Fasa Move On Selepas Di Friendzone Rakan Sekerja

Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-dipinggirkan-rakan-sekerja/).

Hi semua. Ingin aku “clearkan” cerita FriendZone lepas, dengan sedikit coretan terkini. Aku teruja selepas melihat respon sedikit sebanyak warga Facebook dengan artikel yang aku tulis. Rata- rata mereka juga pernah menempuh pengalaman yang serupa denganku.

Banyak sebenarnya yang aku belajar dari Athierah. Benar melupakan memang bukan mudah bagi aku. Sementelah hanya Athierah sahajalah yang mengisi ruang kosong didalam hatiku.

Sungguh aku terkesan dengan penolakan cinta aku, akan tetapi aku lebih bersedia dengan hal ini sebelum aku confess lagi. Athierah mengajar aku bahawa kifarah itu wujud bagi setiap perkara yang dilakukan akan berbalik kembali kepada diri kita.

Kini, aku lebih banyak menghabiskan masa di masjid selepas balik kerja dan cuti aku juga aku akan berusaha untuk berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah & kuliah di masjid. Sekurang kurangnya aku berasa tenang di masjid, dengan banyak ilmu yang aku beroleh di sana.

Banyak khilaf yang aku lakukan selama ini, antaranya tidak memperbaiki hubungan sesama manusia, kerana ustaz lebih mengunjurkan ‘Habluminallah-Habluminannas’. Benarlah bagai dikata, waktu susah dilanda ujian barulah ingat Tuhan.

Aku juga harap generasi muda sekarang lebih rajin untuk mengimarahkan masjid dan jangan terkesan dengan ideologi pengurusan masjid yang kebanyakan terdiri daripada warga berumur yang kadang-kadang sukar untuk menerima pendapat daripada golongan muda.

Aku juga berkongsi masalah aku bersama dengan teman-teman rapatku. Memang penyelesaian yang diberi adalah, aku kena confess dulu perasaan aku dekat Athierah dulu, baru boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu merisik.

Memang dahulu, perasaan aku kuat memberitahu aku patut menghantar rombongan merisik terlebih dulu. Akan tetapi, rakanku menenangkan aku, bahawa aku perlu menentusahkan perasaan tuan badan terlebih dulu barulah ke peringkat bertemu kedua dua keluarga. Aku juga tidak arif mengenai hal persiapan perkahwinan, itulah sebab aku banyak merujuk kepada kawan-kawan aku yang lain.

Mana-mana yang tidak tahu, sebenarnya aku sudah berjumpa dengan keluarga Athierah semasa kami sedang berkawan rapat. Aku bertemu dengan keluarganya sebelum keluar bersama anak perempuan mereka.

Aku telah menyuarakan isi hati aku terlebih dahulu kepada ibunya. Dan ibu Athierah tampak senang dengan personaliti aku yang pandai mengambil hati orang tua. Ini bagi menjawab komen yang aku belum bertemu keluarga Athierah. Aku juga berusaha membawa Athierah berjumpa keluarga aku, akan tetapi dia belum bersedia pada ketika itu.

Effort aku terhadap Athierah ; Kejutan demi kejutan aku hadiahkan kepada Athierah, itupun fasa sebelum aku confess kepadanya. Masakan dengan semua itu, belum lagi cukup untuk dirinya sedar bahawa aku menaruh hati kepadanya. Ini kerana dia jarang menolak segala bentuk pemberian & pertolongan yang aku hulurkan kepadanya.

Sudah lumrah perempuan, mesti ada turun naik dalam mood, sekejap okay, sekejap happy, sekejap marah; akan tetapi aku sabar sahaja melayankan mood swing Athierah. Aku tidak jemu mengambil hati Athierah sepanjang tempoh perkenalan kami yang tidak sampai setahun jagung.

Aku ikhlas dan redha tentang semua pengorbanan dan usaha yang aku lakukan untuk mengambil hati Athierah. Aku berharap tiada kecaman tentang perbuatan ‘sweet’ aku ini, kerana ini cara aku menunjukkan kesungguhan aku kepadanya.

Antara rakan-rakan yang mengetahui cerita aku dan Athierah, ada juga diantara mereka yang menentang tidak bersetuju dengan keputusan aku untuk terus bertahan dengan Athierah yang tidak lansung menghargai setiap usaha yang aku lakukan terhadapnya. Bagi mereka aku melakukan perkara bodoh yang sia-sia.

Pada hakikatnya, mereka tidak ingin aku terus terusan kecewa dalam dunia khayalan yang aku ciptakan sendiri. Mengharapkan cinta yang tidak kesampaian dari Athierah. Rakan-rakanku terlebih dulu menempuh fasa breakup sejak dari zaman kolej lagi.

Antara rakan kolejku, aku terkenal dengan gelaran Forever Alone yang mana aku banyak menghabiskan masa aku sepanjang waktu Uni dengan Games & Futsal sahaja. Aku tidak ramai kenalan perempuan sewaktu zaman kolejku, kerana penampilan aku yang biasa biasa sahaja tidak seperti rakan rakan sepengajianku yang lain.

Sungguh aku merindui teman-teman aku yang pandai bergurau disaat rakan yang lain baru keputusan cinta. Maka muncullah lagu-lagu sendu sambil gitar dipetik, itupun sebelum gitar dicuri malaun yang memecah masuk rumah kami.

Aku tahu Athierah merupakan pengikut tegar IIUM Confession, dan aku berharap Athierah tidak triggered dengan cerita yang aku kongsikan disini. Mungkin selepas membacanya, Athierah juga akan berkongsi cerita disebelah pihaknya pula. Antara alasan kenapa aku diperlakukan sebegitu.

Aku harap rakan-rakan pembaca sekalian yang boleh mengagak gaya penulisan aku, agar jangan TAG nama aku dekat ruang komen nanti. Mahu kemurungan aku lagi setahun dua gaisss.

Sebenarnya aku bekerja disebuah syarikat pengiklanan termuka di ibu kota. Ramai juga followers IIUM Confession ini terdiri dari rakan-rakan aku sendiri. Sebab kebanyakan wanita single suka menulis sesuatu yang boleh memotivasikan dirinya sendiri dan mereka yang senasib dengan diri mereka.

Akhir kalam, aku memohon berundur dan janganlah ada diatara kalian yang mengecam Athierah kerana dia adalah gadis yang baik menurutku, cukup lengkap pakej lawa, pandai, rajin & beragama.

Mungkin Athierah berhak untuk mendapatkan lelaki yang lebih baik berbanding diri aku. Sudah tertulis tiada jodoh diantara kami berdua, tidak kira sekuat mana aku menyangkal, maka bukan, bermakna dia bukanlah jodoh aku.

~Bukan pencinta kaleng-kaleng; namamu sentiasa didalam doaku~

– Faizul lagi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *