First Time

Hi, nama aku Rahmah (bukan nama sebenar) and aku 25 tahun. Aku bukan la alim tapi aku tahu batas.

Nak dijadikan cerita, aku berhijrah ke negeri lain disebabkan kerja. Di sini, aku kenal dengan beberapa orang baru antaranya si M.

Aku suka si M ni sebab untuk pertama kalinya aku merasa disayangi, dihargai dan dicintai. Dia sentiasa mengalah dengan aku and buat aku selesa dengan dia.

Tapi, ada satu hari tu aku berjumpa si M di rumahnya. Iya, aku bodoh kerana terlalu mempercayainya.

Niat aku hanya la untuk meluangkan masa bersama dia. Borak dan makan bersama. Dalam tak sedar, aku rasa diperangkap.

Dan untuk pertama kalinya aku hilang mahkota yang selama ini aku jaga. Aku tak merelakan dan aku dipaksa sebenarnya.

Aku cuba melawan tapi apa kan daya. Tenaga dan kekuatan aku tak setanding si M.

Lepas kejadian, aku dihalau keluar kerana aku melawan. Tapi belum sempat sampai rumah, si M mesej aku minta maaf dan sebagainya.

Aku pulang dengan perasaan yang entah, tak tahu untuk aku gambarkan. Aku sedih tapi aku tak boleh menangis. Air mata aku seolah tersekat.

Boleh kata macam heartless jugak tapi sejujurnya aku kecewa dengan diri sendiri.

Apa yang terjadi kerap bermain difikiran aku. Aku terus terfikir perasaan parents aku. Nasi sudah pun menjadi bubur. Tak boleh nak putar balik masa.

Tapi dalam masa yang sama aku masih berfikir untuk bagi second chance pada si M. Aku belum bagi jawapan pada dia.

Aku tahu benda ni bodoh tapi mungkin sebab aku dahagakan kasih sayang. Patut kah aku terima dia balik tapi dengan syarat dia berubah ke arah lebih baik?

– Rahmah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. dont do anything. adik pergi bertaubat, beristighfar, sesali kesalahan, dan jgn di ulang lagi. Allah dh bagi adik peluang tu. Ingat Allah banyak2 dek, tu semua nafsu jer. Adik jgn balik ke dia lagi k walau apa pun jadi. Jgn kembali pada perkara yg Allah dh jauhkan adik drpd nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *