Dear Gadis N,
Saya ada terbaca confession awak. Saya faham apa yang awak sedang alami kerana saya pun alami benda yang sama. The different is saya lelaki. Kalau disamakan dengan kes awak kira saya adalah teman lelaki yang tingglkan awak tu. First of all, NO. Nikah dgn dia xkan membuat korang berdua dapat beribadah dengan tenang. Kalau mcm tu baik nikah je dgn mane2 lelaki. Selesai masalah. Saya faham yg awak nak dia bertanggungjawab terhadap awak but kawin dgn dia xkan selesaikan masalah since dia pun dah ckp yang dia xsyg awak lagi. Ingatla yg jodoh Allah tu yg terbaik. Mungkin dia adalah yang terbaik buat awak dan mungkin juga tidak. Mungkin dia yang terbaik untuk awak but bukan pada masa sekarang saya xbleh nak cakap. Sbb itu semua di luar bidang kuasa saya.
Secondly, Alhamdulillah awak dah dapat kawal nafsu awak terhadap dia, mcm saya amik masa lama jugak untuk mengawal infact until now pun kadang2 saya terfikir pasal dia yelah kita dah pernah buat mcm2 bersama kan. Bukan senang nak lupa. Benda mmg xbleh nak lupakan. Ambil ia sebagai pengajaran. Dosa yang lepas tu biarlah lepas, jangan dikenangkan kan lagi, try you best untuk move on. Even saya setelah beberapa tahun pun xleh lupakan dosa tersebut tapi lidah xpernah kering minx ampun kat Allah atas dosa tersebut. Malu?? jangan cerita la tapi apakan daya kita ni hanya lah hamba yang xsempurna sering melakukan kesilapan. Yes, kita dah terlanjur. Benda dah jadi, xleh nak patah balik dah. Redha dengan dosa yang telah dilakukan, terima hakikat yang kita dah berdosa dengan Allah. Antara cara yang saya sentiasa amalkan untuk mengawal nafsu terhadap dia ialah baca Al-quran everyday and cuba untuk bangun tengah malam buat solat tahajjud and taubat skali.
Thirdly is mengenai kemaafan and 'tanggungjawab' terhadap awak. Try your best tuk maafkan dia. Let it go. Jgn simpan lagi, benda bukan salah dia sorang, awak pun salah jugak. Sama2 buat maksiat kan, xkan salahkan lelaki je. Benda xkan terjadi kalau awak sendiri xizinkan, betul x? So, let it go, maafkan. xperlula nk suh dia bertanggungjawab atas apa yang dah terjadi. Sbb awak pun bersalah jugak. Lagi pun dia dah xsygkan awak. InsyaAllah akan ada lelaki lain yang lebih baik untuk awak. Ya sye tau awak rasa awak xlayak untuk dapat lelaki lain atas dosa silam awak, ya sye tau lelaki yang baik untuk perempuan yg baik etc tapi ingat!!! Kuasa Allah tu adalah di luar batasan kita. InsyaAllah akan ada lelaki yang baik untuk awak, yang dapat bimbing awak di masa hadapan nnti. Jangan berhenti berdoa. Sbb Allah nilai kita bukan pada masa silam tapi pada ketika ini. Okay.. =) keep on pray and dont lose hope.
Akhir kata, amat2 lah penting dalam memaafkan tu. Sbb itu first step untuk kita start redha dengan apa yang telah berlaku and insyaAllah lepas tu slowly hati akan menjadi lebih tenang. Dua2 pun dapat beribadah dengan baik. Saya paling suka satu ayat ni "Kalau kita xdpt nak maafkan orang lain so kenapa kita mengharapkan Allah tuk maafkan dosa kita". Fikir2 kan lah okay.. Key point tuu. Huhu.. Untuk menceriakan awak dan beri semangat maka dengarlah lagu let it go dari saya OST frozen..
Let it goooooo, let it goooooo,
Cant hold me back anymoreeeee,
Let it gooo, Let it gooo
Just forgive and starts redhaaaa.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Maaf confessor, ada permintaan boleh?
Boleh tak confessor terangkan detail apa kesan zina pada laki².
Sebab selalunya baca confession perempuan je yg menangis menyesal bila dah tersedar. Diorang rasa tak layak untuk semua lelaki dan trasa hina dimata masyarakat. Rasa dunia gelap. Tak tahu nak berhadapan dgn bakal suami n etc.
Tapi bagi lelaki camne plak eh? Menyesal sedalamnya tak? ada pnglaman hitam camni? Atau just menyesal di mulut saja?
Just wondering. Jangan marah.
Tu lah pasal. Effect die still xsama dgn prmpuan. N die xphm exactly sbnrnye ape yg ppuan tu rase. But nasihat yg die bg tu mmg bgus la
Ada. Lagi teruk dgn tu. Laki lebih susah nak control nafsu berbanding perempuan. Kemungkinan lelaki tu akan trus buat dosa lagi mudah dari prempuan. Kalau dh pernah tgok porn pon susah nak berhenti, ni pulak dh pernah. Laki kena betul2 struggle untuk lawan nafsu tu.
Klau mnyesal ambk buat bini….klau x nk ambk buat bini pun p mngku dpn parent die (brni buat brni tnggung)….bgi sy ini bru menyesl..klau stkt tngglkan prmpn tu bukn mnyesal tpi lari dri mslah
Oh ye aah. Pernah jugak terfikir apa pulak pandangan/rasa dr lelaki pulak ? Lelaki pon ada rasa yg sama jugak ke ? Rasa tak layak utk kawin etc. Sebab sy ada kenalan (lelaki) dia pernah terlanjur dan sekarang dia dh kawin (alhamdullilah) cumanya teringin jugak nak tahu diorang ni rasa yang sama jugak ke dengan perempuan rasa ?
Ayat last tu win
Win tu bolehla.. tapi rasa nk tumbuk je.. hahaha.. boleh plak nyanyi lepas buat pe sume.. mudah je let it goo~~ redhakan semuanya~~~
Haha..yg kita duk kusyuk baca pn boleh pulun nyanyi..wlaupn baca dlm ati
Habis madu sepah dibuang..itulah gambaran kebanyakkan lelaki..spesis macam ni banyak. Memang kasihan pada kaum perempuan yg lalui situasi macam ni..rasa macam mereka dianiaya. Tapi orang perempuan, tolong jaga maruah diri. Dara tu jangan mudah serahkan pada lelaki yang bukan digelar suami. Jangan sebab terlampau sayang, sanggup lakukan macam-macam untuk orang lelaki. Kita tak tahu apa yang Allah dah aturkan untuk kita. Kadang-kadang bercinta sakan dengan si A, tapi dijodohkan dengan si B. Ingat kat Allah. Dekatkan diri pada Allah. Jauhkan diri dari perbuatan yang merosakkan diri. Kalau lelaki tu betul dan bersungguh nak kan kita, suruh dia masuk meminang..jangan nak seronok sebelum nikah. Kalau jumpa lelaki ambil kesempatan macam ni, tinggalkan saja. Allah ada. Hidup ni bergantung sepenuhnya pada Allah. Sendiri lebih baik jika itu yg buat kita lebih dekat dengan Allah. Sama-sama muhasabah diri kita..
La ni hng xmo bertanggungjwab la? Tu mksud hng? Pndai tebuk, pndai tampung la. Perangai buruk x buruk lantak la. Suami isteri pun boleh terima baikburuk msing2, bni hng dh sedap testdrive, lpastu hng xmau ambik pulak??alasannya, x sayang lg dah. kpala hotak hang. Hbis tu, bekas hng tu hng nk letak mna? hmm?.
ak tuju ni kat llaki2 penzina nih.
Biasanya lelaki yg baik (tak pernah terlibat) la selalunya terluka dan tanggung semuanya. Vice versa..
Da jd kat anak pompuan anda nnt jgn pandai marah plok.. Laki mmg la senang nak move on.. Pompuan, skali tersalah, kantoi bro.. Time sedap, nak sedap sama2, tp bila masuk bab nak memilih bini, nak yg suci je.. Aiya.. Dunia2..
Skali lagi Maaf la yer confessor.
Tinggalkan camtu, then guna ayat REDHA. Si perempuan pula terpaksa bangkit sendiri nk berhadapan dgn masyarakat semua. And u? Just sing let it gooo.. let it goo… just forgive me n start redha..~
Ada yang tak okey kat sini..
Just ingat bro.
Bro yg dah tak teruna pon inginkan perempuan suci. Inikan pula lelaki yg mujahadah bermatian lawan nafsu. Ingat lelaki yg teruna ni 100% dgn mudah terima gadis yg pernah kamu sentuh?
Pedih bro. Hati mereka luka bro. Inikan pula hati si wanita yg bro rosakkan
Marah cikgu….??
Bintu Zainal Abidin nmpk marah ke ni? Haha.. x marah pon..baca smbil nyanyi lagu frozen tu eh
Rasa Nk frozen kann lelaki tuh hahh….haha…
Syokk dok lps tgnn..
Bintu Zainal Abidin kita sabar kita sabar… hahaha
Hangin je aku baca confessesion ko bro. Sebab kesan kepada lelaki dan perempuan, tak sama. Haihhh.. tapi satu point yang aku terpaksa setuju, yang nikah dengan lelaki tak guna tu takkan selesaikan masalah.
Save yourself, gadin N.
I believe u deserve better than him. Bertaubat, dan kembali ke pangkal jalan. Moga Allah temukan dengan lelaki yang lebih baik untuk awak. I know this sound cliche, senang nya ckp sebab saya tak berada kat tempat awak. Tapi, setiap manusia ada ujian yang berbeza2. Awak kuat, dan akan mampu tempuh semua ni. All the best. :)
Awk lelaki..x sama ngn pompuan.contohnya awk berzina kat malaysia..lps tu lari ke benua afrika dan kahwin kat sana..org dh x leh differentiate awk suci ke tdk..tp pompuan ni lain.mostly suami mst tahu perempuan ni mcm mana..maksudnya kat sini,ttg maruah.perempuan tu nk suruh laki tu bertanggungjawab sbb maruah.at least dpt selamatkn maruah dia.it is not about love anymore.bl dh berzina,dh de istilah love.yg ada hanyalah nafsu.tp beza dgn hubungan suami isteri.hbgn suami isteri adalah love,nafsu dan responsibility..to this confessor, jd lah lelaki yg bertanggungjwb.inshaAllah Allah akan hadirkan rs cinta tu kemudian.awk pn percaya kuasa Allah kn?kesian sgt kat perempuan yg awk dh pernah musnahkan maruah dan masa dpnnya.
relax nya lelaki.. em setakat minta ampun kat tuhan, xde rasa nak bertanggungjawab ke? dah Xde rasa sayang ke kat org perempuan tu? lepas buat, rasa nak bertaubat, tinggal, minta ampun dgn tuhan, yg perempuan tu dibiar mcm tu
lepastu lepastu kau pun nak carik bakal bini yg suci pulak kan. mcm tak adil. ko biarkan ex kau tu terkontang kanting sendiri bangun sensorang kau sesedap je let it goo. aku harap kau betul betul kenal erti penyesalan lah dan doa moga anak anak perempuan kau tak jadi mangsa kpd lelaki lelaki akan dtg.
Fatimah Azzahra Shafie
Pada saya, sebolehnya nikah la dgn dia. perasaa sayang boleh dipupuk semula. bila dia dapati yg sis juga sama2 bertaubat seperti dia. saya mahu berubah seperti dia. Tapi, jika lepas beberapa lama perceraian yg dipilih, juga lebih bagus. Janda, bila berkahwin, org tidak akan bertanya ‘dara’nya. tapi jika berkahwin dgn org lain, silap2 baru sehari nikah jd janda juga sbb sudah tiada ‘dara’. lagi parah, dia akan mencanang kemana2 ttg keriadaan ‘dara’ tersebut. so, nikah je dgn x-bf tu. mudah2an Allah lembutkan hatinya
???
Setujuuu
aku je ke rasa yg ada possibility laki ni bf cik N tu hahahaha
Aq pun rasa benda yg sama..hahaha
Aku pun sama ?
Orang selalu cerita ranapnya seorang perempuan. Orang selalu lupa orang laki2 juga ada rabaknya. Cuma mereka susah nak bercerita.
Dia igt apa dia buat tu mcm tebuk tabung keluar duit then tutup penutup pakai salotep ko hapo ! Ehh alahhh bengang pulak ghase kite ni awaaaa
Bukan lelaki je nak perempuan suci, perempuan pun nak pasangan yang suci. walau tak boleh detect, tapi kalau aku tahu, memang lah aihh amarah meluap-luap. Kalau perempuan, rela tak rela, hina sungguh. Kalau lelaki, let it goooo. Senangnyaa.
Yup dua2 salah ikotkan sbb kalah ngan bisikan syaitan. but i’m not put the blame 100% on them, sbb selalunye org yg bermasalah ni slalu dikaitkan dgn environment dia membesar.. kurang didikan agama, lack of common sense, kurang kesedaran sivik, lack of moral values etc. So x leh nak salahkan dorg 100% gak laa, kdg2 masyarakat setempat tu jgk puncanye maksiat kini berleluasa. But it also back to the individual him/herself, tahap keimanan dia mampu ke nak tolak or terima sesuatu dosa(zina). N we are normal human being will never escape from sins, we are no angel. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka unless the sun is rise from the West.
But 1 thing I notice, most guys (x sume) always try to fine an easy way out, n left the girls by herself. They’re good at this which is sad actually.
manyampah plak bace bende ni
jgn jdi judgemental sgt la ppl, lelaki ni confessed pun sbb nk bgi motivation je utk gadis N tu,
yg korang lak dok ckp2 effect lelaki dgn perempuan tak sama.
mmg takkan sama lah tapi kita kena percaya kpd Allah. serious talk, once u put ur faith on him, miracle is impossible. bulan pose ni cuba husnudzon
k jgn kecam saya huhu bye
Moga kedua2nya di pandu…cume ad ayt kt ats tu…redha akn dosa…sebaiknya di tukar sesal ats dosa…jgn prnh redha dgn dosa
Cume stu yg sy suke dri prckpan bro…bnde x kan jdi klau prmpn x izin….ye..mmg diakui lelaki pndai pujuk dn prmpn lemah..cume nk tekankan kt sini…prmpb sntiasa la alert…jgn dh dekt sngt nk jdi bru nk lwn..sush…tp ektu die dh mule ajk kluar mlam….pegg2 tgn…peluk2 pnggang…dh boleh elak dh tme tu…
Cer tnya confessor, nk x dia ambik pompuan yg dh terlnjur byk2 kli buat bini?
Move on? Lelaki sembang rancak.. Ape kata tiap kli kau buat “tu” burung kau hilang sparuh.. Bru knal ape itu erti pnyesalan…
Lg 1, pompuan jgn la cpt trpedaya dgn laki ni.. Nmpak laki hensem, jmbu tmbah kpop sikit cair.. Laki yg baik xkn mntak smua tu sblum kwin, klau dia btul2 cintakn kau dia ajak kawin.. Kau ingt ni jual products ke ape ada teaser, product tester?
* klau kau knl laki yg try nk mnggatal sikit, kau belah je, dia nk gunakan kau je..
Sy hrp bukn awk lelaki tu…(ex miss confession)
Dn sekiranya bukn awk lelaki tu kesian lh kt prempuan yg awak x cube untuk brtanggungjwb tu…senangnye bg alasan dh x syg..nk beribdat x tenang
Comel :)
Fazlinda Othman cer baca tgk..huhu
Amat la penting memaafkn…
Oooo baca komen br paham.. hehehehehe
hg kna bertanggungjawab lah bodoh..Klau ada laki berzina terlanjur gn adik,kakak atau anak hg pastu dua2 menyesal..laki tu tinggalkn adik,kakak atau anak hg mcmtu ja dgn alasan nk berubah tnpa perlu bertanggungjwab hg suka ka..hg nyanyi lah lgu let it go tu kt depa pulak..
Siapa kita untuk menghukum, menghina, mengherdik,menilai dan sebagainya,… mari kita sama2 mendoakan semoga bro ini dan gadis2 lain yang dah terlanjur kembali ke pangkal jalan. Insya Allah..
Rase mcm kenal confessor ni
Kita jadi mcm2 ni sbb kita belum kenal diri kita dan Allah.. Kalau kita dah kenal diri kita dan Allah, nak buat sesuatu yg x baik je mesti akan terfikir “Takkan Allah nak buat benda x elok. Takkan Allah nak ckp benda tak elok”. Carilah guru mursyid. Belajar la tauhid.
Tenang semua tenang.
hymen restoration surgery kalau risau sgt2 ttg future husband… jgn bgtaww sesape pon ttg dah pernah buat seks,sorok aib 2,biar Allah jee yg taww..Semua org berhak utk bahagia..
Geram plk aku baca. Harap akan dtg tak jadi kat anak gadis kau plk bro. Pastu kau cakap la kat ank kau maafkan je la maafkan je la sebab ayah pun macam tu jgk dulu..
Damn guy. Confessor, u are really “xberhati perut ” person actually. U re not good enough to talk about agama. Don’t be too selfish.
Huhu..mybe lain pandangan pihak lelaki yg hanya menanggung dosa..perempuan tanggung dosa,kerugian dan malu seumur hidup kot..
Wallahu’alam..semoga kita semua dlm redha Illahi
Saya harap saudara terima semula perempuan tu, walaupun bukan atas dasar syg lagi..tapi atas dasar tanggungjawab kerana dosa yg saudara n dia dah buat…kalau fikir sayang org yg dah lama kawin pun mungkin pudar rasa syg tapi suami isteri tetap ada tanggungjawab masing2 utk pertahankan rumah tangga..
Geramnya aku bacaaa