Masih serba salah sebenarnya untuk aku menulis coretan ini. Coretan ini merupakan luahan hati yang sudah lama ku pendam sebagai seorang manusia biasa.
Dengan ini, aku kongsikan kisah ku ini bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar mencurahkan rasa yang tak mampu aku simpan untuk seberapa lama tempohnya. Aku juga tidak pasti.
Aku Zafri, berusia lingkungan pertengahan 40an dan juga seorang pendidik di salah sebuah institusi. Kisahnya bermula apabila aku mula mengajar satu batch para pelajar dalam lebih kurang 10 tahun yang lepas.
Sepanjang aku mengajar subjek di kelas tersebut, dalam tidak sedar hati ini terpalit dengan seorang pelajar yang aku namakan ia, Eliya(bukan nama sebenar). Eliya berumur 10 tahun lebih muda dari aku.Entah kenapa hati lelaki ku ini mula merasakan bahawa Eliya seorang wanita yang istimewa. Jika tanya pada aku, kenapa aku suka pada dia, aku juga tiada jawapannya. Sebab perasaan itu lahir dari sudut hati yang paling dalam. Orang kata, cinta pertama. Ya, mungkin juga.
Secara luarannya, Eliya menunjukkan keperibadian yang sangat baik. Dia seorang pelajar yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna, baik, manis orangnya, sangat berbudi bahasa dan juga bijak. Tapi bukan itu yang mencuit jiwaku, tetapi ada inner diri Eliya yang aku anggarkan suatu yang istimewa.
Sebenarnya pada ketika itu, aku juga sedang berniat ingin menamatkan zaman bujangku. Aku berniat untuk membawa Eliya ke dalam hubungan yang lebih jauh lagi. Aku cuba untuk membuka langkah untuk approach Eliya dengan cara yang profesional, tambahan pula aku ini seorang pendidik, tidak manis jika terus mengajaknya berkahwin ketika dia belum habis belajar. Itu sudah melanggar etika institusi. Jadi, aku slowly approach Eliya secara halus supaya Eliya tidak perasan usaha aku ini secara terang-terangan.
Aku sering cuba mendekati Eliya, seperti memulakan perbualan mengenai subjek yang aku ajar, aku juga sering menegur Eliya apabila kami terserempak di mana-mana. Eliya juga ku lihat menjawab semua pertanyaan aku dengan sangat baik dan sopan. Lagilah aku jadi semakin jatuh hati dengan dia. Aku ini introvert orangnya, confess secara terang-terangan adalah satu mimpi ngeri buat lelaki seperti aku.
Semakin hari, baru aku sedar. Aku semakin bersemangat untuk bekerja apatah lagi apabila kelas yang aku ajar, ada Eliya di dalamnya. Tetapi aku malu. Suatu hari, aku dapat tahu Eliya ini rupanya sudah ada teman lelaki. Rumours tersebut aku dengar daripada rakan sekelas Eliya yang kebetulan berada berhampiran denganku. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu bagaimana. Sukar untuk aku gambarkan. Rasa kecewa bercampur sedih, bercampur marah pun ada. Tapi aku lupa, aku tak berhak untuk rasa itu pada wanita yang belum ada hubungan halal denganku.
Sejak itu, aku mula untuk menjarakkan diri dari Eliya. Aku masih mengajar di kelasnya seperti biasa meskipun jauh disudut hati ini masih bersisa rasa cinta kepada dia. Aku cuba untuk abaikan perasaan ini. Selepas masuknya semester berikutnya, aku sudah tidak lagi mengajar Eliya. Ketika ini, aku yakin aku mampu untuk melupakan dia sepenuhnya dalam hidup aku.
Biarpun tidak mengajarnya lagi, aku sering terserempak dengan Eliya di mana-mana di dalam kawasan universiti. Rasa gugup dan tidak keruan setiap kali adanya pertemuan tak dijangka. Eliya juga ku lihat semakin rancak menegurku setiap kali kami bertemu. Ketika ini, Eliya sudah kerap whatsapp aku untuk bertanyakan mengenai subjek yang dia kurang faham. Aku cuba menjawab semua pertanyaanya sebagai seorang pendidik.
Semakin hari, entah kenapa aku rasakan Eliya ini semakin kerap whatsapp aku. Kadang hati aku kuat menyatakan yang Eliya juga mungkin ada perasaan terhadapku. Ada satu hari tu, dia cuba untuk bertanyakan sesuatu, tapi aku yakin ianya bukan mengenai subjek tetapi soalan peribadi. Jadi aku cut off conversation itu sebelum dia sempat bertanya apa-apa. Perbualan kami terhenti disitu.
Setelah Eliya tamat semester akhir, aku sudah tidak bertemu lagi dengannya. Tetapi, aku masih menyimpan nombor Eliya tanpa pengetahuannya. Aku fikir, hati lelaki aku ini sudah cukup kuat untuk melupakan wanita yang aku pernah suka dan cinta dengan mudah tetapi aku silap. Rupanya, hati ini sering merinduinya tanpa henti.
Rindu dengan telatah dia yang ku perhati sepanjang pembelajaran di kelas dan rindu hendak dia kacau aku dalam whatsapp macam dulu-dulu.
Aku cuba untuk move on dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat supaya fikiran tak teringat pada dia. Inisiatif itu berhasil walaupun tidak ubah banyak. Jujur, aku masih stalk life Eliya selepas dia tamat belajar. Dia kerja di mana, siapa keluarga dia, adik beradik dia, makanan kegemaran dia dan segalanya tentang dia, semua aku tahu. Dan aku baru tahu, Eliya ini juga seorang yang kelakar, rajin, pandai masak dan sangat menyantuni orang tua dan kanak-kanak. Eliya juga pencinta haiwan dan juga seorang yang agak cerewet, sama macam aku.
4 tahun telah berlalu, aku dikejutkan dengan khabar Eliya sudah pun berkahwin. Jujur aku rasa hati ni frust, sedih dan hancur berkecai. Tetapi aku pelik, suami Eliya itu bukanlah teman lelakinya yang aku pernah lihat di profile socmed dulu. Tapi lelaki lain. Aku fikir Eliya akan berkahwin dengan teman lelakinya itu rupanya tidak. Hampir berbulan juga aku cuba untuk terima hakikat tentang status Eliya. Iya betul, Eliya berhak juga untuk bahagia dan aku lihat Eliya juga dilayan baik oleh suaminya. Aku cuba untuk redha. Iya, redha dengan semua ni.
Aku terbaca status Eliya semasa ulangtahun perkahwinannya, dia menyatakan bahawa status dia single sebelum dia berjumpa suaminya selama ini. Habis itu? Selama ni, aku ditipu? Lelaki yang kononnya teman lelaki nya itu tak wujud? Atau dah putus?
Jujur aku rasa bertambah frust. Jiwa aku meronta seperti menyesal dengan semua ni. Kenapa Eliya tidak jadi jodoh aku. Kadang sehingga fikiran aku ini fikir mahu saja tunggu Eliya berstatus janda. Kerana aku sungguh sayangkan dia. Memang benar, di dalam dunia pendidikan, aku adalah pendidik anak bangsa. Tetapi di dunia peribadi, aku adalah manusia biasa yang juga ingin punya rasa cinta kepada seorang wanita yang aku memang sayang.
Berkali aku cuba untuk lupakan dia, tetapi aku akui gagal. Banyak wanita yang hadir dalam hidup aku tapi aku tiada rasa dengan semua wanita itu meskipun yang hadir itu berstatus pendidik juga, malah tak kurang juga wanita lain yang menarik tetapi Eliya masih wujud dalam hati ini.Aku tahu, aku tak sepatutnya mempersoal semua ini kerana mungkin Eliya juga sudah bahagia dengan anak dan suaminya. Aku sudah berkali membuat solat taubat dan memanjatkan doa semoga aku dapat lupakan dia. Pelbagai usaha sudah aku lakukan tetapi gagal.
Walaupun pada tahun ini, hampir sepuluh tahun telah berlalu, perasaan padanya masih sama. Tidak berubah sama sekali. Aku tahu Eliya isteri orang, tetapi aku kini sedar aku mencintainya setulus hati sejak kali pertama kami bertemu.
Namun kini, aku mula mengambil ibrah dengan semua yang dah terjadi. Tidak guna untuk aku kesali kerana masa tidak akan mengubah kita. Hanya tinggal memori. Sesungguhnya aku menerima takdir yang tertulis dalam hidupku dengan baik. Ya Allah, terima kasih kerana mempertemukan wanita sebaik Eliya dalam hidupku biarpun aku tahu kami takkan bersama. Biarlah ini menjadi jalan cerita cinta yang paling indah dalam perjalanan hidupku..Aku memang sudah tiada hati untuk berkahwin. Aku dah mati rasa untuk berumahtangga. Biarlah aku kekal bujang begini jika ini yang terbaik..Tidak sekalipun aku lupa untuk berdoa demi kebahagiaan Eliya dan perkahwinan nya. Terkadang, apa yang kita sayang tak semestinya menjadi milik kita.
Buat Eliya, terima kasih pernah hadir dalam hidup saya. Asbab saya mengenali awak juga, saya banyak memperbaiki diri saya menjadi lebih baik. Awak banyak ubah hidup saya. Saya juga dah semakin banyak mempelajari ilmu agama dan mendekatkan diri kepadaNya. Semoga awak sentiasa bahagia dengan hidup awak.
– Zafri (Bukan Nama Sebenar) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Meant to meet but not to be .
Ruginya bro. Jangan pernah mati rasa nak menikah gara-gara seorang perempuan lagi2 perempuan tu dah menikah. Kalau doa bro untuk melupakan dia masih tak dimakbulkan, mintalah hati yg baru pada Allah. Niatkan yg bro nak start hidup baru dengan cabaran baru dan orang baru. Doa dan Fikir yang baik-baik.
Sepatutnya awk bg ‘peluang’ semasa dia ingin berkata ssuatu kpd awk dlu, mngkin mse itu dia dah ‘putus’ dgn bf dia, dan sedang mencari pengganti.. tp perkara dah berlaku.., mngkin dia pon dah buat kesimpulan yg awk mmg x berminat nk berkawan dgn awk.. mungkin juga dia sudah berbahagia dgn keluarga dia sekarang.. sbg manusia biasa, awk juga kna redha dgn ketentuan dari-Nya, so move on jer.. awk juga berhak utk ‘bhagia’, mngkin ada insan lain yg boleh bhagiakan awk nt, so buka lah hati n minda awk utk cari ‘pengganti’ si dia.. tapi klau dah ‘confirm’ xnak cari pasangan, jgn sampai melakukan maksiat, krn syaitan itu sentiasa mencari jln utk mnyesatkan manusia, buat istiqorah tentang apa yg patut awk lakukan skrg, insha Allah akn dpt hidayah atau petunjuk dari-Nya.. wallahu a’lam
Sebagai introvert juga saya ingin memberi nasihat. Move on bro. Dalam hubungan kadangkala akan berlaku penolakan (rejection). Cuba reset semula. Perkahwinan ni sesuatu yang menyeronokkan dan disamping melengkapkan fitrah dan sunnah Nabi. Perkara yang tak nampak sekarang tapi maybe di akhirat sana kita akan berbangga menjadi umat Rasulullah.
Satu lagi bro, seorang lelaki yang tidak berkahwin, maka akan ada juga wanita yang tidak berkahwin. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab dan lelaki yang baik, laksanakan tanggungjawab saudara kepada masyarakat.