Family Suami Yang Toksik

Semua ni bermula ketika I first time duduk rumah mertua selepas berkahwin.

I terdengar mertua and kakak ipar mengumpat pasal menantu perempuan yang lain. I baru je kahwin so at first I tak tahu pasal perangai mertua tapi I tahu perbuatan tu tak okay.

First impression I dekat dorang “dorang ni suka mengumpat” and turns out to be true.

Everytime balik kampung suami, mak mertua suka bercerita pasal anak menantu dia yang lain. Ada je tak kena. orang tu bergaduh suami isteri pun sibuk nak inform dekat anak dia yang lain.

Kalau duduk dekat living room, mesti mertua akan bercerita je pasal orang. Dia tak sedar ke mulut dia buatkn menantu2 tak suka dia.

Langsung tak jaga privacy orang lain. Lepas tu ada adik ipar lelaki (Ali) yang dengki. Dengki kalau orang lain lebih dari dia.

Ali ni dah kahwin ada isteri tapi bawa isteri duduk rumah maknya. Habis isteri and maknya bergaduh and biarkan je isteri tu. Janji Ali ni duduk bawah ketiak maknya.

Nafkah isteri semua dia abaikan. Lepas tu ada juga kakak Ipar (sarah) pun sama macam mak mertua suka mengumpat pasal orang.

Dalam family suami, kakak ipar sorang je yang ada anak. yang lain belum ada anak. Bila dia sorang je ada anak seolah olah semua kena utamakan dia dulu sebabkan dia ada anak.

Langsung tak ambil kira pasal perasan adik ipar yang lain. Masa I baru kahwin kakak ipar every single month nak datang rumah I. Tak tahu sebab apa. Kononnya nak mengeratkn silaturahim.

Masalahnya sekali datang 4 orang. Siapa je larat nak bagi makan tetamu ramai macam tu.

Lepas tu datang rumah I dari pagi sAmpai tengah malam macam tak reti balik rumah. Seksa ada kakak ipar macam tu.

Datang ramai2, expect kita masak untuk dia. Padahal pergi rumah dia tak pernah pun masakkn untuk I. Tapi sekarang dah lega, pindah jauh dari dia so setahun sekali je datang rumah tapi still datang ramai2.

10 orang datang ke rumah yang pasangan 2 orang je. Fikir la macam mana 2 orang ni nak masak untuk 10 orang tu.

Bila kita serve apa yang mampu je, nanti kat belakang dia mengata cakap “tak cukup dia nak makan”

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mengata psl menantu tu lumrah lah sis.Kwn i..baru sebulan dua kahwin dah mengata mak mertua mcm2..

    Siapa suruh kahwin dgn lelaki yg end up ajak tinggal serumah dgn mertua.Patut dr awal selidik dulu tnya nak duk mana

    Baguslah awk dah duk jauh itu yg penting.Duk jauh ni wngi duk dkt ni busuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *