Guru Tadika dan Majikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya Wanie nak balas confession Cik Aurora (https://iiumc.com/gaji-guru-tadika/).

Saya nak cerita pengalaman menjadi guru tadika /taska dan pengalaman menjadi pelajar Kolej dalam bidang Kanak-kanak ni.

Pada mulanya saya takberminat pun nak masuk bidang ini tapi atas desakan mak ayah jadi saya turutkan.

Pada tahun 2014 sebaik habis SPM saya daftarkan diri untuk membuat sijil PERMATA di agensi swasta di Shah Alam. 3 bulan kursus dijalankan termasuk praktikal di swasta.

Praktikal pula, 7 hari tiada elaun diberikan. Bahkan kene keluarkan modal untuk buat ABM (Alat Bantu Mengajar). Masa tu memang parent bantu bab financial lah sebab pilihan parent.

Habis praktikal, exam pula under JKM. Alhamdulillah lulus dapat official sijil dri JKM untuk lesen bukak taska (tapi saya tak nak pun, simpan dalam file jela)

Mulalah, hunting job. Tak tahu nak kerja apa. Cubalah masuk kerja taska, Tempat pertama dia offer gaji RM700 dengan kerja dari 7 pagi – 7 malam.

Saya tak tahan dengan suasana yang kotor jadi seminggu je saya kerja dan buat keputusan untuk berhenti begitu sahaja.

Tempat kedua, taska Elit. Seronok memang seronok tapi leceh nak jaga anak-anak orang berada ni. Nyamuk pun tak boleh hinggap badan anak orang.

Gaji yang majikan tawarkan RM800 tiada elaun/ tiada benefits. Kerja pun dari 7 pagi sampai 7 malam. Tapi majikan kenakan yuran pada parent RM800 sorang budak.

Tahan kerja situ pun 3 bulan lebih, berhenti atas sebab majikan terlalu bossy.

Tempat ketiga, tadika. Mula masuk bidang tadika masa ni. Tadika memang yang ada brand. Franchise la.

Dekat sini saya boleh bertahan sampai 3 tahun. Nak tahu berapa gaji yang ditawarkan? RM600 ya teman-teman.

Tahun 2014 gaji yang ditawarkan masih RM600. Kalau Cik Aurora kata dia dapat gaji RM900 saya punya lagi rendah. Tapi mungkin dia full day, saya half day.

Jadi dengan waktu kerja yang half day saya mula ceburi bidang Home-tutor pula. Saya ada belajar linguistic (Korean) itu course sampingan sahaja.

Disebabkan ada kelebihan, ada parent minta saya ajar anaknya iaitu anaknya pula adalah special needs (Autism) pada masa tu umurnya 15 tahun. Yuran yang saya tawarkan pada masa tu RM600 (bersih tiada potongan)

Selain itu juga, ada parent tadika yang mahukan saya mengajar anaknya dirumah sebagai kelas tambahan diwaktu malam. Kelas bacaan yang waktu itu saya kenakan yuran RM250.

Jadi jadual saya sangat padat. Pagi mengajar di tadika, petang mengajar bahasa Korea di rumah student, malam pula tuisyen bacaan.

Nak dikira berapa gaji untuk 3 tempat ni dalam RM1400. Gila bukan? Kalau kerja Admin pun, cabuk cabuk pun dapat gaji RM 1500 itupun kerja 8-5 petang, sabtu cuti. Ini kerja tadika Sabtu pun kerja. Tapi gaji tetap sama.

Dalam masa yang sama saya melanjutkan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Swasta dalam mode Separuh masa (Sabtu & Ahad).

Begitu padat jadual saya, Isnin – Jumaat kerja , Sabtu-Ahad kolej. Memang tiada masa untuk diri sendiri.

Saya bekerja di tadika sampailah majikan tutup syarikatnya diakibatkan tiada kewangan yang positive. Selama saya kerja, MC tak boleh claim, malah dipotong.

Diminta ke HQ untuk mengambil barang-barang student pun minyak tak boleh claim. Pernah cuti amik exam kolej selama seminggu. Bila hujung bulan tengok gaji yang masuk hanya RM 338.54.

Boleh fikir tak kenapa ramai guru2 tadika tak nak kerja dalam bidang ni?

Masatu pakai kereta ayah. Kawan saing saya semua dah berkereta. Saya? Termangu tengok masa depan. Pada tahun 2017 saya bertindak keluar dari bidang perguruan.

Saya masuk bidang management. Bermula dari Kerani biasa sehingga sekarang pada tahun 2020 saya sudah menjadi seorang Admin Exect di syarikat swasta dengan gaji yang boleh diterima logik akal untuk saya survive dan boleh menyimpan untuk kecemasan/ masa depan.

Malah saya dapat banyak benefits bila kerja bidang ni, bukan setakat MC boleh claim, malah bonus pun saya dapat. Even waktu nak kahwin pun boss hulur angpau beratus.

Kawan sekerja tadika bagi kad jemputan kahwin dekat majikan pun takde ucap tahniah apatah lagi nak datang majlis pekerja.

Saya tak salahkan tadika/ taska tapi saya salahkan majikan yang tak boleh menjaga kebajikan pekerja dan gaji yang ditawarkan takmasuk akal. Jangan jual ayat “Pahala guru tu lebih baik dari gaji, kerja dalam bidang ni kene ikhlas”

Ye tahu kene ikhlas tapi kudrat dan tenaga guru nak bagi budak pandai bukan boleh petik guna jari macam Thanos yang sekelip mata budak boleh terus pandai.

Tak kira ajar anak istimewa atau normal. Nak dapatkan “kesabaran” tu kene naik kayangan tangga yang ke 7 tau.

Majikan hanya tahu, “Haaa ni murid 5 tahun ni semua dah pandai baca ke?” “Murid 6 tahun dah pandai mahir spelling ke?”

Instead of tanya guru-guru atau beri pandangan cara memperbaiki dalam sesi mengajar. Majikan hanya tahu nak hasil dan kira untung tiap bulan.

Nasihat saya pada Cik Aurora, keluarlah bidang tu carik kerja lain. Lepastu kalau lapang carik student untuk buat kelas bacaan Bahasa & English. Lagi berbaloi. Hati taksakit, badan tak penat sangat.

Sekian luahan Tecer Wanie yang tersakiti, hehe ;)

– Tecer Wanie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit