Assalamualaikum semua. Thankyou admin andainya confession ni disiarkan. Firstly aku minta maaf kalau penulisan aku ni carca marba sebab aku memang sejenis yg tak pandai bercerita direct verbally or even via penulisan tapi aku cuba sebaiknya. Aku sebenarnya dalam keadaan yang sangat keliru sekarang dalam semua hal termasuk kesihatan mental aku. Rasanya tak perlu untuk aku terangkan lebih lanjut isu berkaitan depression sebab aku yakin mostly masyarakat kita dah semakin terdedah dgn awareness mental health issue.
Honestly speaking, aku pon turut terpalit dengan isu depression ni bila aku sedar yang simptom2 depression ada pada diri aku selama ni. Mula2 tu memang aku cuba beranikan diri untuk jumpa doktor sebab waktu tu keadaan aku mild yang aku pikir waktu tu cuma nak sembuh dan rasa happy semula. Tapi aku jadi down disebabkan some staff klinik termasuk doktor yang bersikap agak sinis bila aku bagitau nak dapatkan rawatan sakit murung. Satu ayat yang aku tak boleh lupa, kesian kau dik muda2 dah murung. Aku rasa loser dan hopeless bila terkenangkan ada betulnya jugak kata2 yang menusuk hati tu. Jadi start dari situ aku takut untuk pergi klinik lagi. Aku takut kena judge, aku takut orang pikir aku attention seeker, aku takut sebenarnya aku tak sakit pon cuma aku ni je terlebih manja mengada-ngada, acah2 ikot trend sakit depression, and aku jugak takot sebenarnya aku tak boleh terima hakikat mungkin aku ni sakit mental perlu makan ubat dan jumpa psikitrist. Selain tu, aku ada trust issue, aku susah nak percayakan orang yang aku tak kenal. Aku akan bersikap awkward, malu, kurang bercakap dengan orang yang baru pertama kali jumpa. Aku tak reti nak berinteraksi dengan mereka. Aku takut aku salah cakap bila aku cuba untuk jadi ramah. Dan selalunya aku pilih untuk mengelak dari berjumpa dengan orang baru, atau crowded places, yang penuh dengan manusia bersesakan atau manusia yang sudah mempunyai puak sendiri. Aku rasa seperti orang asing yang tak akan diterima dari kelompok mereka semua. Aku tak pandai bersosial, even aku try untuk bersosial aku akan bertahan kurang dari 10 minit mungkin, untuk cuba berlakon ramah dengan orang ramai. Kemudian aku rasa penat, exhausted, rasa low battery, rasa lemas dan nak cepat2 balik rumah berkurung dalam bilik – the most comfort zone for me.
Aku punya keinginan utk keluar dari kemelut depression ni membuak2. Aku banyak membaca and ambil tahu isu berkaitan mental health. Dari pembacaan, aku jumpa lagi banyak mental disorder yang bagi aku agak rare sebab aku tak pernah dengar. Dan secara tak langsung aku jadi obses untuk cari lagi banyak maklumat pasal mental disorder ni bermula daripada simptom, causes, treatment dan pengalaman2 pesakit mental. Aku cari, download dan tonton filem berkaitan isu kesihatan mental. Aku rasa aku macam try to be one of the patient, cuba untuk meletakkan diri aku kat tempat mereka, selami perasaan mereka. Aku rasa mungkin ni efek daripada aku tak officially diagnosed oleh pakar menjadikan aku semakin keliru sebenarnya aku ni kemurungan or tak? Or aku cuma faking my depression to fit in the kumpulan pesakit mental? Tapi aku memang ada tanda2 depression tu contohnya rasa tak happy, rasa isolated, hilang minat utk buat apa2, takde semangat, cepat penat, emosi turun naik, rasa tak berguna, rasa nak mati.
Semakin banyak aku baca tentang penyakit mental lain, makin aku cuba untuk memahami tentang mental illness ni, makin aku keliru dan rasa obses untuk lebih fahamkan apa sebenarnya mental illness ni. Kadang2 aku rasa boleh relate beberapa simptom penyakit mental dengan keadaan diri aku sekarang contohnya aku rasa ada simptom penyakit BPD (Borderline Personality Disorder), and kadang2 jugak aku rasa ada simptom penyakit Bipolar dan kadang2 jugak lagi aku rasa ada simptom penyakit Avoidant Personality Disorder / Dependent Personality Disorder / Antisocial behaviour / Social Disorder etc. Kebanyakan penyakit yg aku sebut ni terdapat side effect depression. Jadi kemungkinan depression aku dtg dari one of penyakit tu? Sorry ya I’m not trying to diagnose by myself cuma nak cari jawapan apa punca depression aku ni. Aku dah sampai tahap terpikir untuk further study bidang psikologi klinikal sebab aku nak kaji apa masalah aku sebenarnya. Mungkin antara sebab yg trigger aku adalah kerja dan personaliti aku sendiri. Waktu pertama kali aku masuk kerja aku try hard untuk adapt dgn situation tempat kerja. Beberapa bulan pertama everything seems fine. Tapi masuk couple of month later colleague dah start tunjuk belang masing2, aku dipinggarkan, aku takde kawan, kerja semua aku kena setel sorang eventho kerja tu sepatutnya buat grouping. Aku tertekan dgn situasi tempat kerja camni ditambah dgn personaliti aku yg introvert. Semua orang buat hal masing2, aku tak dipedulikan. Aku jadi penat sangat. Maybe that long term stress yang develop my depression? Affected my daily routine life. Balik rumah pon tak happy, asyik terpikir situasi kerja, cari solution camne aku nak stop pikir benda2 negatif. Aku selalau rasa useless and bodoh bila berdepan dgn orang ramai. Aku decide utk resign but everyone is against my decision, kata aku tak hargai apa yang aku ada, orang lain bersusah payah untuk dapat kerja, tapi aku senang2 untuk berhenti just bcoz tak tahan dgn stress.
Mesti ada yang terpikir camtu kan, terpikir aku ada masa lagi untuk being depress walhal mereka nak layan feeling depress mereka pon tak sempat sebab kena pikir cara cari rezeki untuk sara anak beranak. Mungkin tuhan kurniakan anak dengan hikmahnya sebagai parent awak tak boleh give up, banyak mulut nak kena suap dengan rezeki halal. Dan setiap orang ujiannya berlainan sesuai dengan kemampuan setiap hamba-Nya. Contoh seperti rakyat Syria or Rohingya, tuhan letakkan mereka dalam situasi mereka sekarang sebab tuhan tahu mereka mampu, ujian mereka tu jugak secara tak langsung ujian untuk kita samada kita ambil peduli atau tidak. Dan setiap orang tak sama ketahanan cara coping stress. Ada yang kuat boleh amalkan sikap idgaf atau pergi mam***, tapi ada yang sgt over sensitif, papepon semuanya terpulang kepada diri masing2 kan.
Berbalik kepada diri aku, ada masa aku okay alhamdulillah, tapi bila sampai masa depression tu hit me so hard, aku rasa lemah, badan sakit2, asyik fikir tido, sakit kepala, nak mandi solat pon tak larat. Waktu tu aku rasa jauh betul dari tuhan. Tapi slowly bila mood aku kembali okay, aku solat taubat, baca quran dan jadi lebih organize. But the cycle keep repeating. Mood down being depress then going back to normal then being depress again and its endless. Terpikir takkan sampai mati kena hidup camni, rasa tak sihat sangat. Bila aku down aku akan ignore kesihatan aku, makan benda2 yang tak sihat buat aktiviti tak sihat like oversleeping. Jujur sangat aku tak mintak sakit atau jadi camni. Kalau lah ungkapan just ignore the sh*ts tu semudah untuk dibuat tak perlu aku susah payah dealing dgn my own so-called depression ni. Aku cuma nak tau apa yang tak kena dgn diri aku ni adakah aku betul2 ada depression or it just mainan minda aku yang cuba create imaginasi konon2nya aku sakit depress or maybe aku ada salah satu penyakit mental lain such as BPD, or im just being exaggerate dgn life aku ni sebab aku takde wonderful life mcam orang lain (dari luaran kehidupan aku nampak perfect aku berani jamin ramai orang cemburu dgn apa yang aku ada sekarang) tapi hakikatnya, aku sejenis yang lifeless, takde hobi, takde cita2, takde arah tuju, mungkin aku pernah ada dulu tapi aku tak tau mana semangat tu hilang? Yang pasti aku sangat keliru dgn masa depan, apa yang aku nak buat lagi 5 tahun, 10 tahun, getting married, kumpul aset, travelling? Tak pasti itu yang aku mahu, seolah aku takde nafsu kat semua tu. Im such a loser totally failure. Happiness come form ourself but i cant find in myself.
Sebelum aku akhiri tulisan aku ni, aku nak bagitau sebenarnya aku sekarang on session counselling. Cuma next tca aku lambat lagi jadi aku rasa nak burst out kat confession ni instead of tunggu my next session, aku dah penat pendam weh. Dan aku masih berkira2 untuk ceritakan luahan hati aku ni kat my counsellor nanti. Like I said, I have trust issue. Sorry. Aku alu2kan komen dari Mukhsin, mungkin Mukhsin boleh bagi pandangan yang bernas even penuh dengan sarcasm. Kadang2 apa yang Mukhsin katakan ada betulnya walau pahit untuk ditelan cuma mungkin kena lebih bertempat dan develop sedikit empati. Ok itu saja. Thankyou for reading and wasting time. Sorry again.
– nana yang keliru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit