Gaji Berkat

Assalamualaikum.. mintak tumpang lalu ye adik2 admin yang hensem & jelita. Akak ni alumni uia. dah grad 3 tahun lepas. lepas je grad, akak kawen dengan boifren akak.(skang ni dah jadi suami)

Masa mula2 kawen dulu, hidup kitorang cukup2 makan je.Sebab kitorang decide nak berdikari, so sewa lah rumah dekat dengan tempat keje akak dan suami akak. Akak pegi keje naik motor abah akak bagi masa belajar dulu, yang suami pakai kete lama abah dia punya. Akak tak reti sangat drive masa tu, tu yang tak berani nak drive kete pegi keje.

Sebulan pertama kawen dan duduk bersama, duit pun tak berapa nak ada. banyak habis buat belanja kawen dan bayar deposit rumah sewa. mesin basuh takde, peti ais takde, tilam pun takde. kitorang tido atas toto orang hadiah masa kawen. Hampir setiap hari lepas balik keje akak beli barang basah untuk masak.naseblah ofis akak tak jauh sangat dari kedai runcit jual barang basah. malam masak lebih sket, esok tu bawak bekal pegi tempat keje. Alhamdulillah, dah habis sebulan tu masing2 dapat gaji kitorang pun belilah peti ais, mesin basuh dan tilam. jap,sebelum ada mesin basuh, baju semua basuh kat dobi diy tu. kumpul baju seminggu, time weekend baru basuh.

Sket2 kitorang beli barang rumah bagi rumah tu jadi macam rumah. Kalau tak, sebijik macam rumah buruh kasar keje kat tapak pembinaan tu. Syukur sangat2,walaupun masa tu hidup cukup makan je tapi rasa tak penah kurang .

Tiga amalan ni yang akak pegang sampai sekarang.

1)Jaga solat wajib
2)Rajin2 bersedekah
3)Jaga hubungan dengan orang tua

Apa2 hal, solat tu yang paling penting Macamna sibuk pun, jangan tinggal solat. Arwah emak akak selalu pesan, solat jaga. Jangan suka2 tinggal. Nanti Allah tarik nikmat kita.

Hal bersedekah ni, akak sebenarnya bab bagi duit ni akak kedekut sket. yelah, bukan senang kan kita nak cari duit.Tapi, akak suka bagi sedekah dalam bentuk makanan. Kadang2, kalau sempat tu pagi2 akak masak breakfast lebih sket bagi kat ofismate.tengok diorang makan, rasa seronok je.

Skang ni pun masing2 busy, agak susahlah nak balik kampung. Tapi, selalu suami akak ingatkan call kampung tanya khabar. Orang tua ni sebenarnya tak mintak pun duit kita, cuma kita ni kena concern dengan diorang.Dah tak dapat nak balim kampung selalu,seminggu 2-3 kali call abah, tanya khabar. Happy mak abah bila dengar suara anak diorang.

Sampailah skang ni, setakat ni tak penahlah rasa tak cukup.Cuma adalah jugak sekali dua tu, rasa sangkut sebab bulan nilah nak bayar itu ini. Nak bayar roadtax kete, insurans, kete accident plak tu. Tapi, pertolongan Allah tu besar. ada je jalan dipermudahkan.

Tak susah pun sebenarnya nak hidup senang.Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Dia pun jaga kita.

– Kak Bedah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *