Untuk part I, (https://iiumc.com/gaji-guru-tadika/)
Assalamualaikum. Bismillahirahmannirahim. Segala puji bagi Allah di atas setiap kebaikan.. dan setiap keburukan datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada para pembaca confession sebelum ini. Setiap dari doa, komen, cadangan, idea, dan rintihan saya baca.
Begitu juga dengan reply:’bekas guru tadika’, (https://iiumc.com/bekas-guru-tadika/)
Dan confession ‘guru tadika dan majikan’, (https://iiumc.com/guru-tadika-dan-majikan/)
Terima kasih.
1. Disebalik perasaan bersyukur, ketenangan pada waktu malam saya tidak pernah terhenti dari diragut dengan kegelisahan, kekurangan dan ketidakcapaian target diri.
Apatah lagi sekiranya saya mula aktif social media. Kenapa tidak disiang hari?
Kerana bermulanya selangkah kaki melangkah masuk ke tempat kerja bermula segala pergerakan. Otak, tangan, kaki, mata, hati dan jantung mesti bekerjasama. Saya tiada masa melayan perasaan..
2. Buka tadika sendiri, kutip pengalaman, develope modul sendiri gaji kan pekerja 3k sebulan. Dan tulisnya lagi itu sepatutnya menjadi ultimate goal saya. Yes.. Yes.. Yes.. That is what i really want to do!
Saya tidak pelik untuk majikan tidak mampu untuk membayar gaji yang selayaknya bagi tadika yang baru bertapak tapi tidak bagi tadika yang berpuluh puluh, beratus ratus cawangan.
Saya masih belajar apakah rahsianya mempunyai own brand one after one and the whole country… doakan saya.. Tapi mungkin saja hanya menjadi angan2..
Mana mungkin saya mampu untuk membayar dengan gaji yang cukup tinggi untuk graduan yang selayaknya sedangkan untuk terus bertahan didalam industri saja pasti berliku perlu ditempuhi..
Ini mungkin maksudnya dari kutip pengalaman.. Saya cukup faham masalah majikan. Saya juga faham masalah ibu bapa. Saya faham masalah guru2. Tapi hanya faham tanpa punya solusi..
Bagaimanakah solusinya? Anak-anak pelanggannya.. Segala emosi bungkus tepi. Tetapi apakah selamanya begitu?
3. Adakah guru melepaskan geram kepada anak2? Anda rasa bagaimana? Hanya sedikit tips buat saya kepada ibu bapa..
Permudahkanlah urusan guru2 anak anda, guru bukan malaikat dan juga bukan syaitan. Tetapi guru punya perasaan..
Jika ada sesuatu anda mahukan cukup untuk anda berterus terang kepada guru tersebut. Bukan kepada rakan guru tersebut, atau majikan mereka.
Sekiranya tiada perubahan maka barulah anda boleh mengambil tindakan yang seterusnya. Anak kesayangan anda bersama mereka.
Ambil tahu, dan bukan melepaskan tugas anda sepenuhnya lalu menjadi juri.. Jadilah yang adil, pengasih dan menghormati.
4. Sekadar pandangan kecil saya..Pendidikan terbaik buat anak anak bukan dari sekolah yang mahal, hebat, module yang menarik, menu yang gempak..
Tetapi datangnya dari guru di sekolah pilihan anda dan paling penting guru bagaimanakah yang mendidik anak anda.. Siapa mereka? Kenali mereka?
5. Khas untuk guru tadika. Saya faham perasaan anda.. Kerana situasi anda saya lalui.. Muntah.. Terberak.. Terkencing.. Mengamuk.. Menangis.. Bergaduh.. Itu lah senjata untuk mengenal siapa kita?
Ketawa riang, penyayang, bijak, petah berkata kata, aktif, ceria, kreatif, pemaaf itulah anak2.. Yang mampu memberi satu masalah dan menyelesaikan seribu kedukaan..
Kita pernah kecil.. Bagaimana yang kita inginkan dari sang dewasa begitulah kita layani mereka.. Bertegas bukan ertinya kita harus menjadi pemarah.. Tapi hormati mereka sepertimana kita mahukan hal yang sama..
6. Berhenti kerja. Buat online business. Join dropship. Cari kerja lain. Buat dua tiga kerja. Saya cuba untuk tidak memberikan alasan tapi saya sedang berusaha mencari apa yang harus saya lakukan,
“Sharping my skills with upgrading a new skills is taking a lot of money too”.. And of course i shall to have a lot of free time but i do not own…
Saya cuba untuk motivasikan diri sendiri. Tetapi adakalanya saya juga tersasar. Andai ada yang terluka. Maafkan saya atas tulisan saya yang tidak sempurna.
Ya, saya masih mengeluh, dan ya, saya masih meneruskan tugas saya seperti biasa, dan ya dunia anak anak adalah impian saya.
– Aurora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit