada kerja tu berat ke ringan ke semuanya kami yg perempuan ni buat. Yelaa , lelaki di layan mcm princess just makan, tido, main fon , tgk tv and so on. Yg prmpuan lak kemas rmh, basuh tahik ayam ( tak tau ayam sape yg dtg berak merata ) , angkat tong gas yang dh guna atau yg blum guna, bersihkan halaman rmh , panjat tangga untk pasang langsir and so on lah. Semuanya prmpuan yg buat . Sbb tu ank2 prmpuan dlm family aku ni tkde yg mnja2, gedik2.
Masa kecik dulu kami selalu dipaksa untuk gunting rmbut pendek mcm laki. Apabila mnjlg je hari raya confirm lah rmbut kami akn digunting sekemas2nya. Yela nak beraya kan kena la kemas2 hahaha. Kami dulu mmg akn gunting rambut setiap 2 bulan. Akibat terlampau nak sangat rmbut pnjg aku selalu doa lps solat agar Allah lembutkan hati mak aku and Alhamdulillah Allah makbulkan. Setakat bsr ni mak aku dh bg berambut pnjg sekarang ni. Aku kekadang nak jgak hangout dgn kawan2.. tapi halangan dpd family aku katanya just buang masa n takde faedah pun kalau prgi hangout. Wuuu mereput je la krja aku. Mmg family aku ajar hidup tak sosial sangat. Tapi hidup dikongkong ni buat aku rasa fed up gila. Nak ada life sikit pun tk boleh.
And ada jugak time aku and adik2 aku duk rest ats katil, bual2 and gelak2.. mesti ada je mak aku suruh buat itu ini. Hohoo paling aku tak tahan time dgr suara dia yg lantang dan tegas .. Automatik kami akan bangun and cepat2 buat kerja huhuu.
Kalau time beli baju ,mak aku selalu pilih baju yang besar. Baju kami yang teramat besar sehinggakan kawan2 kami tanya 'pakai baju spe ni ?' Damn lah ! Walaupun kami orang berada tetapi kami diajar hidup secara sederhana tanpa kemewahan. Mmg la life aku ni pelik sikit.Aku ngan adik aku selalu je gelak time teringat kenangan kami bersama.
So,moral of the story. Tak semua prmpuan tu manja, gedik and mengada2. Ada beza ye prmpuan yg lemah lmbut dgn lemah lembab okey ?
And one more thing, please doakan result SPM aku ye. Harap dapat yang terbaik. Aku nak apply UIA :-)
– sis sadoo