Everytime I saw Quran, I will always remember my bestfriend once I was in highschool. You know who you are.
I was an average student back in SAKTI. Nakal dalam diam, teringat lagi masa buli budak dalam dorm tetiba sir Azmin naik asrama sampai depan pintu. Tapi Allah maha baik, tak kena tangkap, kalau kena mesti dah kena buang sekolah. To that junior of mine, I am truly sorry.
Lepastu aku suka jugak buat kepala sendiri, ada sekali lepas balik program dari sekolah lain, supposedly kitorg kena balik terus sekolah by 5. Tapi aku pergi hijack bas sekolah dengan pakcik bas sekali pergi Marrybrown.
Sekali kantoi dengan teacher. Apa lagi, mengamuk la dia. Hahahahhaha. Setiap petang kena diri depan dewan makan kena marah sambil ditonton student lain. Wakakaka.
But, ironically, He sent me someone whom personality totally opposite from mine. Softspoken, kindhearted, semua orang suka dia, rajin mengaji.
So, datang lah Ramadhan , selalu nampak dia mengaji, habiskan satu juz sehari sebab nak khatam. So diri yang nakal ni pun, mestilah ada rasa sesuatu dalam hati. Selalu rasa, bestnya sebab dia baik, banyak boleh buat baik. Tak macam aku yang nakal. Best nya dia sopan macam perempuan Melayu terakhir, aku ni jalan pun macam gangster. Huhu.
Tapi sebab selalu duduk dengan dia, selalu nampak dia mengaji, tak boleh jadi kan. Aku pun nak dapat pahala. So aku pergi lah kejar dia mengaji Aku rasa mengaji laju gila macam train Shinkansen dekat Jepun tu.
Tapi aku harap Allah terimalah amal aku yang tah pape tu dulu, sebab aku pun tak nak ketinggalan Atas dorongan syaitan yang dah terikat tu, aku rasa membantu lah untuk aku mengaji jugak.
The point yang aku nak sampaikan is satu, kawan aku tu despite aku nakal gila, dia tak pernah langsung condemned aku. Baik kann, tapi dia selalu lah tunjuk qudwah yang baik sampai kita sendiri rasa malu. Sejahat jahat mana pun kita, dalam hati mesti ada rasa nak kan kebaikan. Duduk la sometime dengan orang orang baik, sampai kita sendiri rasa malu.
Second, aku yakin dalam hati semua orang pasti ada sekelumit kebaikan tak kisah dia jahat nak mati. Tapi realiti paling menyediahkan adalah banyakknya manusia menghukum daripada mengajak dengan kasih sayang sampaikan orang yang jahat tapi nak berubah ni dia rasa tak ada harapan.
Nak tahu tak sebenarnya menyeru orang kepada kebaikan dengan qudwah kita adalah tujuan hidup kita yang ironically manusia dah lupa.
Ni yang pertama ;
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Az zariyat : 56)
Cuba tengok ayat ni, kita tak diciptakan melainkan untuk beribadah pada Allah. Masakan manusia yang mengabdikan diri pada Allah berperilaku dan berakhlak buruk?
Dan ni pulak yang kedua;
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. ” (Baqarah : 30)
Dan yang kedua adalah kita diciptakan ke dunia untuk menjadi khalifah. Berharap satu dunia mempertuhankan Allah sahaja.
Dan kawan aku tu, adalah satu contoh cara nak berbuat abid dan khalifah dengan jujur. Hubungannya dengan Allah dan qudwahnya yang baik mampu melembutkan hati aku yang keras.
Semoga aku dapat menjadi abid dan khalifah yang lebih hebat seperti mana Rasulullah dan para sahabat ajar. Satu hari nanti di akhirat, aku nak cakap dekat Allah yang kawan baik aku ni memang dia ikhlas menjadi abid dan khalifah.
Dan point yang kedua ak nak sampaikan is kadang kadang kita tak tahu, ‘action’ kita mungkin sedang diperhatikan oleh orang sekeliling kita. Especially bagi budak budak kecil, mereka suka ‘observe’ and buat apa yang kita buat. Jika kita ‘potray’ benda yang bagus dan tunjuk qudwah yang bagus, inshaAllah orang sekeliling kita pun akan dapat manfaat yang sama.
– Lan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit