Assalamualaikum. Saje nak berkongsi rasa. Aku bekerja di sebuah negeri yang ramai ulamak. Kerja aku ok cuma masalahnya, aku bekerja dengan gaji di bawah paras minimum meskipun aku graduan lepasan ijazah.
Jujur aku cakap, gaji pekerja di KFC dan McD jauh lebih besar daripada gajiku. Aku tak kisah dengan tekanan di tempat kerja. Lambakan kerja itu biasa. Kerja lebih masa itu juga sudah menjadi lumrahku. Kena datang kerja pada hujung minggu tanpa gaji itu juga biasa.
Aku tidak kisah untuk korbankan masa aku demi kerja. Tetapi mengenangkan gaji yang sangat rendah, lama-kelamaan aku jadi tertekan kerana desakan ekonomi.
Untuk tempoh 1-5 tahun aku tak kisah. Tapi selepas 5 tahun, gaji aku masih begini (belum stabil dan tidak tetap serta gaji masih belum cecah 2k), aku jadi tawar hati.
Bukannya aku tak mahu berhijrah ke negeri lain, tapi tolonglah faham bahawa aku masih diperlukan oleh keluarga untuk uruskan orang tuaku yang kurang sihat. Jadi aku memang tak boleh tinggalkan ibuku.
Aku teringin nak lari cari kerja lain, tapi realitinya, kerja zaman sekarang sangat susah. Gaji yang rendah terpaksa aku terima tanpa banyak komplen sebab inilah realiti di pantai timur. Aku teringin nak buat part time kerja lain, dan mungkin juga berbisnes online. Tapi jujur aku tiada masa.
Kerja sekarang ni malam-malam pun boss kacau aku mintak buat ad hoc task. Hujung minggu pun call kena selalu alert. Aku ni memang takde masa nak buat kerja lain. Tambahan pula aku orang penting syarikat.
Kebetulan pula aku ni serba boleh. Lukis pelan boleh, urus media sosial boleh, jadi akauntan boleh, jadi HR boleh, buat design boleh, kadang-kadang aku menyesal tunjuk aku pandai. Akibatnya, aku memang betul-betul dipergunakan oleh boss demi kepentingan syarikat.
Aku dah cuba nak berhenti supaya aku boleh job hunting, tapi boss memang tak nak lepaskan aku. Aku cuba demand gaji tapi alasan boss, syarikat pun tak kukuh mana. Kawan-kawan lain pernah je cabut lari, tapi sudahnya kawan tu tak jumpa pun kerja lain sebab kerja semua susah.
Ikutkan keje sini okay je. Boss pun ok je sebenarnya, tak la menyakitkan hati. Kawan-kawan pun ok. Aku happy je keje sini. Aku tahu keje happy pun rezeki juga. Tapi sejak akhir-akhir ini, aku jadi tak happy apabila mengenangkan gaji.
Aku takde komitmen pun. Aku tiada hutang PTPTN, tiada hutang kereta atau rumah. Syukur aku memang zero hutang. Tapi aku memang langsung tiada simpanan dan aset.
Duit gaji aku tu la aku guna untuk tampung keluarga aku, bagi makan keluarga aku. Jadinya, hujung bulan confirm licin.
Aku tak tunjuk aku punya susah hati. Sejak akhir-akhir ini, mak banyak minta duit untuk bayar keperluannya dan adik-adik. Aku pula, apabila tengok akaun bank mesti akan tinggal sen sen je hujung bulan. Aku menangis senyap-senyap. Aku rasa tak happy. Aku terpaksa berlapar di tempat kerja.
Kalau kawan-kawan ajak makan, aku selalu cakap aku dah makan. Tapi sebenarnya aku tipu. Aku langsung tak makan apa-apa pun hari tu. Aku mampu jamah biskut je. Kadang-kadang dapat gula-gula sebiji pun aku dah happy, at least i consume some sugar for that day.
Disebabkan tak cukup makan, berat badan aku susut. Kawan-kawan tegur, eh aku dah kurus yadayada. Aku cakap aku diet. Padahal aku takde duit nak makan. Aku tak pernah cerita kat kawan-kawan perihal ni.
Balik rumah aku expect ada la lauk untuk dimasak. Tapi mak cakap lauk dah lama takde kat rumah. Mak cakap minum air je. Kalau ada rezeki lebih, aku dapat la masak nasi putih berlauk telur. Itu pun dah cukup mewah dah untuk kami sekeluarga.
Aku syukur je. At least aku ada rumah untuk berteduh (rumah ayah). Aku ada kerja untuk cari rezeki. Cuma tulah, gaji aku rendah sangat. Gaji aku sangat tidak bermaruah untuk lepasan degree. Untuk lepasan SPM pun masih tidak bermaruah sebenarnya.
Gaji aku sangat tidak bermaruah untuk segala sumbangan aku kepada syarikat. Mesti ada yang terfikir, kenapa tak report kepada pejabat buruh? Jujurnya aku pernah dah report masa aku kerja kat company lama dulu. Aku report dulu sebab gaji aku tidak dibayar.
Tapi jawapan pejabat buruh sangat menghampakan. Dia kata, kalau takde offer letter dan takde hitam putih, diorang takleh buat apa. Samalah macam company aku sekarang. Aku kerja sini takde offer letter, takde black and white. Jadi aku memang takleh nak mengadu ke pejabat buruh.
Oh ye, btw gaji rendah macam aku ni sangat common di pantai timur. Even yang kerja dengan gov sector atau badan berkanun negeri pun masih ada yang dibayar gaji tidak bermaruah (terutamanya staf tidak tetap atau taraf PSH).
Aku taktaula nak ngadu kat sape. Aku pernah mengadu kat menteri besar tapi menteri besar bukan nak ambil port sebab dia fikir senang dia je. Aku pernah email kat mb tapi mb tak balas hmm. Tapi yelah aku sedar diri. Aku bukan siapa-siapa.
Kawan-kawan, tolong doakan aku dapat kerja kerajaan. Btw dah lebih 10 tahun aku mohon kerja kerajaan tapi tak pernah sangkut. Nak dapat exam online pun punyalah susah padahal result aku bagus je, aku penerima biasiswa tau zaman belajar.
Adik aku yang ada PMR je pula banyak dapat exam untuk masuk sektor kerajaan. Aku yang degree ni nak dapat 1 exam punyalah susah. Mungkin zaman sekarang, belajar tinggi-tinggi dah tak relevan untuk kerja kerajaan sebab peluang banyak utk taraf pmr dan spm je.
Apabila tengok baki dalam akaun bank, sedar-sedar air mata aku mengalir. Aku sentiasa cuba jaga solat awal waktu. Orang kata, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, insya-Allah rezeki tu akan terbuka luas.
Aku selalu minta ibu doakan aku. Tapi itulah, mungkin rezeki aku masih tersekat di langit. Aku sangka baik dengan Allah. Mungkin it’s not yet. My time to shine is about to come, but not today. Hehe.
Kalau aku sedih sebab duit, aku stress dan menangis. Kadang-kadang sampai tertidur dalam air mata. Esok pagi aku kuatkan semangat balik. Kalau aku berhenti kerja, bukan mudah nak dapat kerja lain. Keluarga aku ni dah la susah.
Aku ni belajar tinggi-tinggi ingatkan boleh la bantu keluarga keluar daripada kemiskinan. Tapi aku nampak aku macam ulang cycle yang sama je. Ijazah aku tu macam useless.
Jadi, aku faham je kenapa adik-adik sekarang ramai tak nak sambung belajar. Sambung belajar pun tak menjamin apa-apa kerja.
At the end nanti belajar pandai-pandai pun last-last jadi macam aku, kerja dengan gaji tak bermaruah. Hutang kena bayar tapi gaji lagi rendah daripada bangla. Mujurlah aku ni takde hutang PTPTN sebab dapat biasiswa dulu.
Terima kasih sudi baca.
– Ohayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dik, semoga urusanmu dipermudahkan. Tak tahu nak bagi cdgn apa sebenarnya. Banyak2lah istighfar dan baca doa ni sebelum bg salam
اللهم اكفنا بحلالك عن حرامك، وأغننا بفضلك عمن سواك
Cuba dan terus Cuba Mohon kerja lain yg peluang gajinya lebih baik. Mohon tak dapat takpa. Kalau tak Mohon, memang tak akan dapat.
Jangan putus asa dgn rahmat Allah!
Saya faham apa yg sis rasa..as a multi-task worker tapi pihak atasan tak pandang penat lelah yang telah kita korbankan, sangatlah stress sampai rasa nak resign tp takde choice sebab susah dapat kerja lain. So utk masalah sis ni, cuba tgk profit company setiap tahun macam mana..kalau ada peningkatan, demand la kat boss, cakap if boss tak naikkan gaji, you nak resign. Kalau taknak cara tu, buat la report kat tenaga buruh, if takde offer letter, you buat la sbb you multi task kan, mesti boleh buat semua tu then cakap dekat boss, sign surat utk you proceed ke labour dept. atau naikkan gaji..surat tu buat backdated selama mana you dh kerja..you kalau ada adik-beradik yg stay dgn mak ayah yg boleh jaga mereka, maybe you boleh pindah kl cari kerja lain, mana tau ada rezeki..apa²pun solat istikharah mintak petunjuk..x tau la cadangan i tu boleh pakai ke tak..semoga dimudahkan urusan dan rezeki you..stay strong!
Pegang benda ni. You want a change? Start taking a step. Tak nak duduk takuk lama? Keluar dari conform zon tu.. Takut itu takut ini..yadayada 😶 yes it’s normal. Usaha dulu then kau langgar jer. You have the skills. You can sell those skills. Kau bdk bijak kot dapat biasiswa kn dulu?? Usaha then tawakal..doa sungguh2.
Dgn bos tu.. pernah confront dgn dia nak increment? nak offer letter. Cuba dulu. But make sure kau study la dulu. Know your fact and right. Nanti dia goreng kau yg terbangak2 malu. I used to be in this spot too. Majikan melayu kan.. Selagi boleh pusing dia pusing. But I confront deligently la.. so the so called entitled ‘bos’ ni tak boleh nak belittle kita. Ingt kita kuli tapi bod*h ke?