Eczema dan Kebahagiaanku

Assalamualaikum semua, nama aku Emir (ofkosla bukan nama sebenar), lelaki bujang berumur diawal 30-an. Tengok tajuk pon korang boleh agak kan kisah yang akan aku ceritakan.

Aku ada la terbaca confession pasal eczema ni boleh refer (https://iiumc.com/aku-eczema-dan-sabar) membuatkan aku agak tertarik dengan kisah confessor ni sebab aku boleh relate dengan kisah hidup aku.

So, terasa macam nak luahkan kan la perasaan yang terpendam di hati ni. Jangan ingat lelaki ni takde hati dan perasaan ye. Walaupon berjiwa kental, kami lelaki pon ada sisi “gentle” and “soft” ok. Hehe

Aku ada masalah kulit ni sejak dari kecil, tapi time tu tak teruk sangat la. Sekejap baik sekejap ok. Time tu ingat tak serius sangat la biasa la kan budak-budak.

Seingat aku masa aku umur 16 tahun masalah kulit aku bertambah teruk dan mula merebak ke tempat-tempat lain. Oh ya, aku ni sekolah duduk asrama dari form 1 sampai form 5 then sambung pelajaran ke peringkat tinggi.

Dalam 10 tahun la waktu aku belajar dan duduk berjauhan dengan family aku. Jarang-jarang la ada kat rumah.

Disebabkan aku lelaki dan tak nak menyusahkan family, so aku hadap la penyakit kulit aku ni seorang diri (sedih tau T.T). Jalan kaki naik bas sendiri pergi farmasi, klinik, hospital apa semua.

Bermacam-macam ubat sapu ubat gatal aku dah try. Sampai lah aku jumpa ubat yang sesuai dimana aku boleh control la kegatalan kat kulit aku ni.

Time tu aku tak tahu lagi pasal eczema ni, disebabkan kegatalan kulit aku ni on off on off. Kadang-kadang berbulan dah okay tapi dia tetap akan datang balik.

So terpaksa la aku bawa bekalan ubat sapu aku ni ke mana-mana aku pergi. Bila ada gatal naik kat kulit cepat-cepatlah aku sapu ubat tu supaya tak melarat.

Lepas aku kerja ada duit lebih sikit ketika aku berumur 25 tahun, tergerak hati aku nak pergi klinik pakar kulit Dr.Ko.

Sebenarnya time ni aku dah boleh control la kegatalan kulit aku dan tak teruk pon, saja nak tanya doctor tu sambil-sambil nak tanya macam mana nak hilangkan parut-parut kat kaki aku ni.

Bila doctor check baru lah aku tahu rupa-rupanya aku ada ECZEMA. Serius weh aku tak pernah terfikir pon. Pernah dengar eczema berlaku kat bayi je. Bagaikan tersentak, maka mula lah aku mencari info-info berkaitan eczema.

Baru la aku faham sebab dan asbab eczema ni. Bertahun-tahun lamanya aku fikir apa la penyakit kulit aku ni kudis kurap kayap ketayap semua bukan.

Lepas dah tahu pasal eczema ni, aku rasa macam terkilan sikit la, aku fikir kalau lah aku tahu dari awal kan senang boleh la tahu punca dan cara atasi eczema ni. Ni sekarang baru tahu macam dah terlambat bagi aku.

Walaupon dah kurang eczema nya tapi parut-parut tinggalan eczema dah terlalu banyak kat badan aku. Nak buat rawatan hilangkan parut tu doctor sarankan buat injection stem cell and laser treatment. Disebabkan kos yang agak mahal cecah ribu-riban aku tak buat pon.

Mengikut info yang aku faham. Eczema ni banyak jenis ye. Depends kat individu ada yang teruk, ada yang minor je.

Eczema ni disebabkan kecacatan pada “skin barrier” menyebabkan kulit kita sensitif dan mudah mendapat jangkitan. Punca sebenar eczema ni memang tidak diketahui so memang takde penawar.

Kalau dah baik pon one day mungkin akan datang semula eczema tu. Selalu yang menyebabkan eczema ialah alahan pada makanan dan hama/ habuk. So memang betul-betul kena jaga la ya.

Nak cakap genetik tak juga sebab mak ayah aku okay je. Tapi katanya kalau mak ayah ada eczema, kebarangkalian untuk anak menghidap eczema sangat tinggi.

Untuk rawatan pula aku ada terbaca, setiap individu mempunyai tahap eczema yang berbeza so kena try ubat-ubat yang berbeza sampai lah korang jumpa ubat yang serasi yang betul-betul baik untuk eczema tu.

Ni yang aku buat la, dah try bermacam-macam ubat kot and now aku guna ubat sapu beli dari farmasi je. Kalau nak senang pergi jumpa pakar terus setel masalah tapi kos agak mahal la.

Kalau nak tahu eczema aku ni banyak kat bahagian peha dan kaki. Tangan dan badan ada sikit tak banyak. Bahagian muka takde. Alhamdulillah.

Eczema aku dah boleh control, tapi Parut-parut eczema ni la yang buat aku stress. Dah macam peta dunia weh banyak. Sedih giler!! Walaupon aku lelaki, mesti korang rasa benda ni remeh je. Tapi bagi aku benda ni agak memalukan la.

Tak macam lelaki lain ye, aku tak pernah pakai seluar pendek sepanjang hidup aku, sebab malu dan tak nak orang tahu. Pakai kat rumah je tu pon dalam bilik je. Kalau bersukan pon kadang-kadang aku sorang je pakai seluar panjang member lain biasa pakai seluar pendek.

Konon-konon aku jaga aurat la. Huhu (sedih). Kalau ada member yang ajak bercuti ke, mandi pantai ke, mandi air terjun ke. Aku akan tolak pelawaan diaorang awal-awal. Dengan alasan aku tak minat aktiviti yang ada air. Padahal aku teringin gila nak pergi weh.

Tapi disebabkan tak nak orang tahu pasal parut-parut kat kaki aku ni. Terpaksa la aku pendam keinginan aku tu. Ni la antara kesan eczema dalam hidup aku, “self-esteem” aku memang tersangat-sangat lah rendah.

Banyak lagi la aktiviti dan social life aku yang terbantut disebabkan eczema ni. tapi Alhamdulillah la, sepanjang aku duduk asrama dan kolej, Allah jaga aib aku.

Tak de siapa-siapa pon tahu pasal eczema dan parut-parut kat kaki aku ni. Even family aku pon tak tahu keadaan kesihatan aku. Yes aku harung semua benda ni sorang-sorang je. Kalau sedih ke kemurungan ke, sendiri pujuk diri sendiri la (sadis). Hehe.

Pasal jodoh pulak? Tipu la kan kalau cakap aku takde keinginan berumahtangga macam orang lain.

Aku pernah je couple selama setahun masa umur 24 tahun, saling mengasihi dan mencintai, dah kenal hati budi masing-masing. Dia seorang gadis yang sangat baik, jaga agama, family baik, pandai, berdisiplin, pembersih.

Tapi tu la… eczema jadi penghalang, aku rasa aku tak layak untuk dia, aku takut dia tak boleh terima kekurangan aku. Macam-macam kemungkinan yang aku fikirkan time tu.

Maka aku mintak putus dengan alasan aku belum bersedia dengan komitmen relationship tu. Sakit dan perit weh melepaskan orang yang kita sayang.

Hmm, Kalau lah aku dilahirkan normal macam orang lain (sedih). Disebabkan umur aku pon makin lanjut and still single, ada je perempuan yang nak try luah perasaan kat aku (respect weh, perempuan zaman sekarang jangan malu-malu nak buat first move okey.

Lelaki sekarang ramai yang lampi, haha) tapi kes aku ni sebab kekurangan diri aku, so aku macam tak berani nak terima orang hadir dalam hidup aku. takut orang tak boleh terima kekurangan aku.

Fast forward, Tahun lepas 2019 aku berani kan diri try la nak cari jodoh. Ada la kenal seseorang melalui fb, kenal dalam sebulan dan keluar dating 2 kali.

Selama perkenalan tu aku acapkali cakap yang aku ni tak sempurna dan banyak kekurangan, dia cakap dia tak kisah pon sebab diri dia pon tak sempurna.

Then, masa dating kali ke-2 tu aku nekad dan tak nak buang masa dalam kisah percintaan yang sia-sia, so aku terus terang bagitau dia dan siap tunjuk sekali kesan parut kat kaki aku ni haha. Reaksi dia?

Dia tenang je, then dia cakap “its okay la saya okay je. Bende kecik je ni no hal la”. Aku happy gila dengan reaksi dia. At last ada gak orang boleh terima kekurangan aku.

Tetapi ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Keesok-esokkan harinya. Dia mula berubah dan tak macam biasa. Bila ditanya, ada la alasan yang diberikan.

Aku jenis malas nak terhegeh-hegeh sangat, dan lama-lama dia terus diam dan menghilangkan diri. Dan sememangnya aku tahu dia tak boleh nak terima kekurangan aku. And again eczema menjadi penghalang kisah cinta aku.

Sedih tu tak payah cakap la, tapi agak terkilan la sebab dia lah orang pertama yang aku bagi tahu pasal eczema aku. Kemurungan sekejap kot time tu tak leh nak move on.

Lepas ni aku dah rasa macam fobia nak bagitau orang, takut kalau orang tu jenis yang judgemental, orang yang tak dapat terima kekurangan aku. so, better keep it to myself.

Bila dah berlaku semua benda ni, aku dah macam give up dengan hidup aku. stress, sedih, kemurungan semua aku dah lalui. sekarang aku redha je dengan takdir hidup aku ni.

Walaupon aku redha, sometimes bila bersendirian jauh disudut hati tu aku macam salahkan takdir. Aku tak boleh terima diri aku. Kenapa aku dilahirkan macam ni? Adakah aku ditakdirkan untuk hidup bersendirian?

Ada ke orang sanggup terima aku dan kekurangan aku? Mampukah aku mengecapi kebahagian seperti orang lain? Kalau bersendirian macam mana hari tuaku? Kalau sakit siapa akan jaga aku nanti?

Macam-macam la negative thinking yang aku fikirkan. Orang sekeliling pulak asyik tanya bila nak kahwin. Bertambah stress weh.

Disaat kawan-kawan aku semua dah bahagia bersama pasangan dan anak masing-masing, aku masih terkapai-kapai dalam hidup mencari erti sebuah kebahagian.

Ni la antara sebab aku jarang on media sosial, bukan kerana aku jeles tengok kebahagian orang lain.

Tapi aku tak nak terus bandingkan hidup aku dengan orang lain dan benda-benda yang membuatkan aku terasa loser dan malang bila terkenangkan nasib aku. Kalau boleh aku nak jauhkan negative thinking tu.

Yes, eczema is killing me!! Not physically. But mentally and emotionally. Siapa yang pernah hadapi je tahu perasaan ni. So kalau korang yang ada masalah yang sama. Share la masalah korang dengan sesiapa pon. Jangan harungi masalah ni dan pendam seorang diri.

Jangan jadi macam aku. Jangan sampai dah melarat baru nak menyesal. Mungkin sebab aku lelaki so aku pendam sendiri je la, malas nak cerita dekat orang lain.

Baru-baru ni time PKP aku terkena serangan kutu kucing, memang gatal la. Disebabkan kulit aku sensitif, keradangan kulit tu memang susah nak sembuh. Berbulan-bulan gak weh, ni pon baru nak sembuh. Kulit aku ni pulak kalau ada luka memang mudah tinggalkan parut-parut.

Maka bertambah lagi la pulau-pulau kecil dipeta dunia kat badan aku ni. Kadang-kadang aku fikir kan best dapat kulit hitam macam negro tu, kalau ada parut pon tak nampak kan. Hitam itu menawan. Tiberr. hehe

Apa yang belaku ni aku redha je, aku percaya ada hikmah di sebalik ujian ni. Mungkin benda ni buatkan aku lebih dekat dengan tuhan, buatkan aku tidak lalai dengan kehidupan.

Sekarang aku dah tak nak stress dan bersedih, akan aku teruskan kehidupan selagi mampu disamping family tersayang. Hanya doa yang aku titipkan setiap hari agar diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberikan.

Walaupon ditakdirkan hidup keseorangan aku redha dengan segala ketentuanNya dan takkan putus harap menanti sinar kebahagian untuk hadir dalam hidup aku satu hari nanti. Pray for me guys!!

Kalau siapa ada tips penjagaan eczema or tempat-tempat rawatan kulit yang bagus boleh la share. Area Selangor shah alam/ subang/ klang atau yang berdekatan. Kalau nak share tips hilangkan parut pon boleh juga.

Sekian terima kasih. Panjang pula coretan kisah aku ni. Hehe…

– ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit