Harap admin post kali ni. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa lagi. Aku tak boleh nak pendam sorang-sorang.
Aku tiada mak ayah. Mereka telah pergi mengadap Tuhan yang Maha Esa. Hanya tinggal kami empat beradik. Kami duduk dengan nenek. Adik beradik lah tempat aku bergantung, tempat aku tumpang kasih sayang. Tapi sayangnya kami adik beradik tidak rapat. Abg aku lebihkan teman wanitanya. Begitu juga abg kedua lebihkan kawan-kawan. Hanya adik sahaja yang memahami aku.
Dalam family nenek aku, ada seorang makcik aku tidak suka kami adik beradik. Kami diselalu hina diherdik kerana kami menumpang rumah nenek. Tapi selepas abg sudah tamat belajar dan dah ada kerjaya, makcik aku seolah ingin merampas dia dari kami. Dia berbuat baik dgn abg aku dan cuba burukkan aku pada abg aku. Kesudahannya abg aku lebih percaya kata-katanya. Aku dimarah seteruknya disebabkan perkara yang aku tak buat.
Sedih sangat hati bila adik beradik sendiri tidak percaya darah dagingnya sendiri. Sekarang kami seolah-olah dah jauh. Mcm orang asing. Semua dengan dunia sendiri. Aku sedih sangat lihat kesudahan family aku sendiri.
Setiap hari aku berdoa supaya Tuhan satukan kami adik beradik. Hanya mereka pinjam Tuhan yang aku ada. Kalau mak masih hidup mesti dia sedih lihat keadaan kami adik beradik. Im so sorry mak :'(
– R