Friends and me – 12:27 PM

Friends and me

Assalam warga confession, boleh kan kalau aku bercerita dan meluahkan rasa disini? . aku bukan warga iium. Ok, aku mula dgn satu persoalan. Macam mana kita nak rapat semula dgn kawan yg dah bertahun-tahun tak bersua?. Ceritanya bermula dari aku kecik, saat kawan2 semua punya basikal aku masih berjalan kaki kalau nak pergi memana, so kadang aku ketinggalan. Ada masa kawan kena bonceng aku kalau aku nk ikut. Masa tu aku jgk tak reti bawak basikal. Pendek cerita darjah 6 baru aku reti berbasikal. Masuk sek. menengah, saat kwn2 dah punya motor utk kesekolah aku masih lg berjalan kaki. Kalau kt U skg, saat ramai start berkereta aku baru mampu merasa naik motor. Bila selalu sgt kena tinggal, sebenarnya buat aku rasa terpinggir dan tak diperlukan. Aku buat keputusan utk mengasingkan diri. Aku hanya pergi dan balik sekolah. Lain masa aku cuma duduk dirumah. Sampai lah satu masa, aku dah tak rapat dgn kengkawan utk 4 tahun sampai SPM. Lepas SPM aku dpt matrik, aku pergi setahun disana. Kt sana aku ada kwn yg kepala gila masuk air. Mmg happy. Tapi skrip yg sama berulang bila lepas masuk U, aku jauhkan diri dan lost contact dgn kawan matrik. Aku fikir, memasing dah jumpa kwn baru. Takpelah.

Cerita psl aku. Cth, masa melepak sesama kwn, aku akan jadi org yg paling bisu. Sampai aku fikir, aku ada, ada lah, aku takda org tak kisah. Aku pernah buat personality test, byk kali jgk dan result yg sama keluar kata aku jenis introvert. Baru aku tahu knp selama ni aku susah bergaul. Diburukkan lagi dgn memori masa kecik. Nak tahu kenapa aku cerita semua ni? Sebenarnya Aku fikir masa aku nak kahwin kelak, siapa yg mahu dtg ke kenduri aku. Hahaha. Aku ada fikir yg kalau aku kahwin aku taknak buat kenduri. Aku nak lari jauh lepas kahwin. Wife aku akan jd my bestfriend. Betul ke cara aku fikir ni? Aku depressed dah lama since sekolah. Aku tahu mmg silap aku semua ni. So after all, just want to ask you people, how to start over again?. Aku nak jgk rasa happy berkawan. Aku nak rasa jgk diperlukan kawan. nothing much.

thank you for spending your time reading this.

– The Advocate

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *