Fulltime atau PJJ?

Fulltime atau PJJ?

Assalamualaikum. Aku cuma nk minta pandangan atau buah fikiran korang. Aku baru habis Diploma dan berhasrat untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah pada tahun depan. Family aku taklah berada tapi hanya sederhana. Ibu dan ayah aku bekerja. Menyara kami 4 beradik dan menaggung segala perbelanjaan pelajaran kami. Mereka melarang kami memohon mana2 pinjaman kerana taknak kami susah untuk membayar hutang di kemudian hari. Aku amat bersyukur dikurniakan ibubapa yg memahami.

Yg menjadi masalahnya, pada beberapa tahun akan datang mybe dlm 2 atau 3 tahun lagi ibu ayah aku nak bersara dah. Aku kesiankan ibu ayah aku dan berhasrat nak bekerja untuk menampung sendiri perbelanjaan pngajian aku nanti. Aku juga terfikir better ambil Pengajian Jarak Jauh (PJJ) shaja nanti. Tapi ibu ayah aku membantah dan risau sekiranya aku tak boleh fokus belajar nanti. Yalah mana nk study mana nak kerja lagi. Untk pengetahuan semua, kerja aku tu kontrak setahun. Sebab tu aku fikir nak pjj je. Tapi aku belum beri keputusan lagi. Ibu ayah aku suruh study fulltime. So, study fulltime atau PJJ? May Allah ease

– Dilema

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *