Gabra

Assalammualaikum reader IIUMC sekalian. Saya Athea (bukan nama sebenar) ingin berkongsi cerita dan luahan tentang satu sifat yang ada pada diri saya dan mungkin sesetengah daripada korang juga.

Pernahkah korang mengalami sifat yang sentiasa nak marah, gelisah dan gabra pada masa yang sama?Tapi bukan selalu.. cuma ada sesuatu masa yang korang akan bersifat macam tu.

Sebagai contoh, ketika di tempat kerja korang ada sejenis yang kawan yang kedekut ilmu, lepastu yang seorang lagi tu tak boleh tengok korang lebih, lepastu korang mempunyai bos yang sentiasa mengawasi apa yang korang buat.

Dan pada masa yang sama korang buntu sebabnya bos korang ni tak bagi proper job scope dekat korang.. dan korang tak tahu nak isi masa terluang dengan buat apa. Kalau diikutkan tak buat kerja, nanti kita mesti rasa tak best sebabnya makan gaji buta…

Oleh yang demikian, apabila terjadi semua itu dengan serentak.. Apa yang akan korang buat dan apakah perasaan korang?

Kalau macam saya, saya akan jadi tak tenang, gelisah, gabra sampai stress. Sampai ada satu masa tu rasa nak give up dan cari kerja lain. Jadinya solusi untuk mengisi masa yang terluang pada waktu kerja, saya belajar lah apa-apa sebagai contoh Excel formula, belajar bahasa Cina dan Jepun.

Tetapi memikirkan pasal nak kumpul duit kahwin, nak cari kerja yang berkat.. saya terus jadi gelisah. Punca utamanya, saya merasakan saya tak diperlukan dalam company tu dan saya mempunya kawan yang tak mahu tengok saya develop. Lagi pula, bos langsung tak membantu.

Satu masalah besar yang ada pada diri saya ni ialah selalu gabra, clumsy, overthinker. Kekadang tu sampai terbawa bawa dekat rumah. Senang cakap sampai bengkak mata, degup jantung jadi laju, berpeluh peluh, depressed kalau memikirkannya.

Kalau korang pernah jadi macam saya, makanya kita geng. Hahaha. Tetapi apa-apa pon, saya balik je rumah, saya buat beberapa perkara untuk menghindarkan diri saya daripada menghadapi depressed yang teruk. Antaranya :

1. Mandi, solat dan terus mengaji.

2. Berdoa agar ditenangkan hati dan berzikir Ya Latif.

3. Banyakkan Istighfar.

4. Compare kan diri kita dengan orang lain yang stress tak bekerja, stress kerja jauh, stress gaji sikit. Dengan ini kita dapat muhasabah diri dan melatih diri untuk sentiasa bersyukur.

5. Kalau nak tingkatkan prestasi, belajar lah apa-apa ilmu.

6. Belajar untuk redha.

7. Belajar untuk tak banyak memikirkan orang lain dan fokus pada diri kita je.

8. Balik kerja awal dan bersenam. Ataupun tengok TV.

9. Tidur awal dan mulakan hari seterusnya dengan positif even sepanjang haritu teruk, hahaha.

10. Sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T dan juga orang lain.

11. Cakap kat diri sendiri masa gelabah tu, ‘Dorang pon manusia biasa jugak’

12. Makan benda manis kalau stress.

13. Saya akan spend time lebih dengan orang yang saya sayang juga.

Moga saya dan reader sekalian dapat praktikkan. Saya doakan semoga saya dan korang semua dipermudahkan segala urusan.. Aamiin2.

Terima kasih sudi baca ye. Sekian.

– Athea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *