Fibroid Meruntuhkan Rumahtangga

Tujuan saya menulis di sini adalah untuk mendapatkan sokongan moral dan juga berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita yang di lahirkan normal pada asalnya tetapi diuji di pertengahan perjalanan kehidupan.

Saya seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata, dan ujian bermula selepas kelahiran anak ke 3.

Selepas habis tempoh berpantang, saya didatangi period pada bulan ke 2, dengan darah period yang banyak dan sakit berterusan selama tempoh period, perkara ini berlarutan selama tempoh 3 tahun.

Dari pembacaan di internet saya tahu ini bukan normal. Saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat ujian ultrasound, ternyata apa yang saya fikirkan itu betul.

Didalam rahim, saya sedang membesarkan fibroid dan juga adenomyosis yang menganggu perjalanan period saya.

Pada mulanya saya hanya mengabaikan sahaja keputusan itu tetapi lama ke lamaan ketulan itu makin mengganas.

Saya mengalami masalah untuk kencing dan juga period pain saya makin menjadi jadi. Ubat penahan sakit dan sijil MC sememangnya teman baik saya.

Hubungan s3ks bersama suami juga mula menjadi masaalah. Dan ini lah permulaan keretakkan rumah tangga saya.

Dalam tempoh sebulan cuma seminggu saya betul2 sihat, selebihnya batu tungku dan minyak angin menjadi peneman tidur saya.

Mungkin akibat kurang layanan saya, suami saya kantoi curang dengan menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih hati dia yang sudah berumah tangga.

Hanya Allah yang tahu sakitnya hati saya, namun demi anak2 saya memaafkan dia dan menerima dia kembali. Tapi, hati saya sudah tawar.

Suami saya tidak mengakui salah dia dan meletakkan kesalahan itu di bahu saya, dengan alasan dan tuduhan saya ada lelaki lain dan sebab itu layanan saya terhadap beliau sudah kurang.

Saya terima sahaja tuduhan dia kerana hati saya sudah tawar dan bagi saya dia hanya ingin menutup kesalahan dia dengan menuduh saya sedemikian.

Fibroid di dalam rahim semakin membesar dengan jayanya, saya seringkali rasa macam ingin pitam, selain perut saya sering kembung.

Tetapi, sokongan yang saya harapkan dari suami, menjadi satu harapan kosong. Dia terus hanyut, kali ini dia melanggan gadis beego pula.

Tidak tahan dengan dugaan itu, saya bertindak keluar rumah dan menumpang di rumah kenalan saya. Saya perlu ketenangan jika tidak saya boleh gila.

4 malam saya dan suami melancarkan perang dingin. Dia tidak pulang ke rumah mengabaikan saya dan anak2 saya.

Jadi saya menghantarkan pesanan di wasap untuk kami berbincang dan menyelesaikan masaalah yang sedang kami hadapi. Seperti biasa dia masih lagi meletakkan kesalahan itu di bahu saya.

Hubungan kami di depan anak2 dan keluarga hanyalah wayang semata2, sedangkan di dalam hati hanya Allah yang maha mengetahui. Prestasi kerja pun terjejas dan saya sering di tegur oleh majikan saya.

Takut akan kehilangan fokus kerja saya mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dan menyelesaikan masaalah kesihatan saya, kerana saya tahu, sekiranya saya di buang suami maka saya perlukan kerja untuk meneruskan kehidupan saya.

Lalu saya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta dan atas nasihat doktor pakar, rahim dan ovari kanan saya perlu dibuang kerana adenomyosis itu telah menyebabkan dua organ ini telah melekat dengan organ2 penting lain.

Saya terima dan redho atas ujian yang Allah berikan ini dan pasti hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.

Takut berdepan hari pembedahan, saya telah menurunkan ego dengan meminta maaf pada suami atas segala kekurangan saya dengan harapan suami akan bersimpati kepada saya.

Tetapi saya silap, setelah dia mendengar penjelasan dari doktor yang kami dilarang untuk ‘bersama’ selama tempoh sekurang2 nya 3 bulan,

Dan saya tidak mungkin boleh mengandung lagi dia langsung membuat memek muka seolah2 mengejek, hati saya sangat sakit.

Selama 4 hari di hospital sesudah selesai pembedahan, saya ditinggalkan di dalam wad sendirian dengan alasan, nurse ada untuk merawat saya.

Dia hanya datang meneman saya sesudah jam 11.30 malam. Saya rasa sangat down dengan kekurangan yang ada pada diri saya.

Rasa ter4b4i oleh seorang yang sepatutnya menjaga saya dengan penuh amanah menghancurkan hati saya.

Terus terang saya boleh menahan sakit akibat pembedahan itu, tetapi sakit hati akibat perbuatan suami saya sangat membebankan emosi saya.

Jadi saya perlukan pendapat, patut kah saya pertahankan rumah tangga saya ini, atau perlukah saya akhiri semua ini setelah 17 tahun rumah tangga ini dipertahankan??

– NMA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *