Generasi Lembik

Assalamualaikum.Nama aku Atiq (bukan nama sebenar).Umur 21 tahun.

Artikel ini aku tulis untuk mendapatkan kepastian dan dalam masa yang sama aku nak beri pendapat dan nasihat aku walaupun aku tahu usia aku baru setahun jagung.

Isunya ialah trend semasa yang aku tengok makin menjadi-jadi di Malaysia ni iaitu trend buat video musically,tik tok dan sebagainya.Aku tahu aku akan kena kecam nanti.Tapi tak apa.Aku tak kisah pun semua tu.

Bagi korang yang main musically,tik tok dan seangkatan dengannya ni kan,aku nak tanya jugaklah,apa yang korang dapat eh daripada buat benda ni?Aku musykil jugak.Ikut trend?Nak like?Nak jadi popular?Dengan bangganya ada yang cakap aku budak tik tok, kau budak apa?Aku rasa nak gelak sambil berkahak je.Kalau aku jadi budak tik tok ke budak musically ke apa yang aku dapat?Dapat layanan VVIP ke?

Korang rasa semua orang suka ke tengok video korang yang terkinja-kinja tu?Jangan kata ada je yang buat video tak over.Habis tu yang kau bajet cantik tu ingat kau cantik sangat ke?Kalau kau cantik pun kecantikan kau tu simpan untuk tatapan suami kau. Ada pulak tu pakai tudung tapi pakai baju ketat ,seluar ketat, baju pendek.Dah tu berpeluk-peluk dengan bukan mahram.Buat video yang tak mendatangkan faedah.Mungkin akan ada yang support korang.Tapi yang support korang tu pun geng-geng korang jugak.Tak ada ke rasa malu dalam diri korang bila buat benda macam tu?Yang aku pelik tu siap ada mak bapak yang join buat video tu.Kononnya mak bapak korang sporting.Dah jadi macam budaya pulak aku tengok.Bila kita tegur kita pulak yang dimarahi balik.Macam ni ke generasi kita akan datang?Generasi yang lembik?Yang tak boleh terima teguran?Yang hidup dalam alam maya?

Satu isu lagi pasal lelaki lembut.Aku tak tahu lah mana hilangnya sifat malu manusia zaman sekarang ni.Bila kita buka aib dia,dia marah.Tapi bila dia mengaibkan diri sendiri tak apa.Dengan bangganya lelaki-lelaki lembut ni mengupload video dekat instagram menari,berpakaian wanita malah memakai make up.Tak ubah seperti seorang wanita.Bila ditegur kata mak dia pun tak pernah pukul dia.Siapa lagi yang nak aku persalahkan?Sebab sikap ibu bapa yang suka menangkan anak ni lah membuatkan perangai diorang ni jadi makin teruk.Apa dia kisah?Mak ayah dia bangga dia jadi perempuan berhalkum.Kenapa kau nak sibuk?Kalau dulu kau cuba lah nak jadi perempuan ,kalau kau nak kena hambat dengan mak kau.Silap-silap mak kau buang kau,malu nak mengaku anak.Lebih menyedihkan bila melihat generasi lembik ni ramainya dalam kalangan remaja melayu dan ISLAM.

Aku sedar orang-orang yang aku isu kan di atas masih muda remaja lagi.Darah muda.Semua benda dia nak cuba.Tapi itu kah yang kau nak tunjukkan sebagai seorang umat Islam?Remaja macam ni ke yang boleh diharapkan untuk mempertahankan negara dari musuh?Dan mampukah remaja begini melawan fitnah dah godaan dajjal laknatullah?Baru diuji dengan teknologi dah cair apatah lagi kalau diuji dengan fitnah dajjal.

Itu sahaja yang aku nak katakan.Maafkan aku kalau ada terlanjur bicara.Sama-sama kita bermuhasabah diri supaya menjadi manusia yang lebih baik.

– Atiq

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *