Assalammualaikum and hi to readers.
Aku suka page ni sebab aku tahu ramai ada masalah, ramai taktahu penyelesaian, ramai yang taktahu nak buat apa, ramai yang bantu menasihati. RAMAI. memang ramai. Aku gembira kerana aku bertemu dengan page ni. Sebenarnya, aku dah lama nak cari counsellor but as student, memang tak mampu and counsellor dekat college aku sangat tak meyakinkan aku untuk berkongsi masalah.
Aku tak bermaksud nak buka aib tapi aku tahu aku perlu bercerita juga kalau tak aku rasa aku mungkin boleh gila even, sekarang aku masih waras lagi. Tak mustahil kan bila terlalu pendam kita akan simpan dendam atau kita akan jadi hilang waras sebab kita simpan sorang-sorang. Aku ada kakak dan abang dan aku rapat dengan mereka tapi, dari dulu aku memang tak kongsi masalah dengan mereka. Mereka pula dah berkahwin dan aku dah dengar berbagai masalah mereka. Jadi, aku tak mahulah tambah beban masalah mereka sedangkan aku telah menjadi beban untuk mereka.
Family aku okey. We're happy family but, it change bila papa tiba-tiba decide nak kahwin. Papa tak pernah bagi hint or what dan kami tahu kami takkan mampu bantah kehendak papa. Lagi seminggu nak kahwin kott. Kami cuba faham, papa dah menduda terlalu lama. Aku kena lah duduk dengan papa sebab aku ni adik kan?.
Mak tiri aku tak jahat tapi baik. But, benda tiba-tiba. aku susah nak terima. Kakak abang aku dah tak selalu balik rumah. Nak jumpa pun susah. Kawan-kawan aku pun aku susah nak hubungi sebab gajet aku diambil. Yalahh, nak pt3 . its hard. Aku kena hidup dengan orang yang aku tak kenal dan tak rapat tanpa ada orang yang aku sayang. Aku bukan takat tak jumpa nak call pun , taktahu macam mana. Papa mestilah dah biasa dengan keluarga mak tiri aku. Aku lihat je adik-beradik diorang bergelak tawa, papa dan mak tiri aku bergurau senda sedang aku kesunyian. Segala kebahagian itu hilang. Betul kata orang, " bahagia takkan lama ".
Aku dah start boleh terima bila dah duduk asrama tapi, family aku tetap tak berubah. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Untungnya, adik-beradik aku tak palaukan aku. Bila dah lama tak jumpa mereka melawat aku, call aku (aku dah ada phone), tanya khabar aku, bawa aku pergi jalan-jalan.
Aku rindu keluarga aku yang dahulu. Papa pula dah berbeza. Dulu, kami selalu duduk pastu papa dengar cerita masalah aku tapi, sekarang dah takde. Dulu, papa tak memaksa tapi kini papa memaksa. COntohnya, haritu sibling aku datang nak berbuka bersama, kami tengah seronok bersembang tiba-tiba papa datang dan papa kata, "adik, pergi siap untuk terawih sekarang!" Ya, aku tahu itu benda baik tapi papa last kami jumpa awal ramadhan dulu. Aku pandang papa, aku kata "taknak" papa tak peduli dan papa bersuara dengan lebih keras.
Papa aku anak remaja yang dahulu tidak dikongkong tapi, kenapa semakin aku besar semakin papa bertindak begini? mengapa tidak dahulu? Aku buntu dan aku perlu penyelesaian. Aku harap kalian membantu. Terima kasih.
– little girl
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Awak sendiri cakap bapa awak dah menduda lama. Pahamlah dia ada kehendak dia, sebagai manusia, lelaki. Kita sebagai anak cuba faham. Of course, it takes time. Kita buat apa yg kita mampu,
.bapak awak ajak solat je pun, bukn benda tak baik. Ikut je. In sya Allah semua akan baik
Sbb papa adik syg adik. Adik kena ingt papa adik x slamanya d sisi adik. Dia nk adik bdikari. Klo adik tny pa penyelesaian, sya x dpt nk tlg sbb kurg mklmt mslh apa yg adik nk selesai tu.. (komen sya ada je kt mn2 post.. haha.. sbb sya sdri pn tgh dlm blues.. )
Macam bukan problem je, kamu yg tak dpt terima perubahan. Perubahan memang akan terjadi sepanjang hidup, jadi kamu kena lebih kuat, lebih adaptable. Kamu kata orang, entah2 mereka pun rasa yang sama terhadap kamu. Muhasabah la diri, kuatkan diri… terima dengan hati terbuka.
Ko fokus PT3 je la dik,bulan 8 ni nak kena anta folio Geografi. Pastu ade oral test BM BI lagi. Bulan 10 dah nak exam. Duk asrama dan belajar betul2.