Gedikkah aku?
Salam semua.
Thanks admin kalau post.
Korang, nak tanya ni. Aku ni perempuan. Aku rapat ngan perents aku macam kawan. Diorang layan aku macam kawan. Sporting habis. Tapi alhamdulillah agama ada.
Sebab diorang layan aku macam budak, aku manja la ngan diorang. Bukan manja mintak itu ini. Tapi semua benda aku crita kat mak bapak aku. Kadang2 aku siap main kejar2 kot ngan ayah aku. Haha. Pastu kadang2 mak aku slalu confess masalah dia kat aku since aku ni rapat ngan dia. Hehe.
Aku jugak mudah gelak. Happy go lucky katakan. Benda yang orang lain rasa biasa pun, aku mudah gelak. Lama pulak tu. Payah gila nak stop. Kadang2 15 minit lepastu pun aku boleh ketawa balik sebab teringat. And aku tutup mulut bila ketawa, automatik jugak tangan aku mengibas muka bila aku gelak. Huhu. Tapi tu lah, kawan aku kata aku gedik weyy sebab slalu gelak.
Pernah time skolah dulu, ustaz( lagi tua dari bapak aku) tenung aku lama2 sampai aku ketawa tutup mulut sebabb malu. Pastu dia pun senyum. Lawak kot tengok aku. And sebab perangai aku ni lah, aku slalu kena soal bila dalam kelas dulu. Huu. Aku tak boleh la bila orang tengok aku lama2..rasa malu and gugup.
Aku jugak slalu senyum even bila jumpa orang tak kenal (perempuan sahaja ya). Tapi kan pernah la sorang mamat ni tanya aku benda, aku tak kenal pun dia. Aku jawab je la baik2, Aku gugup gila time tu sebab awkward sikit ngan laki. Cakap pun terabur time tu.Aku pun senyum and gelak sopan lah sebab nak tutup gugup aku ni. Tiba2 laki tu nak kat aku weyy mashaAllah apakah.
Ni nak tanya, korang rasa aku gedik tak? Aku manja dari segi perangai je. Tapi matang bila berfikir. Patut ubah ke prangai aku ni? Sedih ah bila kawan cakap aku gedik. Kalau patut, macam mana nak ubah? Help plis.
**btw tak pernah lagi aku ada musuh sebab perangai aku ni. Jangan komen kasae n kutuk aku plis, tak kuat.
– Sis sedeyy