Fitnah ! – 12:55 AM

Fitnah !

Perasan tak? Sekarang nie golongan agamawan dan wan-wan yang seangkatan dengannya dah tak selamat. Means? Mudah je jadi bahan kutukan dan cercaan orang.

Pernah dengar tak? Wanita bepurdah lahirkan anak luar nikah. ustaz kasanova nikahi doploh gadis. Perempuan bertudung labuh dating berpegangan tangan.Wanita berjubah miliki tatoo. Semua mata sedang mencela si agamawan. Kadang, mereka-mereka yang ala-ala alim ini sengaja mengenakan pakaian sebegitu untuk melindungi perbuatan 'mungkar' mereka. Konon, dengan pakaian begitu mereka akan selamat. Tiada mulut yang akan mengeji. Tiada mulut yang akan mengutuk. Semua yang dilemparkan hanya yang baik-baik belaka.

Tapi, mereka lupa. Allah itu ada. Allah nilai itu semua. Sekarang ini, masyarakat dah kurang hormat pada golongan agamawan dek kerana fitnah-fitnah ini. Tidak kurang ada yang menjelek. Ada yang cakap-cakap belakang.

Cukuplah menunding jari pada si agamawan. Tiada yang sempurna. Semuanya pernah buat silap. Buat yang teringin merasa indahnya bertudung labuh, hatta berpakaian seperti kecintaan kita Nabi Muhammad s.a.w..Ayuh teruskan niat. Pekakkan telinga dari kata-kata kecaman masyarakat yang tak menghayati indahnya islam. Doakan hidayah buat mereka yang sengaja mengenakan pakaian fitnah keatas diri mereka.

Sahutlah seruan Allah untuk menggapai Jannah. Jangan toleh ke belakang. Kerana rahmat Allah sedang terbuka luas untuk kita. Jommm~ pimpin tangan

*suka merapu tak tentu pasal

– cik melah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *