Salam. Aku tidak pasti samada confession aku ini disiarkan. Andai disiarkan. Terima kasih admin.
Ramai juga yg aku lihat memberi komen2 yg pedas kepada kedua2 insan yg telah kuatkan hati mereka mencoretkan luahan hati mereka disini. Berbanding lebih ramai dari kita yg pendamkan sahaja.
Bagi pengkomen yg menyatakan mereka ini penzina. Masa kau buat dahulu kau tak pikir. Sekarang kau menyesal, benda dah jadi, baru nak menyesal. Ada juga yg menyatakan penzina hanya patut berkahwin dgn penzina dan bukannya cari yg alim2. Bab jodoh nie, bukan sebab siapa mencari siapa. Lagi satu, yg bangga sangat showing off komen yg mudah sgt serah diri tu kenapa. Hahaha.
Kenapa aku ketawa? Yg komen tu, sahih2 tak diduga seperti yg telah buat silap. Andai kau diduga, dan kau berjaya harunginya. Tahniah. Tapi sedar tak oiii..kau diduga dgn riaknya kau showing off kau nie suci, teruna, anak dara jaga ikhtilat kononnya. Jangan nanti kau diduga lebih hebat. Bab2 mulut, ayat ditulis nie, berpuaka kadang2. Makan diri balik. Toksahlah nak ngata ttg dirinya yg lama. Kau ada kekuatan mcm mereka ini? Takde kan? So jgn nak komen mcm kau sorang je lah yg jaga kesucian. Sucinya ayat2 yg ditulis tak plak kau pikir.
Lagi satu aku tak berkenan, yg komen si tunang yg bodoh sanggup jd pak sanggup. Kau ingat ni cerita drama tv3? Bodoh ke dia, atau bodohnya kau sebab tak dapat peluang buat pahala. Tapi encik tunang, kau fikir baik2, jika tunang atau masa tu dah jd bini kau nanti confess plak kat sini..sama mcm si isteri tu..sampai ke lubang cacing aku cari. Silap haribulan, aku buat ko bunuh diri, ko bancuh simen, masukkan diri sendiri dlm tong simen n golek sampai ke PJ.
Yg komen pulak ttg si isteri tu, entah2, perangai tak berubah, cari laki lain walhal suami dah ada. Oiii! Aku pasti sangat yg komen tu orang suci. Selalu orang suci nie dia nampak dia je baik. Jaga dara/teruna dgn baik. Orang lain sengaja jual2 murah. Cuba lah sucikan otak sekali. Jaga sikit jari dan hati dari menulis sesuatu yg barangkali fitnah. Nie lah dia, bakal pemimpin negara/peneraju negara. Tapi otak mcm budak tak sekolah. Pabila korang tulis sesuatu yg korang sendiri tak pasti, orang lain yg ajet2 suci pun terpengaruh. Dah pulak, berjemaah lah nanti di padang masyar mencari si isteri ini.
Buat pengkomen2 tanpa kira jantina yg tanpa henti beri nasihat, dorongan. Aku salute lah korang. Cuba memahami situasi bro n sis nie. Kadangkala kita perlukan orang luar untuk berikan kita harapan dan dorongan. Alhamdulillah, Malaysia ada bakal2 pemimpin yg masih boleh digunapakai. Gambate..
Kenapa aku buat confession ni? Sebab aku meluat dgn orang yg kuarkan ayat2 Al-Quran, hadith dsb demi menyatakan lelaki baik untuk perempuan baik. Definisi bagi BAIK itu adalah besar. Jgn buatkan seorang bekas penzina diheret bersalah seumur hidupnya walaupun dia telah berubah. Malahan aku sgt geram bila ada guna ayat Al-Quran menyatakan penzina haruslah berkahwin dgn penzina. Jadi kalau dh berzina, dihukum hudud, kau tak boleh dah berkahwin dgn org2 'suci' nie? Common lah. Agama Islam bukan complicated mcm korang buatkan skrg. Lantaklah korang kata aku liberal ke apa. Yg pasti aku rasa, yg komen cmtu nanti lah diduga. Biar dia tahu Msia nie korup ke tidak..
Buat si isteri, benda dah terjadi biarlah jadi. Solat itu rahsia segalanya. Luahkanlah disitu. Allah bersamamu.
Buat encik tunang yg bakal dirikan rumahtangga. Aku doakan Allah bantu dirimu menjaga lisanmu. Kerana lidahmu lebih tajam dari mata pedang. Semoga Allah merahmati perkahwinanmu.
Buat si pengkomen2 ajet2 alim, 'suci' tetapi berdebu, jaga ikhtilat tapi memuji kat awek2 berniqab atau pakwe2 berkopiah n berjanggut kambing. Ghenti kan lah riak, dan bersangka buruk terhadap golongan yg pernah bermaksiat. Sepatutnya koranglah yg membimbing. Nie mendinding jer.. So usahlah riak. Masa masih panjang, jika bukan skrg, kelak korang pula diduga.
Yg pengkomen positif. Tahniah. Teruslah salurkan mode positive kpd confessor2 yg lain dlm iiumc ini. Kipidap. Paperoger.
– Kekisi
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit