Gemuks mok mok

Ni kisah aku pula, aku perempuan tinggi dalam 162cm mcm tu, berat dlm 95kg. Obese kan? Dulu aku pernah buat balanced diet aku lost 18 kgs juga. Tapi lepas tu aku stop maka berat aku kembali pada asal balik. Huhuhuhu. Aku pula jenis rangka besar, jadi nampak macam monster juga la aku ni haha.

Bika raya aku sedih, susah cari baju, even kasut pon susah. Dah la kaki panjang kembang lagi. Bila balij kampung, aku terasa di diskriminasi. Sepupu aku cantik kurus putih. Semua tangkap gambar dia. Aku macam dibuang je tiap kali balik ramai2 aku sedih sebab terasa sangat :(
Semua orang nak tangkap gambar dengan dia, bila aku nak masuk dieorang suruh aku duduk tepi dulu. Sadis kan?

Waktu aku kecik semua cakap aku comel sangat. Hidung mancung mata bulat putih melepak . Tiap kali jumpa makcik aku cakap ehlaa dulu comel mata bulat sekarang badan bulat . Sekarang aku still putih cuma kusam sikit.

Tapi tulaa nak salahkan orang mengata aku rasa aku salah juga sebab tak jaga diri. Aku sekarang tengah kumpul ilmu nak buat atkins diet. Aku memang target nak sihat. Bukan sebab apa, bila gemuk susah cari baju. Tiap kali pi shopping mall, memang aku tak akan sentuh mana2 baju untuk perempuan sebab aku tahu tak de saiz aku plus aku malu juga. Sedih kan? Zaman remaja orang lain boleh bergaya baju comel2 dalam versi menutup aurat, aku? Berangan je lah. Bila saiz tak de jadi tension, kesian parents aku kena susah2 cari baju utk aku. Dari beli yang menutup aurat jadi kuranng sebab ketat sikit.

Tiap kali aku makan, aku rasa serba salah. Tapi dek kerana nafsu aku telan juga. Tapi lepas tu diri aku tak habis2 menyesal. Jadi sekarang aku memang nekad nak diet. Aku nak minta tolong sapa2 yang ada buat group whatsapp untuk team atkins ke apa2 je team kurus boleh bagitau aku. Best kalau kurus ada team,atleast aku ada orang tolong bagi semangat. Plus aku rasa ramai je plus sizes tengah mencari2 team utk sama2 kurus

– Heartue

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

32 Comments

  1. Nak kurus kene banyak makan hati dulu berat sy dlm 100kg memang gemok gila sebab jenis rangka besar skrg dh turun 85kg sy skip makan malam banyak minum air masak then banyak makan hati dengan org sekeliling..

  2. Nakk joim jugakk… sjk knal tunang nii, naik 10kg++.. tlbih bhgie + tunamg xkisah..haha xlame nk kwin da… rimass nmpk tmbm niii…. btw mcmne lost 20kg tu??..

  3. Kena kuatkan hati sendiri kalau nak berjaya diet. Tak ada sape pun boleh ubah diri kita, melainkan kita sendiri. Chaiyok sis! Akak pun nak diet lepas raya ni.

  4. Satu benda je nak pesan.

    Istiqamah.

    Bila kau dah niat nak buat sesuatu tu, istiqamahlah. In sha Allah boleh kurus.

    Tak perlu diet pun kekadang tu, cuma amalkan pemakanan yang sihat, kalori yang betul. All the best weh! :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *