Gifted or unlucky – 1:07 AM

Gifted or unlucky

Anddddd fuh. Jenuh tunggu nak load page ni. Internet slow kot. Anyway aku nak share la some stories yang buat aku kadang2 rasa taknak pulak hidup dengan keadaan ni. Huu.

Aku kan, hijab terbukak since aku kecik. Melalak2 nampak bayang2 toyol tepi pintu bilik aku. Dua ekor pulak tu. Cemane tau toyol? Sebab depa botak hehe. Tu mak aku baca2 la tutup pandangan. Tapi sejak tu cuak. Alhamdullilah tahan lama tapi kadang2 terlepas jugak ekor mata ni tangkap benda tak patut. Dan aku ni bergantung pada mak aku. Yela pape hal aku jerit cari dia.

Lepastu zaman dip, first sem first time jauh dengan family nak nangesssss sebab jiwa tak kuat takut hantu. Antara ceritanya, aku baru balik hospital malam tu mandi la sebab dah handle mayat kan, so aku penakut ni gagah mandi tapi rasa lain rasa mandi berdua. Abeh mandi masuk bilik rumate aku tanya, mandi dengan sape tewww. Aku ah shitt la apa lagi minah ni nampak ke. Tapi aku tak mengaku haha. Sebab benda2 macamni, tak semua orang paham dan nak layan.

Tapi paling angker, rumah aku ofkos hehe. Aku paling tak suka balik rumah sebab selalu kena kacau. Nak kata habitat depa, ya la kot. Dengaq cerita kawasan ni dulu kubur. Taktau la. Tapi yang aku nak highlight ni, family aku. Kan kalau orang kata saka melekat kat perempuan je kan? Tapi adik beradik aku lelaki perempuan semua boleh nampak benda tu. Plus, family blah mak aku boleh kata pakcik makcik aku ada kebolehan ni la. And most of the time, kami lepak2 kat hall kalau ada benda lalu, semua pandang. Haha so dah biasa.

Then masuk degree, aku kena la something sampai aku tak boleh tido, tak boleh makan, sakit sentiasa, siap ternampak pocong dalam bilik kolej. Berubat cara traditional, ustad kata, benda tu dah lama dekat aku. Taknak lepas aku. So masa nak buang tu, hati aku sedih sangat. Tapi tu bukan aku, hantu tu hasut jangan buang diaaa. Then aku balik u, tak jalan. Aku tetap rasa lain. Mai pulak ustad lain, dia kata awat tak berubat awal2 ni dah teruk kena damping ni plus kena santau sesat. Aku kata, bapak aku takmau. Dia tak percaya sebab dia tak nampak. Tapi these past years dia percaya dah. Tu dia rajin layan kami pi jumpa ustad sana sini.

Bila dah kena2 macam ni, aku rasa nak salahkan keturunan jugak la. Kenapa dulu2 pi bela. Dah menurun walaupun kita takmau kat dia, depa mai mintak jugak kacau sampai rasa malaih la nak layan ha. Tapi tapi, ada baik jugak kelebihan ni.

Which is, kita senang dapat tau orang tu busuk hati or dengki dengan kita. Boleh tergerak dalam hati niat dia. Dulu, aku taklayan sebab aku rasa benda ni menyusahkan. Tapi sekarang aku rajin pulak dengor. Harap2 aku selamat dari benda yang kafir. Huu

Ha lagi satu, bukan sahaja hantu boleh nampak. Semangat pon boleh. Tak faham? Hee. Macam contoh mak teringat kat pakcik aku, terbayang dia ada depan rumah. Sat sat dia call. Cakap nak datang. Haa. Lagi lagi adik aku baru2 ni ada prob, dia nak balik. Semalam aku nampak dia depan pintu. Tapi tu bukan dia. Roh dia ja. Kesian adik aku. Semoga dia selamat lah.

Benda ni kan, kau tahan sorang2 tau. Tak boleh habaq kat orang kau nampak itu ini, depa tak faham. Kadang2 cerita dengan orang yang tau, depa suka test kita. Banyak dah family aku kena, hantaq itu ini, sebab saja nak tau level mana kami boleh tahan, ada yang saja2 hantaq nak pantau hidup kami. Kojaq tau. Tak suke. Bosan. Penat. Hari2 hang lena sat sat kena tindih. Hadoii.

Em dah pukul satu pagi pulak sambil menaip ni. Eh nanti la sambung lagi. Mintaknya malam ni aku cepat tidoq sebab seharian bumi ni dibasahiii hujan. Nikmat sejuk takyah ekon hehehe.

– Ani

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *