Fake people on Instagram

Pernah tak rasa meluat tengok kawan yang suka nak tiru lifestyle orang, gaya orang, suka nak nampak macam high standars padahal kita yang sebumbung dengan dia ni je yang tahu dia tu macam mana sebenarnya?

Sakit betul nak bersabar dengan spesis yang macam ini kan? Nak tiru cara hidup orang kaya. Hipsturrr kononnya. Salah satu punca banyaknya terlahir spesis ni disebabkan Instagram.
Instagram adalah tempat orang 'create' kisah hidup mereka. Bukan semua eh. Dah cakap ye bukan semua.

Dalam Instagram kemain hebat, seronok, fun, mengagumkan hidup spesis tersebut, tapi hakikatnya tidak seperti yang digambarkan.

Dalam Instagram kemain cantik, cun melecun, tapi bila tengok depan-depan. Hmm. Hmmmmmmm.
Tapi takpe, itu normal la kan.
Gambar dekat instagram haruslah kita letak yang cantik2.
Pernah je aku cabar spesis tersebut letak gambar kat Instagram tak pakai mekap sangat. Tak confident katanya. Oh tak confident.. Tapi bukan kau cantik ke? Ramai puji kau cantik kat comment Instagram kot. Tapi kat Instagram la.
Nak je aku cakap macam tu kat dia.

Memang sepatutnya aku just buat bodoh, tak payah fikir or kisah pasal spesis tersebut. Betul tu.
Tapi, kalau kau hidup dengan spesis macam tu baru kau tahu rasa dia macam mana.

Lagu satu aku kesian kat kawan aku yang rasa hidup dia tak best sebab tengok life kawan-kawan dekat Instagram best gila.

Let me tell you something sister. Orang hanya tunjuk apa yang dia nak tunjuk sahaja. Mana ada orang tunjuk benda tak best kat Instagram. Hidup dia nampak best, tapi kita tak tahu apa disebalik Instagram itu. Mungkin dia ada masalah lagi besar dari kau. Mungkin dia punya banyak kekurangan dekat tempat lain. Mungkin dia tak bahagia macam kau. Mungkin.
Jadi, bersyukurlah. Live your life your own way. Don't live other people's life.

– Ann

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

37 Comments

  1. Untuk elakkan meluat, mgkn juga sis boleh kurangkan tgk instagram, subscribe benda yang positif dan membina, di samping cool sahaja

    Lagi2 bulan puasa ni.. Eloklah ajak dia pegi buka sama2 ke.. Solat terawikh sama2.. Sedekah sama2. Ajak buat benda2 baik.. Doa sama2 juga dibersihkan hati. Aish bulan pose ni rugi tak tmbh amalan.. So, lupakan pasal dia dengan instagramnya dulu keyh? Jangan lupa, start buat benda baik.. Nnt berjangkit. ;)

  2. Jgn terlampau menyampah n meluat sangat… takut akhirnya nnti kita akn jd mcm tu juga… Allah nak tunjuk yg nobody is perfect sis,sbb tu kite d suruh mengajak kpd perkara kebaikan… ingtkn org lain sama ingtkn diri sendiri

  3. This is an interisting story to read. No, not the confession but the comments given to the confession made.

    Hati tu jangan busuk sangat untuk cakap pasal orang je kerjanya. If you dnt like it, you make a move. Its okay to eliminate such person from your life. You decide who you wanna stay and who you dnt wanna be with.

  4. Gunakan instagram sebagai ladang pahala kita bukan utkk mnunjuk bukan juga utk mncri phatian mnusia , sbliknya bersyukur dengan seadanya diri kita , jgn palsukn dri sdri . bg kaum hawa pula , KURANGKAN ltk gmbr bselfie . Just train ur mind , utk guna smua kmudhn ni utk mnmbhkn lg ktenangan dlm hati kita bukan yg mnmbhkn susah hati .. jgn kata org yg byk mnunjukk kt insta ni , dorg tng lps hupload semua bnda tu . Makin kusut hati ada lh … lbih baik bykkn trbiah diri dan doakn org lain , kmudian apa yg kmu bljr dlm hidup kamu rungkaikn dlm satu ayt dan update lah ayt² yg boleh mngubh mnusia dan juga mngingtkn dri kmu sbg hmbaNya . Sng je nk cri phla instead of mncri something yg mnmbhkn ssh hti ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *