Gagalkah Aku Sebagai Anak Sulung?

Assalamualaikum semua, sebelum memulakan nama aku Abu.

Aku agak tertarik dengan satu confession mengenai “DNA sama, perangai lain-lain” (https://iiumc.com/dna-sama-perangai-lain-lain/) itu sebab situasi sekarang pun hampir sama.

Aku anak sulung dari tiga beradik, adik kedua lelaki manakala bongsu pula perempuan.

Kami tak semesra seperti keluarga lain. Ada saja isu nak berbalah sampai kadang-kadang benda remeh pun tarik muka dan sentap.

Si angah aku gelar sebagai AF, dia dah berkahwin dan dikurniakan anak seorang. Aku pulak tak lah terkial-kial mencari, kerana aku selesa dengan keadaan sekarang.

Tapi tak terdetik langsung aku nak iri dengan dia. Aku lebih seronok melayan keletah anak buah aku dari melayan perasaan masalah adik beradik sendiri.

Kehidupan aku banyak berdikari, kenderaan beli sendiri, duit hutang bank bayar sendiri, kediaman saja masih tiada lagi sebab duduk merantau daerah lain.

Alhamdulillah sekarang diberikan kesempatan untuk membantu ibubapa aku.

Sewaktu aku bekerja di sebuah luar negeri, si AF mendapat sebuah kereta dari parents aku untuk dia jaga semasa sambung belajar di sebuah Universiti.

Ditakdirkan, kereta tersebut terlibat dalam kemalangan kendiri. Hampir RM10k untuk perbaiki kerosakkan dan aku terpaksa memberi pinjam bonus yang aku kumpul untuk beli kenderaan sendiri.

Aku terpaksa akur walaupun aku rasa curiga pada mulanya.

Akhirnya perasaan curiga tu benar, kerana AF menggunakan duit tu untuk modify kereta keluarga menjadi sport, tambah subwoofer, tayar 18″, dan ekzos yang menderum.

Aku hanya berharap bila dia dapat kerja kelak dapat membayar semula.

Tetapi ternyata jangkaan aku meleset, aku diherdik kerana berkira dengan adik beradik. Ayah aku pertahan AF sebab dia dah berkeluarga dan tak cukup duit.

Seperti kebiasaan, along jugak dipersalahkan kerana bertanya benda yang lepas. Salah kah aku meminta hak aku semula?

Ya, sampai sekarang sehingga lah si AF dah berkahwin masih takda rasa nak bayar pun.

Pada tahun 2015, aku berjaya membeli sebuah kenderaan nasional atas kemampuan bajet sendiri. Itu pun masih ada ura-ura untuk AF meminjam lagi tapi aku tegas mengatakan aku mempunyai komitmen sendiri.

Selang beberapa tahun, ayah aku membuat keputusan untuk menjual kereta yang telah dimodify dan mengambil SUV untuk memudahkan urusan semua.

Namun, si AF telah mendapat sebuah lagi kereta tanpa perlu membayar sesen pun. Hanya perlu maintain servis sahaja dan roadtax insuran masih ditanggung.

Aku agak terkilan waktu itu dan merasa betapa mudahnya AF minta terus dapat tanpa perlu berusaha.

Aku pernah bersuara bertiga bersama ibubapa aku, kenapa si AF di biar diberi semuanya tanpa ada usaha sendiri? jawapan mereka adalah kerana si AF dah berkahwin dan gajinya tidak mencukupi.

Walaupun isteri AF bekerja juga, dia mempunyai kenderaan hasil titik peluh sendiri.

Aku makin buntu dan tak tahu dengan siapa nak meluahkan. Sejak dari itu, aku mula perasan apa jua yang berlaku dimulakan AF, aku akan jadi mangsa!

Sebagai seorang abang aku cuba pertahankan diri dari direndahkan-rendahkan oleh seorang adik.

Walaupun dia cuba play victim untuk setiap perkara, mengugut macam-macam, terpekik mahukan perhatian mak ayah aku, pendirian aku tetap satu, bertahan selagi ada nyawa.

Ada suatu hari, aku bercadang mengajak AF untuk pergi ke masjid lebih awal ketika waktu cuti dan jangan samakan dengan budaya di tempat kerja.

Ternyata aku diugut, ditengking dengan kata-kata nista! Perbalahan mulut jadi terhenti apabila AF sentap dan merajuk tak keluar bilik. Hanya kerana solat Jumaat, dia boleh bertindak sedemikian.

Ketika didapur, aku bertanya pada Ibu,

“Salah ke mengajak dia pergi awal sebelum khutbah bermula? Aku mengerti apabila ditempat kerja jarak ke tempat ibadat mengambil masa, salah ke aku nak ajak dia buat perkara yang bukan kebiasaan? Perbetulkan yang sudah terbiasa?”

Ibubapa aku hanya berdiam dan menasihati aku jangan buat seperti itu lagi, serta merta aku rasa gagal. Gagal menjadi seorang abang yang ingin menasihati.

Aku senyum, termenung sewaktu berjalan kaki menyusuri tanah perkuburan, bermacam-macam perkara aku cuba nak tenteramkan, aku bukan lah seorang yang baik, cuma bila diri ini mula nak istiqomah ternyata pelbagai dugaan yang perlu dilalui.

Menangis bertanya pada Tuhan mengapa adik aku jadi sedemikan.

Terima kasih pada yang sudi membaca, akan datang ini, sambutan kelahiran anak AF, aku harap sangat semuanya jadi normal kembali walaupun adakala nya akan terjadi lagi.

– Abu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *