Gadis Miskin Yang Mahu Mengubah Diri III

Untuk part I, (https://iiumc.com/gdsmskn/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/gadis-miskin-yang-mahu-mengubah-diri-ii/).

Saya sambung kisah saya bahagian 3.

Selepas menamatkan pengajian di universiti, saya berhijrah ke Kajang Selangor. Tinggal bersama kakak saya surirumah dan abang ipar yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Abang ipar banyak memberi nasihat tentang alam pekerjaan dan memberi sokongan saya mengikut jejak langkahnya.

Pada masa ni, ayah saya mulai uzur pada usia 66 tahun. Ayah tak lagi boleh berjalan seperti biasa. Hanya mengesot.

Ayah ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Mujurlah kakak dan adik lelaki saya ada di rumah untuk membantu mak menjaga ayah yang uzur.

Saya menghadiri open interview sebuah syarikat swasta. Mr Rabinder Singh, nama penemuduga. Saya lulus interview pertama dan Mr Rabinder ni lah yang menjadi bos saya.

Saya menganggur selama 2 bulan sahaja selepas tamat belajar. 12 Januari, saya melapor diri untuk bertugas.

Selepas tamat training, saya dihantar bertugas di branch Bayan Baru, Penang. Selepas dua minggu ditukar ke Sungai Petani, Kedah. Hidup saya banyak merantau sejak tamat SPM sampailah sekarang.

Gaji pertama saya RM1200, saya hantar ke kampung RM200 kepada mak dan RM100 kepada ayah. Biasanya ayah suka berbelanja. Tapi kali ni, dia menyuruh mak saya simpan saje duit tu.

Saya berkhidmat sebagai Penolong Pengurus. Mengendalikan operasi syarikat dan menyelia beberapa orang staf di branch yang kami ditempatkan. Jauh berbeza dengan bidang pangajian saya dulu. Banyak benda baru yang saya belajar.

Antara ilmu yang saya dapat, teknik menegur kesalahan atau memarahi staf. Bagi bos berbadan kecil seperti saya, tentu sukar berhadapan dengan staf yang lebih besar dan melawan.

Tipsnya adalah, arahkan staf tersebut duduk, kita sebagai bos yang berdiri. Kedudukan tersebut memberi kesan psikologi tentang ‘power’ seorang bos kepada staf.

Ada 3 tips penting apabila kita berurusan dengan customer atau sesiapa sahaja. 3 perkara ini sangat ampuh untuk mencairkan hati, mempunyai kuasa ‘memujuk’ dan memenangi hati orang/ customer.

Pembaca boleh gunakan apabila berhadapan atau berurusan dengan manusia.

1. Greeting /senyuman.

2. Always say sorry.

3. Always say thank you.

Pernah saya dimarahi seorang customer yang mengamuk kerana satu kesilapan kecil pihak kami, saya hanya tunduk dan memohon maaf beberapa kali sehingga nada suara customer tersebut mula kendur dan akhirnya menerima kesalahan kami dengan senyuman.

Nampak tak? Kuasa 3 tips tersebut. Tidak perlu menghabiskan tenaga bertengkar. Customer is always right.

Dalam satu proses penilaian kualiti operasi syarikat, branch saya mendapat markah tertinggi di area northern pada masa itu. Bos saya terkejut dan bertanya jika saya mengamalkan ayat pengasih. Lucu rasanya soalan yang ditanya.

Sebelum ini, rekod branch kami agak teruk sebelum kedatangan saya. Saya mengamalkan ayat seribu dinar (ayat 2 surah At Talaq) yang saya baca setiap hari apabila saya masuk bekerja.

Pembaca boleh amalkan juga dan lihat keberkesanannya dalam kehidupan, insha Allah.

Di sini, saya bekerja ikut shift. Kalau masuk shift petang, akan tamat dalam jam 11 malam lebih. Saya balik kerja berjalan ke kaki seorang diri. Sangat berisiko.

Bohonglah kalau cakap saya tidak takut, berhadapan dengan risiko diganggu lelaki, anjing liar dan kejadian ragut.

Saya penah diragut ketika berjalan pulang seorang diri jam 11 malam lebih. Saya berjaya merentap balik beg saya. Peragut blah dan saya menggigil ketakutan. Selang sehari, saya diragut sekali lagi ketika berjalan ke tempat kerja di waktu pagi.

Saya yakin, ia orang yang sama. Pun percubaan keduanya gagal. Kejadian ni menjadi trauma kepada saya sehingga hari ini. Saya akan berdebar dan ketakutan jika mendengar bunyi enjin motor dari arah belakang.

Awal april, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ayah yang semakin uzur. Saya hanya diberi cuti sehari dalam seminggu. Sukar untuk kerap pulang.

Sedih melihat ayah yang sangat kurus. Mak juga menegur keadaan fizikal saya yang semakin kurus dan cengkung. Sejujurnya, saya terlalu penat dengan tekanan kerja setiap hari.

Dua minggu kemudian, ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada 26 April 2004. Saya tidak sempat pulang semasa jenazah dikebumi. Sedih mengenangkan majlis konvokesyen saya yang bakal berlangsung pada September nanti tanpa kehadiran ayah.

Saya anak bongsu perempuan kesayangan ayah. Sudah tentu ayah mahu menemani dan melihat sendiri saya menerima ijazah.

Selama sebulan saya menangisi kem4tian ayah. Saya bangun tahajud dan memohon ampun agar ayah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

Saya tidak sempat berbakti pada ayah. Tidak sempat membeli kereta dan membawa ayah berjalan2. Ayah sangat suka berjalan jauh di masa hayatnya.

Apa yang mampu saya buat, hanyalah menghadiahkan doa di setiap solat fardhu dan pulang menziarahi pusaranya setiap bulan.

Majlis konvokesyen saya dihadiri oleh mak dan adik lelaki saya.

Bulan oktober, saya meletak jawatan saya setelah diyakinkan oleh penyelia tempat kerja kawan saya yang dia boleh mendapatkan jawatan yang lebih baik untuk saya. Silap saya mudah tertipu.

Saya berhijrah ke KL. Selama 2 bulan saya menyewa di vista angkasa, mencari pekerjaan di bandar. Entah berapa banyak interview saya hadiri. Semuanya gagal. Duit simpanan saya habis. Saya pulang ke kampung halaman.

Daripada seorang Penolong Pengurus, saya kini bekerja di kampung sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji RM10 sehari. Syukur saya punya mak yang sangat memahami dan tetap memberi semangat untuk saya mencari pekerjaan.

Ada orang kampung yang menyatakan simpati terhadap nasib saya dan berjanji untuk menolong. Tetapi dia meminta duit untuk membiayai tambang dan makan minum dia ke KL untuk menguruskan permohonan KPLI saya.

Sudah jatuh jatuh ditimpa tangga. Dia juga menipu dan langsung tak menjejak kaki ke rumah saya selepas itu.

Setahun selepas kem4tian ayah, Allah uji lagi dengan kem4tian. Saya ada anak saudara perempuan yang umurnya muda 2 tahun dari saya.

Kami sangat rapat kerana membesar bersama. Tiba2 dia jatuh sakit secara misteri. Doktor tidak dapat mengesan penyakitnya. Perawat tradisional pula mengatakan terkena sihir.

Ketika keadaan kesihatan makin parah, dia berpindah ke rumah mak. Petang tu, batuknya makin teruk, saya berada di belakang badan dan mengurutnya.

Tiba2 terdengar suara lirihnya menjerit ‘Allah’ dengan kuat. Darah bersembur keluar dari mulut dan membasahi lantai. Dia menghembus nafas terakhir di atas pangkuan saya.

Saya sendiri menguruskan jenazahnya. Membacakan yasin, membantu memandikan dan mengafankan jenazah. 2 tahun saya ambik masa untuk menghilangkan trauma bila orang yang rapat dengan kita meninggal atas pangkuan dalam keadaan berdarah.

Cukuplah saya berhenti di sini. Saya akan sambung di bahagian 4. Di bahagian 4 bermula cerita saya gigih mengumpul duit, merancang kewangan dan membina impian bermula dengan membina rumah bersama mak selepas mendapat kerja baru.

Moga2 kisah saya memberi motivasi kepada orang lain untuk tidak berputus asa. Percayalah, behind the clouds, the sun is still shining.

Saya masih mengharapkan keajaiban berlaku dan yakin di sebalik musibah, terselit sejuta rahmat yang menanti. Bak kata pepatah Arab, ‘what is coming is better than what is gone’.

Terima kasih.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *