Untuk part I, (https://iiumc.com/get-growth-and-shine/).
Aku Bunga, aku nak sambung cerita aku memandangkan aku terima kecaman hebat dari kalian.
Sebelum itu, aku bagi tahu kakak aku bahawa aku hantar artikel di IIUM Confession Facebook. Kakak aku kata “kau dah sedia ke terima kecaman?” Aku terdiam. Dan aku terima kecaman netizan. Haha.
Kenapa aku memilih untuk berkongsi disini? Sebab aku takde tempat meluah, takde tempat bercerita, aku tak pandai cerita pasal diri aku depan orang.
Aku selalunya diam and mendengar sahaja kisah orang. Dan aku pun ade kisah aku tersendiri. Aku perempuan, penuh emosi, aku introvert.
Itulah sebab aku kongsi dekat sini. Kalau bosan sangat cerita aku, sorryla first time, tak pandai berkata2.
Tahun 2022, seperti tajuk aku, lepas aku habis belajar aku akan berkerja that means aku dapat kerja, and aku akan growth dalam masa 6 ke setahun aku akan nampak diri aku shine.
Kalau tengok dari draft you akan menaik. Itu aku plan, itu aku bayangkan. Tapi permulaan 2022 yang menyakitkan yang membuatkan langkah aku terhenti.
6 bulan pertama, April bulan menyakitkan selain February. Aku kehilangakan parents aku, dalam masa 2 bulan Allah ambil mereka.
Kalau kau seorang anak yang duduk sekali dengan mereka, susah senang, sakit, bersama amat terasa kehilangan mereka.
Aku tak tahu apa yang Allah plan dalam hidup aku, sampai sekarang aku masih berdamai dengan takdir aku. Aku tahu itu yang baik menurut Allah. Tapi aku sebagai seorang hamba some days are harder.
Aku juga tahu kami hanya terpisah alam, dan menjadi anak yang solehah yang selalu mendoakan mereka tiada hijab bagi Allah. Allah akan sampaikan kepada mereka. Tapi hilangnya mereka aku totally loss.
Ye benar kene move on, kene bergerak, kene sibukan diri. Tapi kau balik, dalam rumah yang kau dibesarkan kau akan teringat moment moment dalam rumah tu.
Walaupun orang kata berjalannya masa, kau akan okay atau kau dapat harungi.
Betul aku tak deny. Betul, tapi itu bagi orang tak merasa kehilangan. Sampai sekarang kalau orang cakap pasal parents aku, diorang yang akan mengalirkan air mata.
Aku tak, bagi aku, aku tak boleh menganis depan diorang, sebab aku tak nak tunjuk aku ni lemah. Aku tak nak orang lain tengok aku menganis, update status, sedih2 kat media sosial. Tak itu bukan aku.
Sampai sekarang aku mengasingkan diri dengan keluarga yang jauh. Ade cuti balik melawat atok nenek. Kenapa aku meng asingkan diri?
Ntah kadang aku pun tak paham dengan diri aku. Kadang diorang call, aku tak angkat, ws aku tak reply. Padahal bukan busy pun. Ye aku tahu itu tak baik. Tapi bagi aku itu yang terbaik untuk diri aku sekarang.
Minggu ni aku nak balik kampung, aku rindu diorang sebenarnya tapi dalam masa yang sama aku takut, takut face-to-face dengan diorang, macam buat salah je kan.
Haah salah pun awat tak angkat call diorang. Haha. Kan dah malu, diorang pun ade perli2 (ataupun panggil2) aku yang group besar. Aku buat tak endah je.
Selepas kematian diorang aku uruskan urusan dunia merekalah, weh aku buat sorang2. Sumpah sakit, aku isi borang ni aku menangis, aku pergi ke bank or pejabat ni aku menganis. Tapi alhamdulillah dipermudah.
Walaupun diorang cakap tunggu sebulan paling lewat 3 bulan, tapi minggu ke 3 diorang call and selesai belaka. Syukur sangat.
Aku menangis sebab dipermudah, itu je haha. Tu la orang kata setiap ujian Allah hadirkan kekuatan and dipermudah semua urusan. Aku sangat bersyukur.
Sukanya tulis kat sini, macam tulis diary pula, okay bye korang. Jumpa next episode pula. Terima kasih membaca.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit