gara-gara kawan baik – 1:46 AM

gara-gara kawan baik – https://iiumc.com/forumv2/

Sis dah bertunang bulan lepas dan bakal melangsungkan perkahwinan bulan 3 ni. sbb tunang sis tak nak bertunang lama2. lagi pun semua dah mampu. Sis bertunang mmg secara rahsia. Hanya beberapa org kenalan je yg tahu. Kenalan rapat yg sama kelas dgn sis.

Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan dan menghebahkan pernikahan. Jd, sis pegang prinsip tu. Cuma, nak dijadikan cerita. Kenalan rapat sis ni yg lebih2. Dia ambil gambar sis bertunang (sbb dia ada dgn sis waktu tunang sis), kemudian upload dlm fb dan insta. Hashtag mcm2. Setiap kali fb siakap keli ke oh media ke oh bulan ke hcl ada post gambar pelamin diy, dia akan share then tag sis. Siap caption, walaupun kau baru bertunang, ni sebagai persediaan utk kahwin. Kdg2 dia share dekat sis fb yg ada org jual baju2 pengantin tu, sambil letak caption, kau time tunang pakai baju kurung biasa. Bila nak kawin melabur la sikit. Bg lawa. Ni ada contoh baju pengantin. Nanti kau suruh tunang kau belanja lebih sikit beli lain. Boleh kwn2 kelas yg rapat dtg pakai buat mcm bridesmaid. Entah lah knp dia berubah sampai mcm tu sekali sbb sebelum ni dia jarang post di fb dan tag nama sis.

Tindakan dia tu menyebabkan kwn2 kelas sis semua tahu, semua marah sis, ada yg sindir. Tunang pun nak senyap2. Bg tahu je lah. Ada pula yg tambah, sis tak buat majlis tunang. Sbb tu malu nak upload. Sis diam je. Malas nak gaduh. Yg paling sis terkejut, bila dia friend fb dgn tunang sis. Sbb sblm tu dia mmg tak kenal langsung siapa tunang sis. Dia tak pernah kenal. Hanya kenal sewaktu tunang sis dtg rumah je. Tunang sis ni pun approve friend request dia lepas kami bertunang sbb dia fikir kami kwn baik.

Setiap kali apa2 update, dia akan tag nama sis, nama tunang sis. Kalau ada yg post pasal lata setiu tu, dia share tag nama sis dgn tunang. Caption nanti korg honeymoon dkt sini. Tak mahal, murah je. Seolah2 dia mengatur hidup sis. Bila sis tegur cara lembut, dia tak dengar. Dia post dekat fb ckp, sis sejak dah bertunang ni dah lain. Dah tak mcm dulu. Dah tak mesra mcm dulu.Tiba2 tag tunang sis dkt status dia.

Tunang sis tegur sis. Knp jd mcm tu. Sis cerita benda yg sebenar. Alhamdulillah dia faham. Tapi kefahaman antara kami tak kekal lama. Setiap kali apa2 je update dlm fb, kwn sis mesti tag tunang sis. Cerita pasal baby kena buang tingkat 18 lah, amran fans post status yg dia jual pomenade ape tah dia tag tunang sis, gambar quotes yg sweet dia tag tunang sis. Gambar hamdan karipuley yg takde kaitan dgn kami pun dia screenshot and tag tunang sis. Dia tak tag sis. Dia tag tunang sis. Sampai kwn2 sis semua confuse. Siapa yg bertunang. Dia atau sis. Sbb gara2 fb dan insta.

Sekarang hubungan sis dgn tunang sis dah tak mcm dulu. Ada je pertengkaran walaupun benda tu kecil. Apa sis nak buat? Lagi seminggu je lagi sis nak berkahwin. Ini ujian sis semasa bbertunang dan sis kene redha . Tapi, mcm mana sis nak selesaikan masalah ni? Tolong sis.

– sis kecewa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *