Sekarang dah femes dengan cerita belajar di Poli. Tapi cita-cita aku nak mengajar di Poli. Kalau orang lain mungkin nak mengajar di U yang hebat2 yang ada nama. Bak kata orang putih, dream as high as you can. chewahhh. Satu satunya tempat yang sudi hantar surat tawaran walaupon dapat panggilan kedua. Result spm aku mmg terok. 2A 3B 2C 3D. nombor yg cantik, tapi jgn buat nombor ekor. HARAM. dari upsr lagi aku mmg akan pegang "D". Cucu sulong, result terok. Agak2 kalau balik kampung sape yg jd hot story. opkos, aku. da biasa kena ayat"DAH GEMOK, MAKAN BANYAK", "HITAM, BODOH PLAK TUE" dan sebagainya.
Tapi itu yang buat aku berjaya seperti sekarang. Membesarkan otak untuk jadi matang di Poli, Kuruskan badan sambil2 tue. Result Alhamdulillah, sume lulus tak pernah fail, sangkot satu sem pon. Tapi dengar plak mak sedara aku cakap, "alah, kaklong tue masok poli macam poli tech tue. – Sambil muncungkan bibir" Bagi aku kata2 tue buat aku semangat. Mak selalu cerita kat aku, mak2 sedara pandang rendah kat aku, adik aku. Sampai mak pernah mengadu kat aku, gara2 adik aku terima masok maktab. Mak kata dengan harapan orang akan faham "adik msuk maktab nnt boleh dapat kerja. Mak da seronok tgk dia dapat maktab. Mak dah bagi hampa duit, hampa belajaq laa. mak nak tengok anak2 mak berjaya." Kata mak tue yg aku pegang sampai sekarang. *kesat air mata* Lepas abih Diploma, aku smbg degree. U biasa sahaja bukan top 10 pon. Mak cerita lagi, "Depa kata U hang cikai, xdak KELAS". Aku cakap kat mak, "mak, biarlah orang nak kata. belajaq mana2 sama ja. Jnj belajaq, grad on time" Masa berlalu. Akhirnya aku cucu pertama yang boleh grad bidang engineerng pakai baju konvo, smp mak aku ngn abah aku datang berbaju sedondon! Raya pon diorang xpernah sedondon. Lagi terharu, mak tangkap gambar, pastu cakap" ang cucu pertama yang dapat degree. Mak aku ckup bangga sampai menangis. bagi kt sedara untuk bagi mereka semagat supaya anak2 diorang boleh dapat apa yang aku dapat. untuk yang lemah akademik, mak selalu bagi kata2 semangat kat sepupu2 aku. mak cakap, tengok kak long. dulu kak long fail jugak. Belajaq lagi nnt ampa ley pakai baju konvo."
Masa berlalu. sekarang aku da sambung untuk postgrad di U yang Top 10, da kurus dan segak sikit orang utara kata. hahahaha. Tiada kata2 sumbang lagi mak aku dengar. In sha Allah tahun depan akan konvo. Doakan aku boleh konvo on time, pastu apply jadi lecturer Poli. Tue cita- cita aku dari poli lagi. Seronok mengajar budak2 poli danlecturer poli ajar seketul seketul khs untuk orang lampi cam aku. Dah masok U, sume belajar sendiri. TT. aku percaya, ramai insan2 yang keluar dari poli nanti setaraf dengan mereka yang keluar dari U. Bukan kasta, tapi setaraf. Aku tak riak, tapi nak bagi semangat untuk orang2 spesis aku. Jangan mudah jatuh, tergolek. Bangun walaupon malas nak buat assignmet dan jangan nak membebel.
p/s:Budak matrix, stpm, spm dll jangan terasa sangat. setiap insan dilahirkan berbeza dan kejar lah cita-citamu..!
– Mrs A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Eiza Salwani
Suka cerita awak