Assalamualaikum semua. Saya Lea umur 41 tahun berstatus single mom with 5 kids.
Semua anak dengan saya dan atas tanggungan saya sepenuhnya kerana ex tak beri nafkah atas sebab dia tak puas hati dengan perpisahan ni.
Saya berkerja tetap dan ada pendapatan yang stabil tapi masih melalui saat saat sukar sebab anak2 masih kecil dan kehidupan di bandar yang memerlukan kos hidup yang tinggi.
Ex masih tak sedar diri, sudah lah saya di hina dan di fitnah dengan macam macam hal tapi kewajipan dia menafkahi anak2 pun masih tak tertunai.
Tapi saya sabar dan saya rasa tak perlu untuk bergaduh dengan dia hanya buang masa dan sia sia ikut perangai macam dia.
Tapi dari hari ke hari ada je perbuatan dia cuba untuk menyakitkan hati saya. Contoh nya memburukkan saya pada anak2 sedang kan saya cukup jaga tentang dia dengan anak2.
Bila ex tengok saya masih cool dan berdiam diri dia terus lagi buat berbagai perkara untuk menyusahkan hidup saya berkaitan harta sepencarian, loan, anak dan sebagainya.
Tapi saya masih lagi mampu bersabar dan terus bersabar walaupun adakalanya saya bersabar dalam tangisan.
Masih tak puas hati dengan saya akhirnya dia buat keputusan tak nak jumpa anak2. Dia bagi macam macam alasan yang juga melibatkan diri saya dengan kata2 fitnahnya.
Sebenarnya saya dah takde perasaan lagi bila di hina dan di fitnah dr dia. Sebab org pun tahu siapa dia dan siapa saya.
Cuma saya sangat kesian kan anak2 yang kecil dan sedang membesar menanggung perasaan rindu pada dia sebagai seorang bapa kandung.
Tambah lagi sepanjang dia masih dengan saya, dia sangat rapat dengan anak2 dan saya tahu dia juga rindu kan anak2 tapi demi perasaan ego dan marah pada saya dia sanggup laku kan apa saja.
Apa yang buat hati saya sedih bila anak2 menyatakan perasaan rindu pada bapa mereka tambah lagi anak yang paling kecik ni bila menangis akan sebut abah!
Hanya Tuhan yang tahu betapa pedih nya hati dan perasaan saya. Saya tahu ex akan buat apa saja untuk menyakitkan jiwa raga saya biarpun terpaksa menyakiti anak2.
Apa yang mampu saya laku kan hanyalah berdoa Semoga satu hari nanti pintu hati nya terbuka untuk bertanggungjawab pada anak2 dia dan hilang kebencian juga dendamnya pada saya.
Apa yang inginkan saya cerita kan, setelah hampir 3 tahun saya hidup single baru2 ni saya mengenali seorang lelaki melalui media sosial yang bukan berstatus suami orang. Masing2 single. Kami berhubung melalui wasap dan bertukar gambar.
Dari hari ke sehari hati saya kian berbunga2 kerana terasa di ambil berat, di beri perhatian, gurauan2 yang melucukan hati dan dia sangat menghorm4ti saya juga pandai menjaga perkara serta isu sensitif dan sikapnya yang tak memaksa cukup menambat hati saya.
Tapi saya tak penah tunjuk kan depan anak2 yang ibu nya sedang dilamun perasaan.
Di pendek kan cerita, saya berterus terang yang saya tak suka buang masa melayan orang lelaki tanpa hubungan yang tiada matlamat sebab saya terlalu banyak komitmen yang perlu di tanggung.
Dia faham dan menghorm4ti permintaan saya akhirnya kami berjumpa untuk berdepan dan bersua muka jika masing2 rasa boleh terima antara satu sama lain hubungan akan diteruskan untuk yang lebih serius.
Tapi malang nya bila saja berjumpa dengan si dia saya rasa kebahagian yang saya kecapi selama ini serta merta di ragut dan berlalu pergi begitu saja kerana fizikal dia langsung tak menawan hati saya.
Hilang terus perasaan saya selama ni yang asal nya dalam diam saya dah mula menyayangi dia. Saya sangat sedih dan tak tahu macamana nak luahkan pada dia.
Saya pernah tanya dia, bagaimana perasaan dia setelah bertemu saya. Katanya dia suka kan saya tapi sayang nya saya tiada sikit pun hati dan perasaan pada dia.
Puas saya fikir kenapa hati saya jadi macam ini. Mungkin ke kerana fizikal dia jauh berbeza dengan ex saya yang kelihatan menarik rupa dan bentuk badan nya. Sebenarnya saya bukanlah jenis yang terlalu memilih.
Tapi entah kenapa kali ini saya jadi seperti ini. Rupa paras dia, bentuk fizikal nya juga cara dia bercakap jauh beza dengan apa yang saya bayangkan dan harapkan. Biar pun dah tengok gambar dan selalu dengar voice message.
Saya sangat sangat kecewa tapi saya redha dan kembali mengingatkan bahawa “Allah ada lah sebaik baik perancang”.
Tapi sekarang saya masih belum putus kan hubungan ini sebab tak smpai hati melukakan dia yang sangat baik walaupun saya tiada sedikit pun perasaan pada dia.
Pada saya, ciri ciri lelaki yang saya cari sudah ada pada dia dan dia juga ada kewangan yang agak kukuh. Cuma diri nya tak menawan langsung hati saya.
Saya cuba dan terus mencuba untuk wujudkan perasaan pada dia tapi masih belum berjaya.
Sekarang saya dalam keadaan serba salah. Agak stress saya hadap ni semua.
Tolong bagi saya kata2 semangat dan motivasi serta pandangan yang baik. Bukan kecaman. Semua insan ingin di sayangi dan menyayangi.
Sekian. Terima kasih.
Dilema,
– Lea Firza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit