gadis kampung yang kolot

Aku berasal dari kampung.Kalau kat kampung, biasanya aku tak keluar rumah sangat, kalau aku pergi bandar pun beli barang dapur dengan mak aku.
Lepas spm, aku sambung belajar dekat kl.2 tahun kat kl, aku keluar beli sabun semua tu dekat mid valley je.
Lepas tu aku fly. Kat sini memang kena belajar berdikari. Tapi setiap kali aku nak keluar ke bandar ke,travel ke, mesti aku call inform mak aku, minta dia doa supaya aku selamat. Selain balik dari universiti, mak aku tak bagi aku keluar malam. Anak gadis tak elok keluar malam.
Dan aku tak pernah tengok wayang, main boling, or karaoke.Kalau kawan ajak pergi arcade dekat rumah aku pun aku tak boleh stay lama tempat crowded macam tu.
Masalah aku sekarang, orang sekeliling aku cakap aku closed minded. Aku ada kawan non-muslim yang ajak aku pergi tempat-tempat macam tu,tapi aku cakap aku tak boleh pergi.Mak aku tak bagi pergi tempat macam tu. Aku bukan la warak sangat, aku tengok je drama kat rumah. Tapi prinsip aku kalau tak pernah buat benda yang tak elok tu, jangan try buat. Masalahnya even kawan aku bekas budak sekolah agama pun pergi, budak usrah kat sini pun pernah pergi. Aku nak explain macam mana kat kawan non-muslim aku pun aku tak tahu.Aku pun keliru dengan prinsip aku.
Tu tak masuk lagi bila kawan aku non-muslim tu sebut babi depan aku. Aku orang kampung, benda tu agak sensitif bagi aku. Bila dia cakap pasal orang melayu,jais yang over pasal krismas bagai. Aku hanya mampu diam je la. Kan tanya 1 ke 3, gaduh pula. Maybe sebab dulu aku pernah komen racist dekat fb pasal kristian and dia ada terbaca benda tu. Tapi serius sekarang, aku memang betul-betul berusaha nak respect agama dia.
Dalam kelas aku sorang je bertudung. Dan agak outstanding la sebab tudung tu. Aku tak selesa sangat bila classmate lelaki kelas aku macam jauhkan diri dari aku. Susah nak buat kawan. Dan bila experiment ke apa, bila diorang dekat sangat sampai sentuh-sentuh pun aku tak selesa juga. Entah la midlife crisis sungguh aku rasa.
Dan sampai sekarang, tak de pun lelaki berkenan kat aku. Mungkin sebab aku terlalu closed-minded. Lelaki tak suka kan gadis yang selalu serius,kolot macam aku kan. Patut aku berubah jadi lebih easy-going? Tapi aku try nak jaga ikhtilat. Entah la. kecelaruan identiti.

– wan embong

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *