Fobia

Aku rasa terpanggil nak luahkan dekat sini. Tentang apa yang aku rasa sekarang nie. Aku masih seorang pelajar dan akan menghadapi exam tak lama lagi.

Aku pernah ada pakwe. Tapi kitorang jauh. Cinta jarak jauh. Dea pernah ke tempat aku, dan aku juga pernah ke tempat dia. Dan satu hari, kami terlanjur. Mungkin masa tu masih muda. Cuma nak seronok. Tapi ea xterhenti ketika itu. Aku jumpa dia lagi dan kami….. aku terpukau dengan kata2 dia, bahawa, dia akan bertanggungjawab. Tapi aku bodoh.Aku rasa berdosa, dan hina sgt ketika itu. Aku tak henti3 untuk bertaubat. Tapi aku tak istiqomah. Sampailah aku. Ditinggalkan dia.

Bila aku ditinggalkn, aku menangis macam org gila. Sampai aku. Cderakn diri aku. Pernah cuba nak larikn diri, jumpa dengan dia. Masa tu aku rasa hidup aku dah tak berguna. Aku dah hilang, apa yang sepatutnya seorang perempuan suci ada. Aku salahkn diri aku dan aku xhenti henti menangis. Dan now, aku xboleh sengsorang. Sebab aku akan cuba buat ssuatu.

Tetiba. Aku smcm rasa nak cuba untuk mndekati Allah. Aku terlalu rindu utk luahkan kepadanya. Mungkin selama ini. Aku tak sungguh sungguh berharap kepadanya. Tapi aku nekad. Aku nak berubah. Aku nak lupakn kisah hitam ni.

Tapi aku tak mampu. Aku tak ada sesiapa utk mengadu ketika itu. Dan aku, pergi jumpa dia. Dalm diam. Dan dia sepikan diri. Mengelak dari berjumpa dgn aku. Aku pergi depan rumah dia. Kebetulan dia ada di luar. Jadinya, dia setuju nak jumpa aku. Dan dlm kereta, dia xhabis2 menyumpah seranah aku. Cakap aku psiko semua. What if awak yg jdi sy? Apa yg awk buat. Aku jdi nya bingung. Dia suruh aku balik. Ye. Aku balik. Tapi tiket aku habis. Malang aku xhabis habis. Macam yg dia ckp.

Malam. Tiket masih xada. Aku masih di stesyen bas. Aku beritahunya. Aku tidur di stesyen. Tapi. Aku kena halau. Aku terpaksa cari hotel. Seorang diri. Merayau di tempat org. Dia cakap padan la ngan aku. Sapa suh xguna otak?

Dan esokknya aku nekad. Utk lupakn dia. Dan lupa segalanya. Tapi tiket aku dah habis. Aku kena transit. Dan disitu. Aku jumpa "kawan".

Dia janji yang dia akan tolong aku. Dan aku percaya. Tapi dia hampir2. Memperkosa aku setelah aku, mengadu akannya. Dan ye. Aku fobia masa tu. Sangat. Tapi aku kuatkn diri aku. Aku balik.

Aku cuba untuk belajar. Tapi semua kosong. Fikiran aku ke lain. Hari2 aku mesej dia. Dan . Dia hanya ckp bhawa suatu hari nanti dia akn dtg kahwini aku. Jangan memaksa lagi. Mungkin aku selalu memaksa dia. Aku cuma nak dia fhm apa yg aku rasa. Dan aku berhrap sgt. Dia maksudkan apa yang dia cakap. Aku hanya mampu berdoa kerana aku masih dengan kenangannya dan berharap dia berubah.

ALLAH je yang tahu.Aku cuba utk dekatkan diri aku kepada Allah agar Allah mudahkan aku. Dunia dan juga akhirat.

Ye. Aku banyak berdosa, kepada Allah. Ibu dan bapaku. Mungkin ini jua balasan aku. Aku ingin menjadi anak yang solehah. Aku ingin buktikan yang aku juga mampu berjaya. Doakan aku kuat.

– Cik Iman

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *