Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, terima kasih admin sebab sudi siarkan post from zero to hero yang sebelum ni. Dan terima kasih sudi siarkan post aku ni buat kali kedua. Aku perempuan, tunangku lelaki (perlu jelaskan awal-awal bak komen pembaca post sebelum ni. Terima kasih atas teguran yang baik). Aku bukan pelajar uia, tapi lepasan pelajar pergigian di salah sebuah universiti awam di Malaysia.
Untuk post kali ni, aku nak berkongsi cerita tentang aku sendiri. Tentang bagaimana kehidupan 10 tahun yang aku lalui dengan kawan merangkap tunang (my zero to hero man) yang aku ceritakan dulu. Kali ni cerita tentang kisah jodoh, mungkin ada yang tak suka membacanya sebab aku belum pun kahwin (mohon doakan urusan kami dipermudahkan. Aku pun tak tahu jodoh kami sampai mana. Mungkin ajal dulu menjemput. Wallahu’alam). Aku mohon maaf awal-awal ya. Aku cuma berharap korang dapat ambil baik buruk dari kisah aku.
Tempoh 10 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Pelbagai dugaan dan cabaran terjadi sepanjang tempoh perkenalan kami. Dalam post kali ni aku cuma nak highlight pada satu kisah yang terjadi pada aku, yang mungkin boleh membuka mata wanita-wanita di luar sana supaya jangan lemah dengan lelaki.
Masuk tahun pertama aku bergelar pelajar pergigian, satu dugaan menjengah dalam hidup aku. Seorang hamba Allah (pelajar medic tahun 6 di universiti yang sama) secara tiba-tiba melamar aku. Bila aku ingat balik, kisah tu seakan sama macam kisah pertemuan Ustazah Fatimah Syarha dengan suaminya. Aku ingat lagi, waktu tu midsem break. Aku mendapat satu friend request dari hamba Allah ni. Aku approve sebab anggap dia senior, jadi tak aku perlu sombong. Selang beberapa minit, senior ni msg private kat fb. Katanya nak berkenalan. Aku reply baik-baik saja sampailah dia tanya tentang keluarga aku, tanya aku dah bertunang ke belum. Katanya nak kenal lebih rapat. Siap mintak no phone lagi. Aku tak bagi. Aku dah mula tak sedap hati dan slow-slow buat tak layan. Esoknya bila aku on fb, terkejut tengok banyak msg dari senior ni. Dia cakap dia nampak aku dalam mimpi masa tidur qailulah (maksudnya tidur sejenak sebelum zohor. Pergh ayat budak sekolah agama sangat. Aku pun baru je tahu istilah tu dari dia. Hehe). Terus dia lamar aku! Dia cakap dia ada buat istikharah dan dia nampak aku. Padahal kami tek pernah berjumpa pun. Aku pelik jugak kenapa aku yang dia nampak, tapi tak menolak kalau betul aku ni jodoh dia.haha!
Dia minta aku buat istikharah. Memandangkan dia sedang posting hospital di kampung halamanku, jadi dia minta aku inform pada parents sebab kalau boleh dia nak datang jumpa keluarga. Honestly aku excited gila! Sebab masa tu baru je lepas dengar cerita Ustazah Fatimah Syarha tu dan tiba-tiba cerita tu seakan terjadi pada aku. Punyalah excited, aku sms bestfriend aku, cakap pasal kisah senior ni nak melamar aku. Best friend aku terkejut dan tumpang bahagia. Dia cakap aku orang terpilih sebab yang melamar tu senior tahun akhir perubatan, bakal doktor, bukan calang-calang orang! Malam tu aku maklumkan pada mak, cakap ada senior nak meminang. Mak terkejut sebab aku baru tahun 1, sedangkan senior tu dah tahun akhir perubatan, dan kami tak pernah berjumpa. Mak tak setuju. Mak cakap macam mee segera. Semua yang segera ni bahaya! Mak mintak aku kenal baik-baik dulu siapa dia. Jadi aku terangkan baik-baik pada dia. Dia akur, tapi berharap agar aku dapat berjumpa keluarganya yang akan melawatnya di kampus selepas tamat cuti mid sem nanti (tapi aku tak jumpa pun sebab batang hidup dia pun aku tak pernah kenal). Dia terangkan siapa dia yang sebenarnya supaya aku yakin bahawa dia bukanlah lelaki yang suka main-main. Dia minta aku selidik tentang dia di fb dia supaya aku lebih yakin. Aku ada juga google tentang dia untuk tahu kesahihan. Ya, dia memang pelajar tahun akhir perubatan dan pernah menjadi wakili pendebat univerisiti di luar negara. Bukan calang-calang orang yang lamar aku ni!
Honestly, waktu tu aku abaikan tunang. Tak lama lepas tu aku inform dia tentang apa yang jadi, tentang aku dilamar. Pergh, bodoh gila aku waktu tu! Pahadal aku dah tahu dia memang berhasrat nak jadikan aku pasangan dia nanti. Dia pernah nyatakan hasrat tu dulu tapi belum ada tindakan apa-apa lagi memandangkan dia sedang berhadapan dengan masalah keluarga. Aku buat dia seolah-olah tak ada hati dan perasaan. Aku tahu dia sedih tapi aku buat-buat tak tahu. Memang aku selfish waktu tu. Aku tak fikir yang dia sedang berusaha untuk berjaya, untuk jaga keluarga dia sebaik mungkin, untuk bernikah dengan aku suatu hari nanti. Aku tak fikir semua tu. Dan dia pura-pura bahagia dengan berita tu. Dia cakap dia sokong aku kalau itu yang terbaik. Sebab dia cakap aku dah banyak berkorban untuk dia(tempat meluahkan masalah), dan sekarang dia cuma nak tengok aku bahagia. Bak kata dia, masa depan aku lebih terjaga sebab kahwin dengan doktor, sedangkan dia masih berusaha nak menamatkan diploma.
Long story short. Setelah hampir sebulan berkenalan dengan senior tersebut dan beberapa kali membuat istikharah, aku mengambil keputusan untuk tidak berhubung lagi. Aku tolak lamaran dia. Aku fikir perasaan tunang aku, perasaan keluarganya (sebab hubungan kami rapat). Aku yakin tunang aku akan berjaya suatu hari nanti(perlu diingatkan dia masih diploma waktu ni). Aku tolak sejauh-jauhnya perasaan untuk berumah tangga dengan seorang doktor. Bagi aku kejayaan seseorang bukanlah penentu kebahagiaan kita kelak. Aku nilai usaha dan kegigihan tunang aku sepanjang tempoh perkenalan kami. Aku nilai usaha dia bersusah-payah menjaga keluarga. Aku nilai usaha dia menjaga hati dan selalu menyokong aku sehingga mengabaikan perasaan dia yang tercalar.
Namun, setelah menolak lamaran tersebut, aku mula menjadi muram disebabkan desakan senior tersebut. Dia mula melibatkan keluarganya. Katanya ibu mula sakit selepas dapat tahu lamaran anaknya ditolak. Dan pelbagai lagi kisah yang rasanya tak perlu aku ceritakan di sini. Tapi dari situ aku mula nampak keegoan dia. Aku nampak sikap bengis dia. Aku nampak sifat dia yang tidak mahu kalah. Dan dari situ aku kenal beza antara dia dengan si tunang yang selama ini banyak merendah diri dan berkorban hati dengan aku.
Untuk mengelakkan kami berhubung, aku block dia dari friendlist aku. Aku delete semua kenangan-kenangan dilamar secara instant. Biarlah kenangan itu sekadar singgah dalam hidup untuk membuat aku lebih berfikir dan menghargai seseorang. Dan Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir setahun, aku mendapat satu invitation di group fb kami. Senior tersebut (dah jadi doktor pun) bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati. Aku menarik nafas lega.
Jadi wanita, berfikirlah sebelum berbuat apa-apa keputusan. Janganlah gopoh dan terlalu excited bila ada yang melamarmu. Kata-kata belum menggambarkan siapa dia yang sebenarnya. Nilailah dengan mata hati. Nilailah dengan istikharahmu. Jangan mudah percaya kata-kata lelaki. Jangan mudah berasa lemah dengan kata-kata lelaki. Jadilah wanita yang bijak, yang mampu mengawal emosi. Nilailah setiap nasihat orang tuamu dan hargailah seseorang yang sentiasa bersamamu. Ingatlah, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak megetahui.” (Al-Baqarah, ayat 216)
– hanaishiteru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit