Assalamualaikum , pada aku gemuk itu normal tapi pada mata orang lain gemuk itu hina , selama aku hidup 17tahun ni tak pernah aku luahkan perasaan ni sebab aku takut orang akan cakap aku ni over . tapi itu adalah fakta memang gemuk pada mata orang lain adalah hina .
Kawan aku pernah cakap aku yang dia anggap aku sebagau kawan aku lepastu aku hanya main main yang aku cakap yang aku anggap dia sbgai sampah , selepas tu aku rasa bersalah terus dia tak layan aku and aku faham aku yang salah .
Tapi aku tak faham bila orang jenis macam aku ni sikit pun orang tak pandang macam kena palau , siapa yang dorang pandang hanya seorang yang kurus dan menpunyai rupa yang cantik dan "good looking" dari situ aku tengok semua kawan kawan aku yang lelaki memang dorang akan cari yang menepati "ideal" dorang.
Aku ada seorang penolong kelas yg baik , tetapi disebabkan dia selekeh dalam kelas dn tidak menepati "ideal" , dorang selalu ejek dia dengan perkataan yang aku dengar sendiri pun aku tak suka , "belancan" "kau ingat kau cantik ke buat muka macam tu" "diamlah kau bising!" . aku kesian dekat dia walaupun bukan aku yang kena,
aku seorang yang simpan dendam aku tapi aku tak tunjuk , selama aku bersekolah 17tahun , memang setiap hari akan ada orang ejek "gemuk" dan ejekan tu memang korang semua tak boleh dan aku simpan dendam tu dan baru beberapa hari aku kena ejek memang aku senyum tapi aku makan dalam . hina sangat ke aku ni .
tolong bagi tips aku sangat hidup dalam keadaan "miserable" .
– Anna
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Dah banyak confession pasal gemuk kat page ni. Dan dah banyak komen komen yang pozitip. Mungkin kau boleh baca baca confession yg lepas2 punya. InshaAllah membantu. Lg satu, tu sekolah. Kat sekolah je orang main ejek ejek. Dah masuk U nt aku rasa mostly dah matang kot. Tp still akan ada kedengaran suara suara sumbang nt. Tapi takdelah suara yang akan direct face to face mengejek kau mcm kat sekolah. Tu namanya terencat. Be confident. Pedulikan apa yg diorang ckp. Tak hina pun jadi gemuk ni. Tapi mentality masyarakat sekarang kalau gemuk, tak lawa, tak hensem. Ala biarkan je diorang tu. Apeadehal pada rupa & body. Nanti dimamah usia jugak. Janji kau happy, we don’t live to please everyone
gemuk ke kurus ke itu adalah dah sempurna ciptaan Allah xad makluk yg lagi sempurna melainkan manusia,biar org nilai diri kita dri sudut negetif penilaian org lain x mmberi mafaat kpd kita pn melainkan mendtgkan keuntungan.baik diamkan diri go on jew.biar kita keji dimata manusia tp mulia disisi Allah itu yg kita perlukan..gemuk tu awesome kata abam bocey.kita mmpunyai ckup sifat patut rasa brsyukur bgaimana pula yg kurg bernasib baik lagi la diorg dihina dikeji.sbb manusia xkan puas dgn brkata kata.yg perlu kita lakukan perbaiki diri kita tgk paling mana yg kurang ckupkan amalan kita dat all kita akn brjaya satu masa nanti.kita brjaya bkn pda ukuran tubuh badan tp ap yg kita lakukan.bg sy abaikan ap org nak kata diorg xkan mengubah dunia kerana sentiasa dibelakang kita.gemuk ke kurus ke kita adalah ciptaan yg teragung.insyAllah
Zaman remaja.. Biasalah, semua nk disimpan dlm hati. Dah dewasa nnt, ok la tu. Apa org kata, tak mampu goyahkan jati diri kita. Kuatkan semangat k? ;)
Saya kurus, tinggi 165 cm, berat 52 kg, fair-skinned, chinese-look.
Takde pun laki yang nak kat saya.
Kurus pun susah jugak tahu. Sebabkan saya tinggi, azab jugak nak cari pakaian. Beli baju, saiz dah ngam tapi panjang tak cukup. Seluar jugak sama situasinya.
Tak payah la risau sangat. Asalkan awak sihat, BMI okey, tekanan darah cun, berbahagia lah awak. Saya yang kurus ni pun ada masalah kurang darah, tiap bulan nak review hospital. Tak ke azab tu?
Still, jaga la pemakanan, dan exercise selalu. Kurus pun kalau tak sihat payah jugak. Lebih baik chubby sikit, penting sihat dan senang beraktiviti. Plus, chubby tu comel apa.
Feel good about yourself. Jangan kisah kata orang. Bila awak rasa bagus pasal diri awak, automatik awak takkan kisah apa orang kata. Confidence dan good attitude itu jugak sesuatu yang cantik.
So jangan la self-conscious sangat. Awak cantik seadanya. Kalau awak kurus pun, saya pasti itu pun takkan buat orang tutup mulut. Sebab manusia memang macam tu. Macam saya, kurus pun kena kutuk flat, batang kayu bagai. Sama jugak.
Bergembira la dengan diri awak, ok?