Assalamualaikum Wr. Wb. Salam sejahtera untuk semua pembaca. Hi. Terima kasih admin kalau paparkan confession yang sebenarnya cuma satu kisah yang saya nak kongsi.
Saya dah lama sakit dan ada gangguan. Cuma sekarang ni controllable sebab dah berubat dan Alhamdulillah orang yang ubatkan saya ada ajar macam mana nak kawal diri sendiri waktu dapat rasa yang benda tu akan mengganggu.
Ok saya kenalkan diri. Nama saya Ain. Memang bukan nama sebenar dan saya bekas pelajar IIUM yang pernah tinggal di Mahallah Safiyyah. Saja saya letak nama mahallah jadi waktu bercerita ni boleh la bayangkan keadaan mahallah tu.
Kalau nak advise untuk jangan takut tu tak lah. Tapi jangan risau sebab waktu diganggu di mahallah ni, mungkin bukan jin yang ada di situ tapi memang yang sering kacau saya.
Dah lama saya tak diganggu. Bertahun juga sampai lah satu hari saya ceritakan keadaan saya pada roommate. Maklum ya compartment kat mahallah macam mana. Tinggi dinding compartment yang pisahkan bilik-bilik ni tapi masih boleh nampak bilik rommates yang lain.
Waktu ni memang Mahallah Safiyyah masih katil tingkat atas dan tingkat bawah meja belajar. Ingat tak?? Waktu saya final semester baru Mahallah Safiyyah masukkn furnitures baru yang katil biasa di bawah.
Ok back to story. Selepas saya ceritakan kat kawan saya tentang keadaan saya, saya terima gangguan standard yang mana, saya tak pernah alami sepanjang saya sakit.
Salah seorang roommate saya study Law. Saya gelarkan Aina. Lagi seorang suka tidur awal seawal 9pm dan saya gelarkan dia Siti. Lagi seorang selalu ada dalam bilik dan lebih kurang macam saya. Suka layan movie, tidur lambar sikit. Macam tu lah.
Suatu malam ni, saya terdengar bunyi pintu bilik dibukak dan tutup kembali. Aina ni selalu balik malam sebab busy discussion assignment semua. Jadi saya ingatkan dia lah. Lepas tu saya terdengar kerusi ditarik. Betul-betul jelas. Saya suka masuk dalam compartment dia kacau-kacau. Jadi saya dengan penuh gembiranya jeluar dari compartment saya. Tapi…. bilik Aina gelap.
Saya terfikir. Eh. Baru balik dah tidur?
Jadi saya jenguk dan tengok katil dia kat atas tapi tak ada orang. Jadi saya terfikir mungkin bunyi tadi adalah Siti yang baru balik dari tandas. Bila saya tengok compartment Siti. Pun gelap. Tengok atas katil, dia dah tidur. Waktu tu dah pukul 9 lebih. Tak ada tanda-tanda dia baru masuk bilik atau tarik kerusi.
Saya masuk bilik roommate saya yang macam saya ni, gelarkan dia Nur. Saya tanya Nur.
‘Tadi Aina dah balik ke?’
Nur cakap.. ‘Tak kot.’
‘Siti tidur pukul berapa?’
‘Pukul 9pm tadi lah kot. Awal dah tidur tadi.’
Jadi saya macam blur sebab bunyi pintu dibukak dan kerusi ditarik tu memang jelas. Saya decide untuk tidur. Bila dah panjat katil, saya jenguk lagi compartment Aina dan Siti. Memang Aina tak ada. Dan Siti dah tidur.
Ada sekali saya seorang diri kat bilik. Saya dengar bunyi yang sama. Saya tengok bilik Aina gelap tapi Aina jenis kadang-kadang dah malam ada pun dia tak bukak lampu. Saya sungguh-sungguh lari masuk compartment dia tapi…. kosong.
Tak lama macam tu, saya dirasuk. Sekali tu je lah kat IIUM. Lepas tu saya tak dengar apa-apa lagi dan tak diganggu lagi. Kena rasuk tu macam dah lali. Tapi waktu dirasuk tu memang sangat memnatkan sampai kalau tengok cerita hantu dan ada orang dirasuk, saya kesian tengok sebab saya tahu penatnya melawan benda yang kawal badan kita ni macam mana.
Tu lah kisah saya di Mahallah Safiyyah. Solat jangan tinggal, banyakkan zikir dan lazimi Quran ye. Sama-sama kita ingatkan diri masing-masing termasuk diri sendiri.
Salam Sayang,
Bekas Penduduk Mahallah Safiyyah
– Ain
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit