Gaya Pelajar Per3mpuan Menganggu Rakan

Bila baca atau dengar pasal buli, selalunya orang kaitkan dengan pelajar lelaki. Walhal, pelajar perempuan kalau bergaduh boleh tahan tahap ganasnya.

Musim cuti sekolah gini eloklah pasang telinga dengar betul-betul cara percakapan anak perempuan anda.

Tak dinafikan, ramai perempuan sekarang tanpa segan silu menyebut perkataan b***, s**l dan p******k. Lancar sahaja mulutnya mencarut private part diri sendiri mahupun lain jantina.

Gara-gara mulut yang tak bertapis inilah menjadi punca gaduh. Maki hamun orang sesuka hati. Yang terasa hati dan tidak puas hati, mulalah akan cari jalan nak bergaduh.

Bila nak diambil tindakan, akan ada yang backup, tak payahlah report ke polis ke apa. Chill lah, perempuan kot. Atas alasan perempuan, semua pejam mata dan tutup kes kononnya tak baik sebarkan aib.

Kalaulah pelajar lelaki yang berperangai demikian, satu kampung berkompang menuduh kutu jalanan dan budak-budak jahat, nakal, tiada masa depan dan sebagainya.

Belum ada bukti yang kukuh sudah diheretnya ke balai polis. Kononnya budak camtu tak patut diberi muka.

Dalam asrama perempuan, kalau bergaduh, MasyaAllah. Mengucap panjang tengok cara bergaduh tu. Paling teruk bergaduh melibatkan rambut.

Adegan tarik menarik rambut itu sudah biasa katanya. Kemuncak pergaduhan, bergaduh sampai gunting rambut. Habis bertobek kepala masing-masing.

Tak cukup potong rambut, gunting pula baju-baju sekolah kawan-kawan tak sebulu dengannya. Selagi di tangan memegang gunting, cadar dan telekung pun boleh jadi mangsa.

Seperti pelajar lelaki bergaduh yang ala-ala kumpulan gangster, begitu jugalah pelajar perempuan. Form group dan ada leader yang kena hormat dan respect.

Kumpulan gangster pelajar perempuan bukan setakat guna kekerasan fizikal, kekerasan mental juga dibuat main. Pelajar lelaki nak tunjuk handal guna fizikal, pelajar perempuan lancar perang mulut.

Bila disiasat punca pergaduhan, memang memalukan. Antara alasan bergaduh kerana geng yang lain sukakan crush dia. Dia sorang je boleh crush kat orang itu. Orang lain tak boleh. Ada yang sampai ke besar terbawa perangai sebegini.

Kalaulah ada anak perempuan tuan/puan yang suka bergaduh dengan adik beradik yang lain dan kaki rebel memberontak, tolonglah Azan di telinga dan lakukan sesuatu. Pantau kelakuannya.

Jangan biasakan dia menjadi “heroin”. Jangan dibanggakan sangat dengan istilah “kak long kawasan”. Kononnya anak perempuan kita kuat.

Dekat rumah bolehlah dia jadi “kak long kawasan” kepada adik- beradik tapi tidak di asrama. Sepuluh orang anak sulung nak tunjuk kuasa, agak-agak apa yang akan terjadi?.

Bila baca kes gaduh sesama perempuan, boleh dikatakan puncanya perasan diri itu kak long kawasan. Kawasan itu dia punya. Dia yang berhak buat law ikut kepala otak sendiri.

Dia kak long kawasan. Semua orang kena respect. Nak orang respect dia tapi guna kekerasan. Siapalah yang nak follow?. Yang tak follow inilah yang akan menjadi mangsa. Kawan-kawan bukan adik-beradik yang boleh dipaksa ikut cakap.

Belum lagi perasan kak long kawasan dengan adik-adik junior. Macam mana dia layan adik-beradik kat rumah, macam tu la dibawanya perangai kak long kawasan melayan juniors.

Sesuka hati mengarah juniors buatkan segala benda untuk dia. Dekat rumah, dia kena buat semua benda sebagai seorang kakak.

Datang sekolah, bengang dengan mak ayah yang asyik suruh dia buatkan kerja-kerja rumah dilepaskan perasan tidak puas hati atau rebel dekat juniors. Entitled sebagai senior dan kakak.

Tolonglah mak ayah di luar sana. Sempena cuti sekolah ini, tolonglah dalami dan fahami isi hati anak-anak perempuan anda. Nampak kasar di luaran, tapi fragile lembik di dalam.

Pernah seorang cikgu kaunseling dedahkan, pelajar-pelajar perempuan yang buat hal di sekolah puncanya dari rumah dan ibu bapa.

Ibu bapa pergi kerja tinggalkan adik-beradik yang ramai dibawah jagaan seorang kakak yang berumur 13-15 tahun. Dia ambil tugas sebagai seorang ibu bapa sementara mak ayah keluar.

Jadi apa-apa di rumah, dialah yang bertanggungjawab. Ibu bapa letih balik kerja tak banyak tanya dan terus memarahi si kakak. Kononnya cuai dan tidak boleh diharap. Bandingkan pula zaman mereka seusia si anak kononnya mampu buat lebih dari itu.

Belum lagi yang jadikan anak-anak remaja yang tengah membesar ini sebagai pengasuh adik-adik. Ibu bapa keluar dating berdua atau pergi kenduri tinggalkan anak-anak dibawah jagaan si kakak. Sekejap je tinggalkan mereka. Takkan boleh jadi isu?

Isunya sekarang ini, mereka ini masih lagi separuh kanak-kanak dan separuh remaja. Akal fikiran masih tak matang. Dan disinilah peranan ibu bapa untuk mematangkan mereka.

Bila diselidik kenapa membuli di sekolah rupanya banyak kes berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan ibu bapa sendiri.

Boleh tanya cikgu-cikgu di sekolah betapa hati tisunya gangster kak long kawasan ini. Kena pula cikgu-cikgu berperanan sebagai seorang emak yang bertanya, habis lencun tudung dengan air mata, mereka meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Dekat nak exam, datangnya stress mulalah taring hendak membuli keluar. Anak perempuan tuan/puan tak tahu nak diluahkan kepada siapa masalah yang dipendam.

Umur-umur remaja seperti ini baru belajar nak kontrol emosi dan mental fizikal. Sepatutnya seorang ibu alert dengan perubahan sikap anak perempuan terutamanya bila datang bendera jepun. Tanya dia ada sakit kat memana ke, ada nak luah apa-apa tak kat ibu?.

Yang si ibu tahu, bila datang bulan, itu tandanya anak sudah besar. Mulalah kerah anak-anak perempuan lakukan kerja-kerja rumah.

Bila tak ditolong, membebel satu rumah marahkan anak-anak. Anak tengah sakit senggugut pun tak tahu. Pucat lesi budak itu dikerjakannya.

Bukan tak boleh dikerah, tetapi awal-awal datang period bermacam-macam perubahan badan berlaku.

Emosi tidak stabil semasa period dibawanya ke sekolah. Badan letih, aktiviti di asrama dan sekolah kena buat. Padahal, kalau period pain boleh sahaja bagitahu warden dan cikgu-cikgu. Malu kononnya nanti warden dan cikgu spotcheck.

Belum gila lagi warden dan cikgu nak spotcheck semua itu kalau tak buat hal. Menipu tengah period untuk elak join aktiviti keagamaan, memang kenalah buat spotcheck secara lisan. Memang patut didesak dengan soalan, takkan tiap minggu datang period?.

Kalau dibuat drama tentang haid ini, boleh jadikan satu epiosd khas tentangnya. Bullied in silent orang cakap. Rembat pad juniors yang kononnya “branded dan tengah viral” paling banyak berlaku. Brand pad pun nak dibanggakan.

Zaman sekarang ialah zaman moden. Ada ibu bapa masih amalkan cara hidup tradisional. Bekalkan jamu, daun bidara dan daun sireh untuk kebersihan dan kesihatan anak-anak. Kononnya ibu guna semua itu dari remaja sebab itu ibu cantik.

Tolonglah jangan dikasi anak-anak barangan seperti itu ke asrama. Dapat ke anak yang nak menunjuk, mulalah terjadinya buli-membuli.

Kerana jerawat seketul, dipulaunya kawan-kawan kononnya kawan tersebut tidak menjaga kebersihan dan pengotor.

Ajar anak-anak tuan/puan tentang hormon dan perubahan badan masa cuti sekolah ini. Fokus kepada jerawat kerana itu punca utama untuk diejek di sekolah dan asrama.

Ajar anak-anak tuan/puan tentang cara betul pakai skincare yang sesuai dengan umur mereka.

Tekankan kepada mereka, barangan seperti ini tidak boleh dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Terangkan juga brand yang mahal tidak semestinya sesuai dengan kulit wajah anak-anak.

Akan ada sehari dalam sebulan, mereka akan lakukan aktiviti memakai facial mask dan mencuci muka beramai-ramai di hostel. Dan masa inilah sesi menunjuk-nunjuk skincare yang dipakai.

Yang mana tak mampu beli, mulalah akan meminta sedikit untuk dicuba. Kalau tidak dicalit sedikit di tangan, mulalah sesi ejek dan tuduh sesama lain.

Budak-budak perempuan seusia remaja memang tengah belajar untuk cantik dan melawa. Pantau apa yang ada di dalam beg mereka sebelum mereka pulang ke asrama.

Benda-benda traditional seperti jamu dan dedaun tinggalkan di rumah. Lebih elok diamalkan di rumah sahaja. Saya tidak mahu hurai lebih lanjut mengenai amalan traditional ini. Akan ada perselisihan pendapat mengenai perkara ini.

Ada ibu bapa yang menyokong dan ada yang akan membantah. Cikgu dan warden pun sebegitu.

Hak cikgu dan warden untuk merampas semua ini jika didapati membawa barangan tersebut ke sekolah. Harapnya ibu bapa fahamlah peraturan sekolah yang satu ini.

Akhir sekali, bersyukurlah ibu bapa jika anak-anak perempuan masih mahu dengar cakap dan masih mahu tinggal di dalam rumah. Pantau pergerakan keluar masuk anak-anak gadis. Penting untuk tahu dengan siapa mereka bergaul di luar sana.

Banyak lagi nak dihuraikan. Apapun, sempena cuti sekolah ini luangkan banyak masa dengan anak-anak perempuan anda. Fahami dan selami perasaan dan isi hati mereka sebaiknya.

– Girl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *