Gagal Kawal Marah – 2:40 PM

Gagal Kawal Marah – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum dan hai pada semua peminat setia iium confession! Thanks pihak admin yang sudi approve confession saya ?
.
Pastinya saya bukan student iium hee. Maaf Menumpang disini. Saya ada masalah dengan kawal marah saya. Saya tau saya ni panas baran since kecik lg. Tapi bila dengan member2 saya boleh la jugak kawal. Saya akan diam bila marah sbb saya memang akan keluarkan makian yg menusuk meskipun masa tu saya mcm sedar tak sedar dan pastinya akan menyesal selepas tu sebab dah maki2. Lepas dah reda marah saya tu barulah saya macam akan rasa bersalahlah, apalah. Haih. Lagi satu, kalau saya xdpt lepaskan marah saya kat org yg saya bengang atau manusia la, saya akan cederakan diri sndiri mcm tampar pipi byk2 kali, cubit diri sendiri, cakar tangan, tumbuk pintu dinding, tumbuk2 kepala. So far takdelah sampai guna pisau ke apa. Apa pendapat korg tentang keadaan saya ni? I have mental problem ke? Please help me or give me some suggestions.
Tq gais.

– little lily

CREATE A POST

One comment

  1. Noo u just ada satu perasaan untuk melupakan perkara2 yang meyakitkan dengan cara cederakan diri sendiri. tips kalau marah ,duduk, kemudian kalau marah lagi baring, marah lagi pejam mata dan bernafas secara tenang .. terutamanya bagi kita umat Islam amiklah wuduk dengan niat nak tenangkan hati tu .cubalaah tips ni ,jangan cuba nak cederakan diri tu takut lama lama melarat .. peace .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *