Family

Assalamualaikum..first of all, I bukannya student IIUM but I like to read some of the confessions because somehow I can relate myself with that surrounding. If admin post this confession, I would like to thank you for that.

Ok I tak mahu tulis benda-benda merapu so I akan terus straight to the point. My confession is about my family. I bukanlah dari keluarga yang senang. Tapi Alhamdulillah my brother (muda 2 tahun dari I) and I berjaya la jugak mengharungi semua jenis peperiksaan dalam Malaysia ni dengan jayanya. Cuma maybe my rezeki lebih sikit so I dapat ke luar negara but my bro dapat uni dalam negara ja. Plus, he had to accept PTPTN because no sponsor nak taja dia belajar. So sad but I hope one day dia bahagia lah sebab dia masuk uni dia sekarang pon sebab ditawarkan major dalam bidang yang dia suka.

Baru-baru ni I dapat tahu my dad kena buang kerja. Allah, sakitnya Tuhan yang tahu. Bukannya dia tak pernah kena buang but before this, kami kecik-kecik lagi, sekolah rendah lagi so perbelanjaan sekolah tak banyak. Plus, sekarang adik-adik I yang lain still kat sekolah rendah and me and my bro of course need a lot of money to study. Tapi bagi I, I tak pernah mintak duit from my parent sebab I still ada duit yang my sponsor bagi. I risaukan adik I yang tak ada sponsorship. Why? Dah la dia kena amik PTPTN, pastu pulak my dad ada pinjam duit dia 1k haritu masa dia nak masuk uni. I geram jugak sebab my dad, perangai dia bila pinjam duit from my family tak kan pernah pulangkan. Even my money dulu dia pinjam dari I sekolah rendah dia tak pulangkan. Duit my mom tak payah cakaplah. Beribu-ribu duit kami habis. Bukanlah tak boleh nak halalkan sebab he is my dad, tapi bila dah banyak kali plus beribu duit dia tak ganti, tak ka sakit hati dibuatnya. Duit yang dia pinjam dengan I dulu yes memang I dah halalkan tapi I dah tak pernah bagi dia pinjam my money sejak I masuk sekolah menengah. Dia buat apa dengan duit tu?

Ok I nak bagitahu. My dad ni anak tunggal. But his parent adopt this one child (perempuan) and I think they love her more than my dad. Bayangkan dia dah banyak habiskan duit my grandparent untuk benda-benda merapu. She said she wants to study but the fact is she never graduate from any uni hatta kolej komuniti sekalipon. All those money were wasted on her. But my grandparent tak pernah merungut. Diorang tak pernah kisah. Yang jadi mangsa? My dad. Duit gaji dia mostly dia akan bagi ke parent dia, then parent dia akan bagi ke anak kesayangan diorang. Diorang lagi suka tengok my dad susah dari that girl. For your info, she already married so it’s not my dad’s responsibility nak sara dia. Her husband pulak tak kerja. I’m like, What the h*ck?? Tapi tulah kenyataannya dalam my family. Duit my dad dalam bank, kad bank his parent pegang. Dia cuma ada buku bank sahaja. Baru-baru ni, my dad check his account tinggal 45myr dari beribu-ribu duit yang dia simpan. Bayangkan perasaan my mom time tu. Dah la duit nak bagi ke my mom pon susah, pastu his family suka-suka hati amik his money. Tapi dia still tak marah. Taat betul kat parent. I know tanggungjawab to parent still ada but now dia kena lebihkan his family. Sebab dia dah kahwin. My mom sabar betul dengan my dad after all this years. My das pulak dengan kami ja dia berkeras, dengan family dia, dengan orang luar tak pernah berkira. Once again, what the h*ck..

Now, dia dah diberhentikan. Sebelum ni dah pernah diberhentikan and dia start bisnes sendiri kat kampung dia but since he was never good in handling business, dia diterima balik bekerja (well kalo nak cerita pasal condition time tu, lagi panjang lah nampaknya). In short, dia once again kena buang from the same majikan. I bukannya suka but dah lama I fikir how long dia akan bekerja macam tu. Tapi the problem now is dia cakap nak balik duduk kampung, buat bendang. I terkejut dengar my mom bagitahu I berita tu. I rasa sakit hati sebab bila kami balik kampung, duduk dengan his parent, meaning his parent akan lagi conquer his life, OUR LIFE.. no way I akan biarkan benda tu berlaku. I yang sekarang bukan di Malaysia tengah berusaha cari job for him sebab dia pemalas ya amat nak cari kerja. I bagitahu my mom jangan balik duduk kampung. Kesian kat adik-adik I yang still sekolah. Dah la nyamuk banyak, pastu kampung tu famous dengan banyak kes budak-budak jahat. Bukan nakal taw, ni memang jahat. Rogol, drugs, etc.. Ya Allah takut I. Adik-adik I dah la perempuan. Adik lelaki I pulak mesti la jarang balik sebab tengah belajar. Kat negeri paling jauh pulak tu. Huhu..

I’m helpless actually. I really want my dad to change. Umur dah 40 lebih I faham kudrat dia dah tak sama macam dulu but he still not too old to work and rajinkan diri cari kerja. I yang berusaha carikan dia kerja sekarang. Hopefully dapatlah yang sesuai dengan dia. For your info, dia dulu solat jugak but nowadays, dah tak solat. I selalu bising-bising dalam phone nasihat dia suruh solat but he still sama. Bila my mom nasihat dia marah-marah. So I beg you guys please doakan my dad. Orang-orang IIUM I yakin doa anda semua sangat dekat dengan Allah. I mintak dia bertaubat sahaja. Oh yeah he didn’t drink and do illegal things tapi solat puasa tu dia tinggal. So basically iman dia lemah sebab tu dia rasa tak bersemangat. I hope bila Allah bukakkan pintu hati dia untuk bertaubat, dia akan lebih yakin untuk hidup dengan berusaha walaupun sesusah mana keadaan waktu tu. Dia baik tapi tu lah..benda-benda wajib ditinggalkan.

My family sabar ja dari dulu sampai sekarang. Perangai dia on off dengan solatnya etc. My bro banyak kali bagi dia pinjam duit sebab kasihan. For me, jangan haraplah. Don’t even try to touch my money. Nasiblah my mom kerja jugak but her salary is too ridiculous. I don’t know how my family in Malaysia will survive dengan my dad is jobless right now. Me and my mom betul-betul berusaha nak bagi dia dapat kerja baru so that kami tak payah pindah. For your info, family kami dah perpuluh tahun duduk rumah sewa sebab tak mampu beli rumah. Nasiblah tuan rumah dah kenal lama so rent tak mahal. 220myr per month. Murah kan? Memang rumah kami kecik but that’s my home since my bro lahir. Tetamu masuk ikut pintu depan bole nampak ruang tamu sampai ke dapur. Kalo selerak, nasiblah. Bilik ada 3. One bathroom. One jamban. Haha. Ok kami 6 orang tinggal dalam tu. I know sounds cramped but kami dah biasa.

Basically I am the hope for the family tapi I ni bukannya pandai sangat pon. Belajar kat sini I dalam katogeri biasa-biasa sahaja. Kadang-kadang bole score. Kadang-kadang fail. Tapi I sendiri pelik..I tak pernah pass cukup-cukup makan. Wether I did well or fail terus. Haha maybe I jenis tak suka kalau something wrong with my exam results. Sama ada I usaha betul-betul or I rela repeat sebab tak suka score cukup-cukup makan.

I memang rasa pressure sebab I anak sulung. My bro pon mesti pressure sebab he is the only guy in our siblings. We both kena hadap tanggungjawab berat. And I kadang-kadang tak nak fikir about all that. I want to live my life. I know I sound selfish. Tapi bila family macam ni, you rasa siapa ja yang bole tahan. My mom..I lah tempat dia luahkan everything. Sebab ramai jiran-jiran pon asyik mengata. Pastu jeles sebab my bro and me dapat belajar kat uni. Like what the….. My mom takda kawan. Kawan tempat kerja adalah tapi of course kena fokus masalah kerja pulak.

Me, IDK if I’m too selfish. I pon muda lagi. Lambat lagi grad. My bro baru first year in uni. In the meantime I risaukan adik-adik I kat sekolah. Diorang bukan tak pandai, but need attention macam I and my bro dulu baru bole betul-betul score. Masalah couple? Hah hah..my bro and I Alhamdulillah takat ni tak pernah lagi couple even though memang lah ada crush kan. Tapi I tak pernah berahsia dengan my mom about myself. Sapa my friend, my crush, my enemy..semua lah.. sebab I dah terbiasa macam tu. My bro dia tak pernah share sebab dia takut I bocorkan rahsia.hehe..ada kes actually I pecahkan rahsia dia kat my mom so dia malu. Ok this is just for you guys nak rilek2.. gelak2..

I know nampak biasa-biasa ja masalah I tapi we got lots of problems even though every problem tu nampak simple. Tapi yang paling I harapkan, my dad berubah ke jalan Allah. Moga Allah tak tinggalkan dia. Masalah dengan his parent InsyaAllah maybe bole setel kalo dia bertegas sikit. And berusah kerja untuk sara my family.

Thanks for those yang baca this confession. I hope you guys doakan our family and I pun selalu doakan everyone dikurniakan rahmat Allah. InsyaAllah sama-samalah kita doakan each other.

– Miss J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit