First Love Ku Salah Orang

Assalamualaikum, nama aku Hanan (bukan nama sebenar). Dekat sini aku nak cerita sikit pengalaman aku macam cerita monyet lahh.. And nih first love aku yang aku akan ingat kenangan nih sampai bila ii..

Cerita nih bermula selepas aku habis spm aku sambung lah belajar.. Tetiba yelah kan jumpa kawan kelas baru.. aku pun terfall in love dengan seorang mamat nih.. aku bagi nama dia (Mat).

Masa first day sekolah, dalam kelas aku tengok Mat nih lain dari orang lelaki lain sebab dia suka pakai mask kut dalam kelas.. Masa sesi kenalan aku just tahu nama dia jelah.

Btw, aku duk rumah sewa.. Bila balik rasa kawan aku pun duk cerita crush kelas dia jugak.. Biasa lah jiwa muda.. Aku pun cerita..

Aku cari cara untuk aku nak chat dia.. Tapi aku tengok dia nih introvent lah.. Susah nak dekat ii.

Tiba ii suatu hari kami kena handle program sekolah sama-sama.. Aku apa lagi lahh seronok dapat chat dengan dia gituww.. (Jap ii) aku nak cerita first sight kami dulu hehe.

Masa perjumpaan rumah sukan, aku sekali rumah sukan dengan dia,

Masa kami bincang tuh aku asyik duk perasan dia tengok aku je selalu dan kat kelas pun asyik duk pusing belakang (aku duk belakang dia) hehe tahu lah sama lah waktu perhimpunan sekolah. Dan banyak kali dah kami eyecontact.

Sambung tadi, masa kami handle program sekolah lah kami semakin rapat ii dan bila semakin rapat tuh aku pun nak tahu pasai keluarga dia, adek beradik dia,

Tiba ii dia suka luah masalah dia kat aku (itu pun aku yang paksa dia) ya hari ii kami chat dan kebanyakkan bincang pasai masalah dia je..

Kadang ii aku pun terfikir kenapa dia ada masalah banyak sangat eh.. Sampai ii ada sesuatu yang terbongkar..

Mat nih cerita kat aku yang dia nih seorang introvent, malu cakap dengan perempuan, tak hensem, dan dia kata aku sorang je kawan perempuan yang dia rapat..

Aku apa lagi seronok lah rasa macam spesial gituww (aku percaya kata ii dia bulat ii) Mat suka bagi hadiah kat aku ii macam ii dia bagi letak bawah meja lah selalu..

Dia ada cerita ramai crush kat dia ii sebab suara dia sedap ye memang betui dia pandai nasyid suaranya merdu sangat ii dan Mat suka hadirkan diri dengar kuliah dari syeikh, yang tuh menyebabkan perempuan suka (salah satu sebab aku suka kat dia)

Hubungan aku dengan dia tak pernah gaduh teruk pun.. Btw dia suka bagi ayat manis weyy.

Tiba ii suatu hari ada perempuan chat aku aku bagi nama dia Ika, perempuan nih aku kenal melalui Mat itu jugak Mat kata itu jiran dia..

Ika itu chat aku dekat wattapps kata awak ada apa ii ka dengan Mat tuh..

aku pun balas “?”

Ika mula ii cerita yang Ika dengan Mat ni couple mereka suka sama suka ii (macam tuh dia tulis)

Aku pun terkejut beruk lahh cam tak percaya.. aku rasa Mat tak ada perempuan lain selain aku.. aku dengan Mat selalu cerita bulan dan matahari dan dia selalu beri ayat manis ii kat aku ii (mana mungkin Mat ada perempuan lain)

Aku tak percaya, aku kata kat dia aku nak bukti.. sekali aku yang terkejut, Ika tunjuk chat dengan Mat tuh berpanggil “sayang abang” sumpah aku terkejut gila..

Mat tuh suka pergi ceramah agama tak kan dia buat macam tuh.. selain tuh mereka selalu video call sama ii sebelum tidur macam teman tidur tuh..

Yang aku terkejut lagi si Ika tuh niqabis ye guys.. Aku pun tak sanggup nak baca chat mereka.. Sumpah aku tak percaya si Mat tuhh jadi cam tuhh..

Si Ika tuh ada hantar voice Mat tuh kata “abang rindu Ika sangat ii abang nak peluk Ika” terkejut aku wey dengar ii sumpah geli gila..

Selama nih aku tengok Mat tuh alim ja pakai kopiah..

Yang lagi aku terkejut yang sebenarnya bukan aku ja terkena.. ramai lagi perempuan terkena dengan ayat manis Mat. Ika tuh ada jugak beritahu aku yang kawan ii dia pun sama jugak asyik main perasaan wanita..

Sumpah aku menangis gila.. Aku nih bukan friendly sangat nak ada banyak kawan laki ii.. Sebenarnya banyak juga kali kantoi.. Tapi si Mat nih suka play victim yang dia tak dak siapa ii pun selain Ika..

Last aku buat status perkataan “sayang” yang si Mat ngan Ika tuh.. suruh dia tengok status tu.. bila kantoii apa lagi kawan tuhh diam.. jaaa.. terus aku block no Mat..

Sebelum tuh dia dah janji dengan aku nak berubah sama dengan si Ika tuh ii last ii baru nih aku dengar lagi dia buat hal..

Si Ika pun aku block jugak sebab dia selalu upstatus nasyid si Mat tuh.. (nak sakitkan hati aku lah tuh)

Rupanya aku tersedar something yang aku nih sebagai rumah persinggahan dia untuk bercerita ja.. tak lebih dari itu,

Aku pun pelik si Mat nih dia kat kat Ika yang aku kawan dia ja tapi hadiah tuh makna apa.. Aku pun tak tahu.

Tanpa sedar aku dah berbulan ii tak chat Mat.. selalunya Mat lah selalu chat dulu, dan aku selalu tunggu chat dari dia..

Bohong lah kalau aku cakap aku dapat lupakan dia 100% tuh.. masih ada perasaan seperti dulu..

Itulah kisah dari aku…

– Hanan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *